omniture

Marriott Rewards: Peluang Mendapatkan Mata Ganjaran Bonus 10,000 Pada Musim Panas Ini

Program kesetiaan Marriott International yang meraih anugerah, Marriott Rewards, meraikan percutian musim panas penuh keseronokan dengan melancarkan promosi Mata Ganjaran Bonus Musim Panas
Marriott Rewards
2016-06-15 08:34 480

HONG KONG, 15 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Aktiviti pelancongan sempena musim panas bakal bermula dan Ahli Marriott Rewards kini tidak akan melepaskan peluang untuk meraikannya dengan penuh kegirangan, keseronokan dan pengembaraan. Mulai saat ini hingga 5 September 2016, Ahli Marriott Rewards yang mendaftar promosi Mata Ganjaran Bonus Musim Panas berpeluang memperoleh sebanyak 10,000 mata ganjaran. Mereka boleh menebus mata ganjaran ini untuk menginap di lebih 4,300 hotel yang mengambil bahagian dalam program Marriott Rewards atau menerusi pasaran pengalaman oleh program tersebut yang dilancarkan baru-baru ini. Ahli juga boleh berkongsi mata ganjaran bonus mereka bersama ahi keluarga mahupun rakan-rakan.

Amat mudah untuk mendapatkan mata ganjaran bonus sebanyak 10,000 mata menerusi promosi Mata Ganjaran Bonus Musim Panas. Ahli boleh mendaftar secara dalam talian bagi mendapatkan mata ganjaran bonus sebanyak 2,000 bagi setiap penginapan berbayar, bermula dengan penginapan kedua mereka, dan berpeluang meraih jumlah mata sebanyak 10,000 sehingga tamat tempoh promosi iaitu pada 5 September. Semua jenama Marriott Rewards mengambil bahagian dalam promosi Bonus Musim Panas ini, kecuali The Ritz-Carlton yang kini mengadakan promosinya sendiri.

Pada musim panas ini, Ahli juga boleh memanfaatkan kadar harga terendah daripada Marriott. Kadar Harga Ahli Marriott Rewards yang serba baharu ini diwujudkan secara eksklusif untuk terus memberi ganjaran kepada Ahli yang membuat tempahan secara terus daripada saluran Marriott, termasuk Marriott.com dan juga aplikasi mudah alih Marriott, selain menerusi pusat panggilan atau ejen pelancongan profesional korporat yang terpilih. Dengan menempah secara terus, Ahli akan menerima kadar harga istimewa dan jaminan kadar harga terbaik daripada syarikat. Sekiranya tetamu mendapat harga yang lebih baik dalam tempoh 24 jam setelah membuat tempahan secara terus, Marriott akan memberikan tetamu harga tersebut serta potongan tambahan sebanyak 25%.

Selain untuk menebus mata ganjaran bagi penginapan di hotel, tidak lama lagi para Ahli dapat memanfaatkan pasaran pengalaman daripada Marriott Rewards. Kesemua Ahli Marriott Rewards dan The Ritz-Carlton Rewards dapat menebus mata ganjaran bagi memenuhi impian masing-masing dengan memilih daripada pelbagai pengalaman dan peluang istimewa yang disediakan. Sama ada tiket untuk menyaksikan Perlawanan Global NBA di China; akses VIP bagi menyertai konsert dan pertunjukan fesyen; mahupun demonstrasi masakan bersama pakar masakan yang terkenal di dunia, Ahli dapat menebus mata ganjaran Marriott Rewards atau The Ritz-Carlton Rewards bagi mengakses pasaran yang memiliki pengalaman unik yang membolehkan mereka meneroka minat peribadi masing-masing melalui cara yang paling bermakna dan meninggalkan kenangan.

Bukan sahaja mata ganjaran yang diberikan. Ahli Marriott Rewards turut menikmat faedah tambahan, termasuk:

  • Kadar Harga Ahli: Kadar yang eksklusif menjamin harga terendah buat Ahli yang menempah secara terus melalui on Marriott.com atau Aplikasi Mudah Alih Marriott, selain menerusi pusat panggilan atau ejen pelancongan profesional korporat yang terpilih.
  • Daftar Masuk dan Daftar Keluar: Apabila Ahli membuat tempahan penginapan melalui saluran Marriott, mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya Aplikasi Mudah Alih Marriott untuk mendaftar masuk dan mendaftar keluar, menerima pemberitahuan bilik yang telah siap dan menggunakan perkhidmatan membuat permintaan sebelum, semasa dan selepas menginap.
  • Wi-Fi Percuma: Dalam dunia yang sentiasa tersedia dan terhubung ini, Ahli Marriott Rewards yang membuat tempahan terus akan sentiasa mendapat akses Wi-Fi percuma sepanjang penginapan mereka.
  • Akses dan Pengalaman: Ahli dapat mengakses peluang eksklusif termasuk demonstrasi masakan, acara sukan VIP, hiburan serta pengalaman gaya hidup.
  • Jaminan Harga Terbaik: Semua tetamu akan menerima faedah jaminan harga terbaik daripada pihak syarikat. Sekiranya tetamu mendapat harga yang lebih baik dalam tempoh 24 jam setelah membuat tempahan secara terus, Marriott akan memberikan tetamu harga tersebut serta potongan tambahan sebanyak 25%.

Marriott Rewards boleh disertai secara percuma. Untuk menjadi ahli atau mendapatkan maklumat lanjut, layari marriottrewardsapac.com.

Latar Belakang Marriott Rewards

Marriott Rewards ialah program kesetiaan Marriott International yang meraih anugerah yang melibatkan 17 jenama dan lebih 4,300 hartanah di seluruh dunia. Marriott Rewards boleh disertai secara percuma serta tiada tarikh terhalang, dan setiap ahli dapat memperoleh dan menebus mata ganjaran daripada hartanah Marriott International di serata dunia dan juga menerusi rakan kongsi mewah eksklusif Marriott Rewards, The Ritz-Carlton®. Setiap ahli juga dapat menebus mata ganjaran bagi jarak perjalanan penerbang kerap, pelayaran, kereta sewa, barangan dan banyak lagi. Dengan menyediakan akses ganjaran menerusi pendekatan yang moden dan mudah, Marriott Rewards terus menjadi peneraju dalam industri ini. Marriott Rewards telah meraih Anugerah Freddie bagi "Program Ganjaran Hotel Terbaik di benua Amerika" sejak sembilan tahun lalu dan pernah meraih Anugerah Perjalanan Kerap sebanyak dua kali bagi "Program Ganjaran Hotel Terbaik." Program tersebut menduduki kedudukan #1 bagi Laporan Kepuasan Program Kesetiaan/Ganjaran Hotel 2016 oleh J.D. Power. Selain itu, program tersebut turut dipilih sebagai program ganjaran hotel terbaik oleh para pembaca U.S. News & World Report, About.com, Business Traveler, Global Traveler, Executive Travel dan juga majalah BusinessWeek. Untuk menyertai dan mendapatkan lebih maklumat tentang Marriott Rewards, para tetamu boleh melayari marriottrewardsapac.com.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160205/8521600770LOGO-a

Source: Marriott Rewards
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services