omniture

Penglibatan Aktif HeHa di 'Ekspo Kesihatan 2016' Bertujuan untuk Menggalakkan Tabiat Berjalan sebanyak 10,000 Langkah Setiap Hari

LKK Health Products Group
2016-07-01 06:53 911

HONG KONG, 1 Julai 2016 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group ("LKKHPG" atau "Syarikat"), sebuah syarikat perusahaan Hong Kong khusus dalam meningkatkan gaya hidup yang sihat, menerusi ahli Syarikat, HeHa Digital Health Limited ("HeHa"), berbangga kerana terlibat dalam Ekspo Kesihatan 2016 yang baru melabuhkan tirainya baru-baru ini, yang berlangsung di Dewan 5FG, Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong bermula pada 17-20 Jun lalu.  

Bagi pihak HeHa, Brenda Lin menyampaikan cek sumbangan bernilai HK$20,000 kepada pihak penganjur Ekspo.
Bagi pihak HeHa, Brenda Lin menyampaikan cek sumbangan bernilai HK$20,000 kepada pihak penganjur Ekspo.

 

Harry Yeung berkongsi pengalaman beliau menggunakan HeHa Qi sebagai pengurus kesihatan bersama tetamu khas yang lain.
Harry Yeung berkongsi pengalaman beliau menggunakan HeHa Qi sebagai pengurus kesihatan bersama tetamu khas yang lain.

Bertemakan "Prihatin terhadap diri anda, prihatin terhadap ibu bapa anda," pameran tersebut menekankan isu-isu kesihatan yang dihadapi oleh golongan pertengahan usia dan warga tua, serta bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap tahap kesihatan mereka bagi menggalakkan mereka menjalani gaya hidup yang sihat. HeHa berperanan selaku pempamer dan juga salah satu rakan penganjur.  

Pada 17 Jun, Dr. Ko Wing Man, BSS, JP, Setiausaha Bahagian Makanan dan Kesihatan, Kerajaan HKSAR, merasmikan majlis pelancaran bersama barisan tetamu lain, iaitu Prof. Vivian TAMM Wong, JP, Ketua Penasihat Ekspo Kesihatan 2016 dan Mantan Presiden Persatuan Hong Kong bagi Integrasi Perubatan Cina dan Barat; En. Harry Yeung, Pengarah Utama Persatuan Antarabangsa Perubatan Cina Moden serta Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group, selain Cik Brenda Lin, Pengarah Pemasaran HeHa.  

Menerusi ucapannya, Dr. Ko memberikan beberapa panduan bagi menjalani gaya hidup yang sihat. Beliau menggalakkan gaya pemakanan yang mengurangkan pengambilan garam dan gula, serta senaman harian yang sederhana, seperti berjalan selama 30 minit. Usaha mengekalkan aktiviti fizikal setiap hari dengan kadar intensiti yang sederhana dapat meningkatkan tahap kesihatan dan mengurangkan risiko menghidap penyakit, yang merupakan formula utama bagi menjamin kesihatan yang baik. Berjalan kaki adalah amat disyorkan kerana aktivitinya yang ringan dan kadar intensiti yang sederhana, selain mudah dilakukan pada bila-bila masa. Beliau turut menekankan bahawa aktiviti fizikal dapat meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan hidup seseorang, dan pada masa yang sama dapat membantu individu agar kekal sihat.  

Selepas majlis pelancaran tersebut, En. Harry Yeung, Pengarah Pengasas Persatuan Antarabangsa Perubatan Cina Moden dan Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group, berkongsi pandangan beliau tentang kesihatan bersama para tetamu. "Kesihatan dan Kebahagiaan merupakan matlamat yang sama bagi setiap orang," kata beliau. "Kedua-duanya dapat diperoleh daripada tabiat yang baik serta pemikiran yang positif dan rasa berpuas hati dengan apa yang ada. Kami menggalakkan masyarakat awam agar mengekalkan cara pemakanan yang sihat dan gaya hidup aktif. Kami mengesyorkan aktiviti fizikal yang sesuai seperti berjalan 10,000 langkah setiap hari, selain pemikiran yang positif." Bagi warga tua, En. Yeung menambah, "Sokongan keluarga dan persahabatan sentiasa menjadi kunci ajaib bagi kesihatan mereka."   

Bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat, HeHa bekerjasama erat dengan pihak penganjur Ekspo bagi melancarkan program sebelum acara iaitu "Berjalan setiap hari sejauh 10,000 langkah" yang menyasarkan masyarakat awam. Bagi setiap peserta yang telah memuat turun HeHa App, aplikasi penjejak langkah percuma disokong oleh HeHa, dan berjaya melengkapkan perjalanan sejauh 10,000 langkah setiap hari, HeHa akan menderma HK$1 kepada badan amal, bersama pihak penganjur Ekspo. Akhirnya, HK$20,000 berjaya dikumpul untuk 13 buah institusi yang disokong oleh Ekspo Kesihatan, termasuk Persatuan Hong Kong bagi Integrasi Perubatan Cina dan Barat, Persatuan Perubatan Cina Tradisional Hong Kong dan Persatuan Penyakit Alzheimer Hong Kong.   

LKKHPG sedia maklum bahawa kehidupan yang bahagia agar sukar diperoleh sejak kebelakangan ini, memandangkan masyarakat berhadapan dengan pelbagai tekanan dalam kehidupan harian mereka. HeHa ialah sebuah syarikat teknologi yang inovatif, bermatlamat untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang bahagia. HeHa telah pun melancarkan HeHa App, berserta Gelang Kesihatan HeHa Dao dan juga Pengurus Kesihatan HeHa Qi, yang bertujuan untuk membantu pengguna menjaga kesihatan mereka dan memulakan tabiat berjalan setiap hari sejauh 10,000 langkah. HeHa App ialah platform internet mudah alih yang bukan hanya menyediakan maklumat kesihatan kepada pengguna, malah turut menggalakkan mereka mewujudkan "Komuniti yang Gembira" yang membolehkan pengguna berkongsi pengalaman mereka tentang kesihatan, keluarga, kerjaya, rakan-rakan, kehidupan, pemikiran positif, dll. Menerusi inisiatif ini, mereka dapat menambah baik tabiat dalam kehidupan mereka dan meraih kebahagiaan sebenar.  

LKK Health Products Group  

LKK Health Products Group ("LKKHPG" atau "Syarikat") merupakan ahli Lee Kum Kee Group, syarikat perusahaan Hong Kong yang berusia seabad lamanya. Beribu pejabat di Hong Kong, LKKHPG terlibat dalam aktiviti perladangan herba Cina; R&D, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan bagi produk kesihatan herba Cina; pembangunan platform internet mudah alih; dan pelaburan hartanah, yang menggajikan hampir 4,620 kakitangan. Ahli-ahli LKKHPG terdiri daripada Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd., HeHa Digital Health Ltd., dan juga Infinitus Property Investment Company Ltd.  

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160629/0861606438-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160629/0861606438-b  

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Corporate Social Responsibility