RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 5 Julai 2016 /PRNewswire/ --
Sistem Sokongan Pembangun G2A Baharu Menambah Baik Kelebihan yang Tersedia dalam Pasaran Permainan Digital Global
Sebagai peneraju bagi pasaran permainan digital, G2A menyedari tanggungjawabnya untuk membawa lebih banyak kebaikan kepada seluruh industri permainan digital. Peristiwa yang terjadi baru-baru ini menunjukkan syarikat perlu berusaha lebih gigih bagi memperkenalkan kelebihan baharu yang memberi tumpuan kepada pembangun, dan mengajak mereka untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam mewujudkan pasaran masa depan.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160703/385868 )
Dengan ini, G2A, memperkenalkan kelebihan dan penyelesaian seperti yang berikut, khusus bagi menjadikan pembangun sebagai rakan kongsi penuh dalam pasaran digital, selain memperluas pilihan keselamatan tambahan. Rangkaian instrumen ini, yang mengutamakan industri permainan digital, terdiri daripada:
1. Royalti bagi Lelongan Pihak Ketiga: Pembangun boleh memohon royalti sehingga 10 peratus bagi mana-mana produk mereka yang dijual dalam pasaran G2A, yang menyediakan cara untuk pembangun meraih keuntungan daripada transaksi pihak ketiga.
2. Pemberian Keutamaan: Lelongan yang diurus oleh pembangun akan disenaraikan terlebih dahulu berbanding penjual pihak ketiga, bagi menyediakan lebih keterlihatan dan ketelusan. Pembangun juga dapat mencipta sendiri muka hadapan cetakan permainan digital mereka yang disuaikan, menampilkan kesemua produk mereka dan promosi yang disediakan.
3. Perlindungan Bayaran Balik: G2A menawarkan G2A Pay dengan ciri integrasi percuma kepada pembangun sebagai perlindungan terhadap laman sesawang mereka sendiri bagi mengurangkan faktor risiko (khususnya bermanfaat untuk pembangun kecil-kecilan, pembangun baharu dan pihak yang berpendapat sistem keselamatan mereka tidak mencukupi).
4. Akses Pangkalan Data Khusus: Pembangun akan mendapat akses kepada maklumat pangkalan data G2A bagi mengesahkan jualan, jumlah dan masa bagi mengesahkan kitar hayat setiap kunci utama dan mengenal pasti kegiatan yang menyalahi undang-undang.
5. Pengurus Akaun Khusus: Pengembangan model pengurus akaun khusus G2A bagi tujuan menyokong pembangun dan menyelesaikan sebarang persoalan mahupun isu, khususnya yang berkaitan dengan masalah keselamatan.
6. Pilihan Pembiayaan Pembangun: Kebanyakan pemain berharap dapat memberi sokongan kepada pembangun kegemaran mereka. Buat pertama kali, mereka dapat menyumbang dana secara terus melalui butang tambahan yang disediakan pada laman produk pembangun.
7. Akses Global yang Luas: Program penterjemahan pelbagai bahasa memperluaskan pendedahan buat pembangun kepada 10 juta pelanggan global kami yang amat menginginkan permainan baharu daripada pembangun 'Indie'.
G2A menyokong kesemua anggota dalam komuniti permainan digital dan menawarkan kelebihan baharu ini untuk semua pembangun tanpa bayaran tambahan.
"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyediakan input dan maklum balas bagi menambah baik pasaran G2A, iaitu para pemain, pembangun dan individu berpengaruh," kata Bartosz Skwarczek, Ketua Pegawai Eksekutif, G2A. "Hasilnya G2A bermotivasi untuk mengadaptasi terhadap keadaan yang pantas berubah ini dan kami perlu menyokong pihak pembangun dalam cara yang baharu, bagi manfaat industri ini."
Selain kelebihan yang ditingkatkan untuk pembangun, G2A turut komited untuk terus memantau pasaran mereka secara meluas berkaitan sebarang aktiviti penipuan yang mungkin berlaku. Dalam segelintir kes tertentu yang berjaya mengesan kewujudan penipuan, G2A menyiasat dan menyekat pihak yang melanggar peraturan untuk terus terlibat. Syarikat ini turut bekerjasama dengan badan penguatkuasaan undang-undang dunia bagi mengesan kes-kes penipuan dan komited dalam menjamin pasaran yang kekal selamat. Berpuluh-puluh penyedia pembayaran bekerjasama dengan G2A di seluruh dunia atas keyakinan yang tinggi terhadap proses keselamatan yang disediakan.
Jacqueline Purcell, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Global di G2A berkata, "Kami mengakui ini hanyalah beberapa langkah dalam usaha kami mencipta lebih nilai dan menyediakan lebih keselamatan buat kesemua penjual kami dalam pasaran yang berkembang pantas ini, dan kami akan membawakan maklumat terkini memandangkan kami mempunyai penyelesaian baharu untuk dikongsikan. Kami sentiasa boleh mengusahakan lebih banyak lagi."
Segala pengujian akan bermula dalam tempoh dua minggu akan datang dan penyelesaian akan mula diperkenalkan pada 29 Julai 2016. Pembangun yang berminat untuk turut serta dalam proses pengujian ini boleh menghubungi developers@g2a.com.
Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com
Sumber: G2A.com