omniture

Huawei Anjurkan Forum FSI untuk Percepatkan Transformasi Perbankan Digital

Forum FSI Asia-Pasifik Huawei 2016 teroka pendekatan ICT inovatif bagi membantu firma perkhidmatan kewangan berjaya dalam era digital
Huawei
2016-07-08 17:53 919

HONG KONG, 8 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Huawei menganjurkan Forum Industri Perkhidmatan Kewangan (FSI) Asia-Pasifik 2016 bersama-sama dengan persatuan industri The Asian Banker.  Lebih 160 pegawai eksekutif industri dari seluruh Asia-Pasifik menghadiri Forum yang bertemakan "Mencorak semula IT bagi menyemarakkan Transformasi Perbankan Digital" yang berfokus kepada memajukan teknologi digital dalam sektor FSI. Peneraju industri dan cendiakawan berbincang tentang bagaimana teknologi digital memberi impak kepada tingkah laku pelanggan, inovasi produk dan perkhidmatan, operasi perniagaan, dan peluang masa hadapan bagi firma perkhidmatan kewangan.

Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise BG, memberikan ucapan perasmian.
Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise BG, memberikan ucapan perasmian.

Ketika ucapan perasmian di Forum itu, Yan Lida, Presiden Enterprise Business Group, Huawei berkata: "Tatkala teknologi terus mencorakkan semula cara perkhidmatan kewangan distruktur, dilaksanakan dan digunakan, bank perlu memastikan penawaran mereka menepati jangkaan pelanggan dalam perkhidmatan "setiap masa di mana jua".  Bagi menyokong inovasi perniagaan dalam era baharu ini, bank telah beransur-ansur memindahkan sistem perniagaan mereka daripada senibina tertutup kepada platform terbuka, dengan sebilangan mereka sudahpun mula menggunakan senibina berasaskan awan yang menyediakan kefleksibelan dan ketangkasan dalam memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Di bawah prinsip panduan keterbukaan, bekerjasama dan inovatif, Huawei bekerjasama erat dengan pelanggan dan rakan kongsi FSI dalam menyemarakkan transformasi digital ini melalui ICT baharu yang meneraju.  Kami sudahpun membuat kemajuan penting dan berusaha untuk terus mencapai lebih banyak lagi kemajuan dalam membantu para pelanggan kami bergerak maju dalam dunia digital."

Foo Boon Ping, Editor Urusan di The Asian Banker berkata: "Bank semakin beralih kepada transformasi digital.  Sektor kewangan terus bergerak menjadi lebih mudah alih, sosial, dan berbeza.  Bank memerlukan empat keupayaan utama untuk terus maju dalam gelombang transformasi digital ini: pengurusan pelanggan yang lebih baik, inovasi produk dan perkhidmatan, transformasi dan pengoptimuman omni-saluran, dan kolaborasi meluas dalam keseluruhan ekosistem."

Yvonne Cheong, Ketua Perbankan Dalam Talian & Mudah Alih, E-perniagaan, Perkhidmatan Kewangan Pengguna Global di OCBC Bank berkata, "Sekarang merupakan waktu terbaik dan terburuk dalam industri; OCBC sudahpun melaksanakan perubahan ini, dan mereka semula perkhidmatan perbankan yang menyeluruh, membantu transformasi inovasi produk dan perkhidmatan kepada pembentukan semula platform, bagi membangunkan strategi pembangunan digital yang komprehensif."

Tang Bin, Ketua IT, Industri dan Perdagangan, Bank of China (Asia) Limited berkata: "Untuk bersaing dalam dunia digital, kami menstruktur semula prasarana IT kami bagi membolehkan prasarana menjadi lebih mudah alih, berpusatkan platform dan pintar, bagi membolehkan pendigitalan pelaksanaan perkhidmatan kami.  Sebagai contoh, teknologi e-persidangan membolehkan pelaksanaan pintar cawangan kami, teknologi data besar membantu kami mendapat maklumat dalaman yang berharga dari data perbankan kami, dan teknologi awan peribadi menyediakan ketangkasan, kefleksiblean dan keberkesanan kos dalam memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin meningkat.  ICBC Asia akan terus melabur dalam ICT baharu dan bersedia untuk bekerjasama dengan Huawei dan rakan kongsi industri yang lain bagi membangunkan IoT kewangan."

Sebagai rakan kongsi terbaik bank dalam transformasi digital, Huawei menyediakan platform terbuka pusat sehenti ICT bagi pembangun dan menjalankan inovasi bersama dengan pelanggan industri untuk membina ekosistem saling menang lestari yang memacu kemajuan teknologi dan ekonomi.

Huawei menjalankan inovasi bersama institusi kewangan peneraju dan vendor perisian bebas (ISV) di seluruh dunia.  Menerusi awan, data besar, dan senibina IT generasi seterusnya, Huawei dan rakan kongsinya membantu institusi kewangan menangani cabaran baharu dalam era digital. Penyelesaian awan kewangan dan data besar telah dilaksanakan di lebih 10 bank bersaiz besar dan sederhana, seperti ICBC dan CMB.  Penyelesaian Omni-saluran Perbankan digunakan oleh lebih 300 institusi kewangan, termasuk enam daripada sepuluh bank ternama dunia.

Untuk butiran lanjut tentang acara ini, sila lawati laman sesawang berikut: http://enterprise.huawei.com/topic/asia_pacific_fsi_forum

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160706/0861606755

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment