omniture

G2A Perkukuh Keselamatan Dengan Langkah Verifikasi Bahagian Hadapan -- G2A Perkenal Proses Verifikasi Penjual Baharu untuk Menjual Produk Di Pasaran

G2A.com
2016-07-11 09:03 659

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 11 Julai 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM, pasaran permainan digital yang terpantas berkembang di dunia, semalam mengumumkan satu set peralatan verifikasi untuk menambah lapisan keselamatan untuk mempertingkat pengalaman pengguna.  Berkuatkuasa serta-merta, verifikasi bahagian depan bagi penjual baharu G2A termasuklah:

  • Verifikasi akaun profil sosial media
  • Verifikasi nombor telefon
  • Kebolehan menjual sehingga sepuluh (10) produk tanpa memerlukan pembuktian pengenalan diri lanjutan

Objektif utama G2A ialah untuk terus mengukuhkan verifikasi penjual baharu dengan langkah-langkah lanjutan.  Ini termasuklah verifikasi kad kredit, PayPal dan alamat (penyata bank), kesemuanya akan dilaksanakan pada bulan-bulan akan datang.

Proses verifikasi bahagian depan ini memberikan keyakinan tambahan kepada pengguna sedia ada dan pengguna baharu yangmendaftar untuk menjadi sebahagian daripada pasaran kami.

"G2A telah membuka laluan kepada maklum balas daripada komuniti pemain, pembangun, penerbit dan media," kata Bartosz Skwarczek, Ketua Pegawai Eksekutif G2A.  "Ekoran daripada pengumuman Sistem Sokongan Pembangun Permainan G2A pada Jun 2016, sudah jelas sekali nilai tambah yang akan dilaksanakan merupakan proses verifikasi bahagian depan bagi penjual baharu dalam pasaran kami."

Sejajar dengan perkembangan permainan di seluruh dunia yang semakin berkembang, keselamatan yang dipertingkat diperlukan oleh lebih dua bilion pemain di seluruh dunia.  Industri permainan video dijangka akan meningkat kepada hampir $100 bilion dan pembayarannya semakin beralih kepada urusniaga digital.  G2A sentiasa melaksanakan sistem keselamatan yang boleh dicontohi dalam melindungi lebih satu juta urusniaga sebulan.  Prosedur verifikasi bahagian depan yang ditambah ini akan mengukuhkan lagi keselamatan komuniti G2A dan memenuhi keperluan Kenali Pelanggan Anda dengan lebih baik yang merupakan tunjang polisi pematuhan G2A.

Menerusi pelaksanaan langkah baharu G2A akan terus melaksanakan langkah-langkah yang mengikuti Panduan Anti Pengubahan Wang MSO "Pengenalan diri dan Verifikasi Pengeluar" (poin 10.6) untuk menangani penipuan yang dilakukan oleh kad kredit yang dicuri atau disalahguna.

G2A berbangga dengan kolaborasi bersama organisasi Pembangun dan Perisian, dengan kerjasama bersama-sama Penganalisis Penyiasatan MICROSOFT sebagai contoh utama.  Pada bulan Jun 2016, MICROSOFT bertemu G2A dan memberikan maklumat lebih 550 kod permainan yang dipercayai dibeli di laman pihak ketiga menggunakan kad kredit yang dicuri.  G2A berjaya membantu mengenalpasti kunci-kunci ini dan mengeluarkan mereka daripada pembidaan.  G2A menawarkan sokongan penuh kepada MICROSOFT dan pihak berkuasa dalam kes yang sedang dijalankan terhadap penjual.  G2A sentiasa bersedia berkongsi kepakaran dengan rakan kongsi kami.

Sokongan kuat terhadap G2A diperoleh selepas pengumuman inisiatif Pembangun Permainan dan verifikasi keselamatan bahagian depan tambahan.

  • Sergey Sholom, Ketua Pegawai Eksekutif Datcroft Games, berkata: "Keupayaan G2A untuk maju ke hadapan dan memahami kehendak rakan kongsi sentiasa mengagumkan, dan kerana itulah kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka.  Selaku pembangun permainan percuma kami sentiasa mencari peluang perniagaan baharu, dan itulah persamaan kami.  Kami amat yakin dengan masa depan yang cerah bagi G2A dalam pasaran permainan antarabangsa dan kami mengalu-alukan Sistem Sokongan Pembangun Permainan dan keselamatan tambahan G2A." http://datcroft.com
  • Robert Siejka, Ketua Pegawai Eksekutif Farm 51, menambah sokongan beliau: "Kami pernah bekerjasama dengan G2A selama empat bulan dan dalam tempoh itu permainan kami, Projek Chernobyl VR berjaya dipromosi dan dipasarkan. Bersama-sama Sistem Sokongan Pembangun Permainan G2A, verifikasi keselamatan ini bakal membawa perubahan penting kepada pembangun kecil dan saya pasti mereka yang lain akan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan G2A." http://www.thefarm51.com/thecurrentwebsite.php
  • Łukasz Hacura, Ketua Pegawai Eksekutif Anshar Studios, berkata: "Kami telah bekerjasama dengan G2A selama lebih setahun dan kerjasama ini memberikan cara untuk mempromosi dan menjual permainan kami kepada mereka yang selama ini di luar jangkauan kami.  Saya berpendapat Sistem Sokongan Pembangun Permainan G2A, termasuk verifikasi baharu, akan memberikan perubahan besar kepada pembangun kecil dan saya percaya, tidak lama lagi pembangun lain juga akan turut mahu bekerjasama dengan G2A sama seperti kami." http://ansharstudios.com
  • Hristo Tenchev, Ketua Pegawai Eksekutif XS Software, menambah: "Kami telah bekerjasama dengan G2A selama bertahun-tahun dan sentiasa berpuas hati dengan hubungan kami ini.  Saya berpendapat G2A mempunyai sikap yang positif terhadap pembangun bebas dan berusaha menyokong dan membantu mereka dalam pelbagai cara.  Penipuan merupakan satu masalah bagi semua syarikat permainan yang bersandarkan penjualan digital – saya berharap salah faham ini akan dapat diselesaikan tidak lama lagi." http://www.xs-software.com/company.php

Bartosz Skwarczek menyimpulkan: "G2A sentiasa meningkatkan pengalaman pengguna dalam pasaran untuk menjadi pasaran terbuka, telus dan selamat yang sebaik-baiknya.  Kami gembira kerana komuniti permainan memberikan kami maklumbalas berkaitan penambahbaikan pasaran G2A.  Kami mendengar dan mengambil tindakan pantas kerana tiada yang lebih penting bagi kami selain memastikan keselamatan para pengguna kami."

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: security@g2a.com

Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160707/387293

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services