omniture

Finalis Anugerah Serlahkan Bakat 2016 Diumumkan

Talent International
2016-07-11 12:54 687

Panel Hakim Global pilih empat finalis dari Hong Kong dan Malaysia! 

SYDNEY, 11 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Talent telah mengumumkan finalis kategori APAC bagi Anugerah Serlahkan Bakat 2016.  Serlahkan Bakat meraikan mereka yang terbaik dan paling berani dalam inovasi teknologi – di seluruh syarikat perniagaan baharu, SME, peneraju dan pencabar teknologi – dari Hong Kong, Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan UK.

Merupakan sebuah idea kreatif agensi pengrekrut IT global Talent International, Anugerah ini mengiktiraf usahawan yang mengubah industri menggunakan penyelesaian teknologi inivatif bagi memberikan impak sebenar dalam bidang mereka.

"Setiap tahun, kualiti penyertaan yang kami terima bagi Anugerah Serlahkan Bakat sentiasa melangkaui jangkaan kami.  Panel hakim 2016 dikagumkan dengan kualiti penyertaan tahun ini yang merupakan bukti kehebatan keusahawanan di rantau APAC," kata Richard Earl, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Talent.

Terpilih sebagai finalis Hong Kong Kategori Impak Sosial Perniagaan Baharu Terbaik diwakili oleh Health View Bioanalytic, sebuah platform penganalisa kesihatan imej retina automatik digital bagi menyaring penyakit seperti strok dan Alzheimer.

Malaysia diwakili oleh beberapa syarikat bagi peringkat akhir rantau pada tahun ini dengan tiga daripada lima belas finalis terpilih dari Malaysia iaitu, 100% Project untuk kategori Impak Sosial Perniagaan Baharu Terbaik, BookDoc bagi Perniagaan Baharu Terbaik – Inovasi Teknologi dan Kaodim bagi SME Digital Terbaik – Inovasi Teknologi.

Hakim dan Ahli Panel Serlahkan Bakat APAC Yat Siu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekujtif Outblaze mengulas, "Pertandingan Serlahkan Bakat pada tahun ini menarik beberapa penyertaan yang cemerlang. Ia sesuatu yang sangat menarik melihat ramai usahawan muda yang baharu berusaha untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik bersama-sama syarikat yang memberi ilham dan mengubah corak industri."

Finalis Anugerah Serlahkan Bakat 2016 adalah seperti berikut:

Perniagaan Baharu Terbaik – Impak Sosial

  • 100% Project
  • Odocs Eye Care
  • Health View Bioanalytic

Perniagaan Baharu Terbaik – Inovasi Teknologi 

  • TRIBE
  • BookDoc
  • Clevertar

SME Digital Terbaik – Inovasi Teknologi

  • Prendi
  • Kayla Itsines: Bikini Body Training Company
  • Kaodim

CIO/CTO Paling Berinovasi 

  • William ConfalonieriDeakin University
  • Peter O'Halloran – National Blood Authority
  • Neal Cross - DBS

Penjanaan IPO/Modal Usaha Niaga Teknologi Terbaik

  • Bluedot
  • Oneflare
  • ResApp Health

Finalis Anugerah Serlahkan Bakat telah dipilih daripada panel hakim antarabangsa termasuk Steve Wozniak, Sir Richard Branson, Jane Tewson (Pengasas dan Pengarah Urusan, Igniting Change), Cliff Rosenberg (LinkedIn), Jade Zhang (Pengasas dan Pengarah Urusan, Okmno Asia), Dan Radcliffe (International Volunteer HQ), Patrick Grove (Captcha Group), dan Yat Siu (Outblaze).

Kesemua finalis APAC akan diterbangkan ke acara Akhir Rantau APAC yang eksklusif di Melbourne pada hari Khamis, 21 Julai di mana pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan.

Pemenang bagi rantau APAC kemudiannya akan bertanding menentang pemenang rantau UK dan Eropah untuk membuat pembentangan akhir secara langsung kepada panel hakim di acara akhir utama global di Sydney pada 18 Ogos di mana Steve Wozniak akan turut hadir bagi memberikan maklum balas langsung kepada finalis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang hadiah utama keseluruhan.

Pemenang hadiah utama global bagi setiap kategori bakal membawa pulang hadiah terunggul – perbualan satu dengan satu bersama Steve Wozniak, dan perjalanan sekali seumur hidup ke persidangan teknologi tercanggih dan rombongan berpanduan ke beberapa syarikat teknologi peneraju di Lembah Silikon.

Untuk maklumat lanjut Anugerah Serlahkan Bakat 2016, sila lawati: http://www.talentunleashedawards.com.

Latar Belakang Serlahkan Bakat:

Serlahkan Bakat merupakan program anugerah teknologi global yang pertama di dunia bagi perniagaan dan usahawan baharu, memberikan ganjaran dan pengiktirafan kepada individu yang menyerlahkan, menginovasi dan mengubah teknologi dalam perniagaan dan masyarakat.  Serlahkan Bakat dicipta oleh Talent dan dilancarkan pada 2013.  Serlahkan Bakat mengiktiraf ramai individu hebat merentasi seluruh masyarakat teknologi Australia, New Zealand, Malaysia, Singapura, Hong Kong dan UK. Penyertaan dinilai oleh peneraju perniagaan tersohor dunia termasuk Sir Richard Branson, Steve Wozniak, pengarah urusan LinkedIn Cliff Rosenberg dan Jane Tewson – Pengasas dan Pengarah Urusan, Igniting Change. Serlahkan Bakat mengiktiraf idea besar teknologi yang mampu mengubah kehidupan dan perniagaan. www.talentunleashedawards.com

Latar Belakang Talent:

Talent merupakan syarikat perekrutan teknologi global dan perkhidmatan IT yang unik, inovatif dan pelbagai bidang.  Ghairah dengan teknologi dan memberikan sokongan yang aktif terhadap individu yang bekerja dalam sektor IT&T dan digital, Talent mencari dan menempatkan bakat-bakat hebat dan menyediakan inisiatif yang membantu industri berkembang dan berjaya.  Sebuah syarikat yang bebas dan dimiliki serta dikendalikan secara persendirian, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richard Earl melancarkan Talent International dari rumahnya di Perth pada tahun 1995 dan semenjak itu beliau mengembangkan perniagaan ke peringkat rangkaian global dengan 15 pejabat di Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Hong Kong dan UK.  Talent juga merupakan pemilik Avec, perniagaan perundingan IT yang mengkhusus kepada pengurusan projek, perkhidmatan dan risikan perniagaan, dan pembolehan digital. talentinternational.com

Source: Talent International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Awards