omniture

Hisense Pertama Kali Perkenalkan Televisyen 4k Laser Bersudut Lebar Pertama Dunia Di Paris

Hisense
2016-07-13 02:18 803

Mencipta kelebihan kos yang memungkinkan pemilikan TV skrin besar di setiap kediaman

PARIS, 13 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- "Dunia sedang melihat saya" ("The world is looking at me.") Pada sebelah malam Perlawanan Akhir UEFA Euro 2016, acara yang telah menarik perhatian seluruh dunia, penajanya, Hisense iaitu pengeluar TV terbesar di China mengikut jumlah jualan, telah memenuhi janjinya untuk memperkenalkan buat pertama kali televisyen 4K pawagam laser bersudut lebar yang pertama dunia di Paris, dan ini berjaya meraih sejumlah besar perhatian.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160711/388173

Televisyen LCD dengan lampu latar LED kini mendominasi pasaran, dengan skrin televisyen yang bersaiz lebih besar dan jelas lebih mahal. Televisyen LCD 4K setinggi 100 inci biasanya berharga 600,000 yuan (kira-kira US$90,000) bagi setiap unit. Televisyen laser yang dilancarkan oleh Hisense, berjaya meraih pencapaian yang belum mampu dicapai oleh dunia menerusi 217 teknologi berpaten, enjin optik yang mantap, kanta beresolusi tinggi serta proses pembuatan yang berketepatan tinggi, selain memberikan kecerahan dan ketepuan warna yang setanding atau melebihi kualiti TV LCD. Lebih memeranjatkan lagi, televisyen Hisense berharga hanya sekitar US$10,000 bagi setiap unit, iaitu 1/10 daripada harga jualan TV LCD dengan saiz skrin yang sama. Projektor laser LCOS 4K telah diperkenalkan terlebih dahulu oleh Sony di Jepun yang berharga US$50,000 seunit.

Naib presiden global Hisense Group Lin Lan berkata dengan penuh teruja dalam ucapannya, "matlamat utama teknologi adalah untuk mencipta kelebihan kos." Usaha memungkinkan setiap keluarga memiliki pawagam rumah adalah impian dan juga strategi syarikat bagi memastikan Hisense mampu menjadi peneraju utama dalam kalangan pembuat televisyen. Setelah impian tersebut berjaya dicapai, Hisense berharap dapat menjadi peneraju terunggul dalam pasaran TV warna di dunia.

Jiang Shan
+86-532-8087-8024
jiangshan5@hisense.com

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:000921 HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television New products/services