omniture

DCA (Data-Centric Alliance) Melancarkan Versi Antarabangsa Platform Perancangan Exebid.DCA

DCA (Data-Centric Alliance)
2016-07-13 11:30 765

MOSCOW, 13 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

DCA (Data-Centric Alliance) - sebuah syarikat Rusia yang pakar dalam teknologi pengiklanan berdasarkan data penonton - mengumumkan keupayaan baharu untuk enjin Exebid.DCA, sebuah platform berasaskan permintaan perancangan (DSP). Versi baharu platform ini mampu menyokong pembelian oleh penonton di benua Amerika, Eropah, rantau Asia Pasifik dan juga China.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160711/388254LOGO )

Menerusi lebih 75 platform bahagian penawaran antarabangsa (SSP) serta pusat-pusat data di Eropah, AS dan Singapura, Exebid.DCA mampu melancarkan kempen pengiklanan jenama untuk hampir mana-mana pasaran. Sasaran penonton yang pelbagai menjadikan kempen ini lebih berkesan dan memastikan jenama ini dapat berkomunikasi hanya dengan sasaran penontonnya.

Bagi pengiklan, antara muka yang dikemas kini ini menjadi titik kemasukan sehenti bagi membeli sebarang trafik di mana-mana lokasi di dunia. Exebid.DCA menyokong kesemua format media yang popular (sepanduk web pada PC dan peranti mudah alih, video, video dalam sepanduk, termasuk skrin Retina). Bayaran boleh dibuat dalam mata wang RUR, USD, atau EUR; walau bagaimanapun mata wang lain akan ditambah setelah notis beberapa hari.

Platform ini menyokong kesemua sasaran asas: 

  • geografi (sehingga kawasan bandar);
  • sistem pengendalian dan pelayar;
  • hari dalam minggu dan masa mengikut zon waktu pengguna;
  • kebolehtontonan iklan;
  • sumber media tertentu (tawaran peribadi, senarai hitam/senarai putih);
  • jenis sambungan (pengendali selular/wi-fi), penyedia;
  • jenis, buatan dan model peranti (untuk platform mudah alih dan peranti);
  • kategori minat.

Platform Pengurusan Data (DMP) Facetz DCA akan kekal sebagai penyedia data penonton semua dalam satu, yang merupakan salah satu pengawal bebas Rusia terbesar bagi data penonton bebas PII.

Inovasi utama Exebid DCA ialah kini ia fokus terhadap platform mudah alih dan penggunaan data mudah alih untuk penyasaran. Kini, kempen pengiklanan boleh ditala dengan lebih tepat berdasarkan data IDFA/IFA mudah alih - cuaca semasa (suhu, hujan dan tahap UV), geosasaran dengan ketepatan mencecah 25 meter dan menyasarkan lokasi organisasi yang pengguna berada, melintasinya atau bekerja (pendidikan, rawatan kesihatan dan institusi serta organisasi kebudayaan).

Instrumen analisis prediktif yang dikemas kini (peramal) mengambil kira ambang CR dan CTR, seraya mampu memenuhi sasaran keberkesanan kempen pengiklanan.

Sistem antipenipuan turut dioptimumkan, memandangkan hanya separuh daripada trafik dunia yang diketahui, dicipta oleh apa yang dikenali sebagai bot, pengguna web tiruan dan satu pertiga daripada trafik dunia dihasilkan oleh "bot penipuan".

Penyelesaian Exebid DCA menyaring "pengunjung" yang mencurigakan menerusi penanda kelakuan mereka; contohnya, kebanyakan bot hanya mampu bertahan kurang daripada tempoh 24 jam - bot ini melakukan banyak klik dan kerap menyegarkan semula laman bagi mendapatkan sebanyak mungkin sepanduk web. Iklan tersebut secara automatik menghentikan paparan kepada pengguna dengan penanda sedemikian, manakala sumber iklan turut disekat.

Selain itu, sistem tersebut menganalisis data berkaitan apa yang dilakukan oleh pelawat sebelum itu dan mengesan pengguna yang memiliki tingkah laku yang tidak normal.

Kawalan ini hampir menghapuskan trafik 'bot'.

Setelah dilancarkan, platform baharu tersebut menjadi platform utama untuk beberapa kempen pengiklanan pelanggan DCA. Pada musim luruh ini, pelancaran antara muka layan diri yang serba lengkap akan dibuat, agar agensi pengiklanan dan jenama mampu membangunkan kepakaran perancangan mereka sendiri.

Sebarang maklumat lanjut, klik di sinihttp://exebid.ru/en/

Hubungi: +7-800-500-52-18, E-mel: common@datacentric.ru

Source: DCA (Data-Centric Alliance)
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Internet Technology