omniture

Fragrance Du Bois Lancarkan Koleksi 'Lite Attars'

Fragrance Du Bois
2016-07-14 10:47 985

PARIS, 14 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat minyak wangi khas yang mewah dari Perancis Fragrance Du Bois mempersembahkan tawaran produk terkini daripadanya iaitu koleksi Lite Attars. Menampilkan 10 wangian berasaskan minyak daripada rangkaian Shades Du Bois dan Prive yang mengagumkan, koleksi Lite Attars daripada Fragrance Du Bois ini bebas alkohol, tinggi kepekatannya, terhasil secara lestari daripada bahan-bahan terbaik di muka Bumi ini, selain memancarkan aroma kemewahan dan sensasi keselesaan.

Koleksi Lite Attars Fragrance Du Bois menampilkan 10 wangian berasaskan minyak daripada rangkaian Shades Du Bois dan Privé yang mengagumkan.
Koleksi Lite Attars Fragrance Du Bois menampilkan 10 wangian berasaskan minyak daripada rangkaian Shades Du Bois dan Privé yang mengagumkan.

 

Koleksi Lite Attars terdapat dalam botol 15 ml dan dipersembahkan dalam kotak baldu mewah.
Koleksi Lite Attars terdapat dalam botol 15 ml dan dipersembahkan dalam kotak baldu mewah.

Disediakan dalam botol kaca 15ml yang mewah dan ditutup dengan penyumbat kaca penuh gaya, minyak wangi ini dihasilkan agar lebih diperkaya berbanding eaux de parfums yang biasanya mengandungi 10-20% pati minyak wangi. Bagi eaux de parfums, beberapa peratus daripada minyak wangi tersebut melesap apabila disembur dan beransur lenyap dengan agak pantas. Namun begitu, menerusi koleksi Lite Attars, aroma yang terhasil semakin mewangi dan lama kelamaan menjadi semakin harum. Koleksi Lite Attars daripada Fragrance Du Bois juga melembapkan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Dihasilkan daripada kaedah penyulingan, minyak atar juga diketahui berkembang menjadi semakin kompleks dan tinggi keamatan mengikut usianya, dan ini memberikan kelainan yang halus dari segi haruman dan tekstur apabila ia semakin matang serta profilnya diperkukuhkan.

"Minyak atar adalah intipati sebenar bagi sari pati minyak wangi," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois. "Minyak atar ini sememangnya bebas daripada alkohol dan diperbuat hanya daripada minyak semula jadi. Walaupun terdapatnya salah faham umum bahawa aroma minyak atar terlalu menusuk, namun ia sebenarnya seperti yang disangkakan. Apa yang belum difahami oleh orang ramai adalah minyak atar merupakan wangian yang lebih halus berbanding yang lain. Kami menamakan koleksi kami sebagai 'Lite Attars' bagi menekankan bahawa minyak wangi yang 100% asli, semula jadi dengan aroma yang agak kuat ini, tidaklah bersifat intrusif mahupun menusuk hidung."

Beliau menambah, "Kami juga mendapati aromanya yang tahan lama merupakan faktor penting buat kebanyakan pengguna minyak wangi. Koleksi eau de parfum terkini kami -- hasil daripada ciri-ciri minyak Oud yang hebat -- mampu bertahan sekurang-kurangnya lapan jam apabila disembur dan kebiasaannya ia bertahan lebih lama lagi. Dengan koleksi Lite Attars kami, aroma tahan lama yang mengagumkan boleh diperoleh hanya dengan sedikit calitan minyak wangi."

Untuk hasil terbaik, adalah disyorkan untuk mencalit dua hingga tiga calitan minyak wangi sama ada pada pergelangan tangan, pangkal leher, atau di belakang cuping telinga.

Setiap item daripada koleksi Lite Attars akan dipersembahkan dalam kotak baldu tersendiri yang menarik, dan boleh didapati dalam semua ekspresi menarik Fragrance Du Bois. Koleksi ini bakal disediakan di butik eksklusif Fragrance Du Bois di seluruh dunia, bermula pada 14 Jun 2016, dengan harga EUR175/$199.

Muat turun gambar dan fail media di sini: http://fdbo.is/LiteAttarsCollection

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham 
Eksekutif PR & Pemasaran 
Emel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 9144 0933

Charlotte Medigue 
Eksekutif PR & Pemasaran 
Emel: charlotte.medigue@fragrancedubois.com
Tel: +41 22 707 7330

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, dihasilkan daripada sari pati alam semula jadi yang terkaya, dibuat oleh pakar minyak wangi generasi kelima daripada tradisi Grasse, Perancis pada abad ke-17. Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Oud kami yang istimewa, yang memancarkan aroma kemewahan sebenar yang tersendiri dan unik. Kesemua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan sendiri di ladang kami yang diurus secara lestari dengan jaminan perolehan bahan yang beretika dan mampan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160621/8521604051-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160621/8521604051-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics New products/services