omniture

Acara Runcit Terbesar China -- CHINASHOP 2016 akan Diadakan di Suzhou

CHINASHOP
2016-07-18 11:00 693

SUZHOU, China, 18 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai negara kedua paling padat di dunia, China memiliki pasaran runcit yang amat besar, dan menerusi pembangunan ekonominya yang pesat, potensi pasaran Cina juga adalah luas. Pameran Perdagangan Runcit China yang juga dikenali sebagai CHINASHOP, menyediakan sebuah platform komunikasi dan kolaborasi yang berkesan untuk peniaga dan pembekal, selain merupakan peluang yang hebat untuk syarikat perusahaan global menembusi pasaran Cina.

CHINASHOP 2015 di Wuhan
CHINASHOP 2015 di Wuhan

CHINASHOP, anjuran Persatuan Gedung Rantaian & Francais China (CCFA) sejak tahun 1998, mendapat sokongan padu daripada Kementerian Perdagangan China dan juga kerajaan tempatan. Setelah 17 tahun membangun dan menginovasi, CHINASHOP menjadi pameran runcit terbesar di Asia dan acara kedua terbesar di dunia. Tahun lalu, kawasan pameran CHINASHOP 2015 adalah seluas 80,000 meter persegi, dan berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung profesional.

CHINASHOP menyediakan saluran jualan paling menyeluruh untuk industri runcit, beratus-ratus peniaga tempatan berhimpun dan turut serta dalam acara gilang gemilang yang diadakan setiap tahun ini, peniaga antarabangsa boleh berinteraksi secara langsung dengan pihak daripada pasar raya atau pedagang besar di acara ini. CHINASHOP akan turut menghimpunkan sejumlah besar pembekal runcit bersama-sama, yang dapat menyediakan kelengkapan yang murah dan berkualiti tinggi buat pembeli luar negara. Acara ini dapat membantu pihak pembeli merealisasikan impian mereka untuk membeli dan berdagang di peringkat global.

Pada masa yang sama, bagi menyediakan pengalaman yang lebih baik buat pengunjung luar negara dan pempamer sempena CHINASHOP, sebagai penganjur utama pameran ini, kami akan menyediakan pelbagai perkhidmatan buat pengunjung kami dari luar negara: termasuk perkhidmatan penterjemahan, ruang istirehat VIP sepanjang pameran dan pintu masuk ekspress. Mereka turut berpeluang menghadiri Konvensyen Industri Runcit China atau persidangan yang lain. Ini merupakan konvensyen berkualiti tertinggi dan paling berwibawa dalam seluruh industri runcit China. Selain itu, sekiranya pengunjung dari luar negara mendaftar lebih awal dan menyertakan minat mereka serta skop perniagaan dalam industri runcit, mereka berpeluang menyertai proses pemadanan secara bersemuka dengan syarikat-syarikat Cina.

CHINASHOP 2016 akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Suzhou pada 3-5 November ini, di Jiangsu, China. Kami berharap CHINASHOP dapat memenuhi kehendak semua peniaga dan pelbagai perniagaan runcit. Kami dengan penuh ikhlas mengundang dan mengalu-alukan kedatangan semua perniagaan runcit dari seluruh dunia untuk turut serta dalam acara runcit terbesar di China ini.

Hubungi:

Pihak untuk dihubungi: 

En. Jason Guo

No. Telefon Bimbit:

+86-10-68019941

Emel:

gh@ccfa.org.cn

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160714/0861607080 

Source: CHINASHOP
Keywords: Retail Trade show news