omniture

Perfect World Pictures Ditukar Nama Menjadi Perfect World, Membentuk Konglomerat Filem dan Permainan Video Terbesar di China

Perfect World Co., Ltd.
2016-07-26 14:37 592

BEIJING, 26 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Perfect World Pictures Co., Ltd., penerbit filem dan program televisyen Cina, mengumumkan pada 19 Julai 2016 yang lalu, syarikat yang tersenarai ini secara rasminya ditukar nama kepada Perfect World Co., Ltd., sebagai langkah bagi menunjukkan syarikat permainan video Cina, Perfect World secara rasminya kembali ke pasaran saham A Cina setelah menyempurnakan proses penstrukturan semula segmen perniagaan filem dan permainan videonya yang tersenarai. Proses penstrukturan semula ini turut membentuk konglomerat filem dan permainan video terbesar ini di China.

Gabungan yang semakin popular antara filem dan permainan video dilihat sebagai peluang yang sangat cerah buat para penggiat industri. Pakar-pakar industri percaya bahawa filem dan permainan video adalah dua industri yang amat dinamik dan mampu diperluas, manakala kebolehcapaian yang mudah melalui saluran dalam talian menjadikan kedua-dua industri ini sebagai sektor yang paling hebat dalam seluruh rantaian industri kebudayaan dan hiburan. Pada masa kini, kerajaan Cina semakin giat mempromosikan penyepaduan budaya dalam seluruh domain pan-hiburan sebagai sebahagian daripada strategi untuk menjamin kekuatan negara menerusi pembangunan budaya. Dalam hal ini, iaitu dengan memanfaatkan trend penyepaduan antara filem dan permainan video, gabungan dan hubungan antara filem dan permainan video dapat meluaskan kepelbagaian penggunaan sumber IP berkualiti tinggi dengan pesat selain merangsang pemikiran kreatif, memperluas usaha dari segi sejauh mana kedua-duanya dapat dimanfaatkan dalam industri kebudayaan dan hiburan yang lebih luas ke tahap tertinggi. Hasilnya, trend ini dapat menggalakkan perkembangan peranan budaya dalam industri hiburan dan menyediakan asas yang kukuh demi mempromosikan budaya Cina ke seluruh dunia.

Baru-baru ini, Perfect World Pictures ditukar namanya kepada Perfect World yang membentuk konglomerat filem dan permainan video terbesar di China. Sebagai sebahagian daripada konglomerat tersebut, Perfect World Pictures menjadi salah sebuah syarikat penerbitan filem dan program televisyen paling terkenal di China, yang memiliki pasukan kreatif dan penerbitan yang terkemuka dalam industri, selain keupayaan berterusan dalam penghasilan bahan kandungan melalui jalinan kerjasama dengan sumber IP yang luas. Menerusi kecekapan yang hebat dalam mencipta permainan video asli dengan menggabungkan sumber IP yang unggul, Perfect World Games, pembangun bertaraf global yang bersepadu sepenuhnya dan penerbit permainan video dalam talian, selain merupakan sebahagian daripada konglomerat tersebut, telah melancarkan berpuluh-puluh permainan video yang mendapat sambutan hangat bukan sahaja dalam pasaran tempatan, bahkan turut dieksport ke lebih 100 buah negara dan juga kawasan di seluruh dunia. Kedua-dua syarikat, setiap satu daripadanya diiktiraf sebagai peneraju dalam bidang masing-masing, bergabung bagi membentuk konglomerat filem dan permainan video terbesar di China. Ini turut menjadikan kedua-dua syarikat ini berperanan untuk menggabungkan sumber masing-masing dengan berkesan dan memanfaatkan sepenuhnya sinergi kombinasi tersebut. Pembentukan konglomerat ini pastinya dapat menangani segala kelemahan yang sehingga kini menyukarkan proses integrasi antara kedua-dua industri di China itu, termasuk kekurangan model kolaborasi yang berkesan, kurang kesanggupan untuk bekerjasama dan kekurangan pembangunan sumber IP. Langkah yang diambil dapat terus menggalakkan gabungan dan integrasi sebenar antara filem dan permainan video di seluruh negara.

Selain itu, Perfect World telah memeterai satu perjanjian kerjasama dengan Universal Pictures, sebagai langkah untuk mempromosikan ketersediaan dan populariti filem-filem Cina di seluruh dunia dengan memanfaatkan pengalaman Perfect World Games terhadap operasi global dan juga jalinan kerjasamanya bersama beberapa penerbit filem terkenal di peringkat antarabangsa.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160722/392250

Source: Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Internet Technology Multimedia/Online/Internet Television Web Site