omniture

Anugerah LUI Che Woo - Anugerah Ketamadunan Dunia Mengumumkan Penerima Anugerah Sulung

LUI Che Woo Prize Limited
2016-07-27 05:10 809

HONG KONG, 27 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Anugerah LUI Che Woo - Anugerah Ketamadunan Dunia ("Anugerah LUI Che Woo Prize" atau "Anugerah") hari ini mengumumkan tiga penerima anugerah sulung.

Bagi mendapatkan siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/lcw_201607.shtml

 
From left: Prof. Lap-Chee Tsui, Member, Board of Governors, LUI Che Woo Prize Limited; Dr. Lui Che Woo, Founder & Chairman of the Board of Governors cum Prize Council, LUI Che Woo Prize; Prof. Lawrence J. Lau, Chairman, Prize Recommendation Committee, LUI Che Woo Prize; Dr. Moses Cheng, Member, Board of Governors, LUI Che Woo Prize Limited
From left: Prof. Lap-Chee Tsui, Member, Board of Governors, LUI Che Woo Prize Limited; Dr. Lui Che Woo, Founder & Chairman of the Board of Governors cum Prize Council, LUI Che Woo Prize; Prof. Lawrence J. Lau, Chairman, Prize Recommendation Committee, LUI Che Woo Prize; Dr. Moses Cheng, Member, Board of Governors, LUI Che Woo Prize Limited

 

Dr. Lui Che Woo, Founder & Chairman of the Board of Governors cum Prize Council, LUI Che Woo Prize
Dr. Lui Che Woo, Founder & Chairman of the Board of Governors cum Prize Council, LUI Che Woo Prize

 

Prof. Lawrence J. Lau, Chairman, Prize Recommendation Committee, LUI Che Woo Prize
Prof. Lawrence J. Lau, Chairman, Prize Recommendation Committee, LUI Che Woo Prize

 

LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation was established with the aim to promote world peace, mutual respect and support.
LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation was established with the aim to promote world peace, mutual respect and support.

 

LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation announces inaugural laureates.
LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation announces inaugural laureates.

 

Para pemenang anugerah sulung bagi Anugerah LUI Che Woo 2016 ialah:

Kategori Anugerah 1: Pembangunan mampan di dunia (Anugerah Kemampanan)
Bidang Tumpuan Khusus: Bekalan Makanan Dunia: Keselamatan dan Sekuriti
Penerima Anugerah: YUAN Longping

Profesor Yuan Longping dianugerahkan dengan Anugerah Kemampanan menerusi pencapaian saintifik beliau berkaitan penghasilan beras hibrid dalam kuantiti yang tinggi, menyediakan bekalan makanan yang mampan serta stabil untuk China serta kawasan-kawasan lain yang telah lama menderita akibat masalah kebuluran. Teknologi beras hibrid Profesor Yuan memberi sumbangan penting terhadap peningkatan sekuriti bekalan makanan dunia.

Kategori Anugerah 2: Pembaikan kesejahteraan manusia (Anugerah Pembaikan Kesejahteraan)
Bidang Tumpuan Khusus: Rawatan dan/atau kawalan terhadap wabak, penyakit berjangkit atau penyakit kronik
Penerima Anugerah: Medecins Sans Frontieres

Medecins Sans Frontieres ("MSF") dianugerahkan dengan Anugerah Pembaikan Kesejahteraan atas sumbangan yang amat diperlukan terhadap rawatan dan kawalan wabak kolera di Haiti pada tahun 2010, serta wabak Ebola di Afrika Barat pada tahun 2014. MSF menyediakan bantuan perubatan dan kemanusiaan ke kawasan bencana, wabak mahupun konflik bersenjata. Usaha yang dilakukan oleh MSF seraya membuahkan pembaikan signifikan terhadap kesejahteraan manusia sejagat.

Kategori Anugerah 3: Penggalakan corak pemikiran kehidupan yang positif dan peningkatan tenaga positif (Anugerah Tenaga Positif)
Bidang Tumpuan Khusus: Individu atau organisasi yang tabiat dan pencapaian memberi inspirasi, semangat dan harapan kepada orang lain
Penerima Anugerah: James Earl "Jimmy" CARTER

En. Jimmy Carter dianugerahkan dengan Anugerah Tenaga Positif atas segala usaha murni yang dilaksanakan oleh beliau dan Pusat Carter yang ditubuhkan pada tahun 1982, memberi sumbangan penting dalam menggalakkan corak pemikiran kehidupan yang positif serta peningkatan tenaga positif di dunia. Dengan menebarkan keamanan, kemakmuran, kesihatan yang baik dan harapan buat berjuta-juta manusia sejagat, dan melalui usaha memperjuangkan hak-hak asasi manusia dan pewujudan masyarakat yang adil, En. Carter memberi inspirasi, semangat, harapan selain menerapkan tenaga positif kepada orang ramai di seluruh dunia.

Dr. Lui Che Woo, Pengasas & Pengerusi Lembaga Pengelola merangkap Majlis Anugerah bagi Anugerah LUI Che Woo berkata, "Hari ini merupakan satu pencapaian penting buat Anugerah LUI Che Woo - Anugerah Ketamadunan Dunia. Anugerah ini diwujudkan dengan matlamat untuk menggalakkan keamanan dunia, saling menghormati dan memberi sokongan, serta mewujudkan satu persekitaran yang membolehkan orang ramai menghargai dan menikmati warisan alam semula jadi yang tidak ternilai di Bumi kita. Menerusi pengumuman penerima anugerah sulung tersebut, saya berharap kita dapat mewujudkan dunia yang lebih prihatin dan saling menyayangi."

Dr. Lui menyatakan harapa beliau agar ketiga-tiga penerima anugerah tersebut terus berusaha dengan lebih giat dalam bidang masing-masing, agar membolehkan idea dan sumbangan mereka dapat dikongsikan ke seluruh dunia bagi memberi manfaat kepada masyarakat selain menebarkan lebih semangat positif ke seluruh dunia secara keseluruhan.

Profesor Lawrence J. Lau, Pengerusi Jawatankuasa Pengesyoran Anugerah, berkata, "Berbeza dengan Anugerah antarabangsa lain yang hanya melibatkan bidang-bidang tertentu, Anugerah LUI Che Woo meliputi pelbagai bidang dan penerima anugerah tidak hanya terhad kepada para ilmuwan dan saintis. Ketiga-tiga penerima anugerah dipilih berdasarkan penilaian dan penaksiran yang ketat menerusi tiga tahap struktur Anugerah, satu proses yang amat membuktikan bahawa setiap penerima anugerah semenangnya layak."

LUI Che Woo Prize Limited

26 Julai 2016

Sebarang pertanyaan berkaitan media, sila hubungi Ruder Finn Asia:

Carmen Lee

Tel: +852-2201-6435

E-mel: leec@ruderfinnasia.com

Gregory Cole

Tel: +852-2201-6416

E-mel: coleg@ruderfinnasia.com

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201607/lcw/video.mp4
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160726/8521604702-a
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160726/8521604702-b
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160726/8521604702-c
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160726/8521604702-d

Source: LUI Che Woo Prize Limited
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Infectious Disease Control Awards