omniture

Public Bank Bakal Lancarkan Kad UnionPay di Malaysia

UnionPay International
2016-07-28 10:24 1931

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Public Bank, bank ketiga terbesar di Malaysia dan UnionPay International, rangkaian pembayaran global, hari ini menandatangani satu perjanjian Perniagaan Pengeluaran Kad Debit UnionPay. Menerusi kerjasama ini, Public Bank akan menjadi bank tempatan pertama yang mengeluarkan kad UnionPay di Malaysia

(Dari kiri) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Bhd Dato' Chang Kat Kiam, Pengarah Urusan Public Bank Bhd Tan Sri Dato' Sri Tay Ah Lek, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, En Cai Jianbo dan Pengurus Besar, UnionPay International Asia Tenggara En Yang Wenhui pada majlis menandatangani perjanjian Perniagaan Pengeluaran Kad Debit UnionPay. Menerusi kerjasama ini, Public Bank akan menjadi bank tempatan pertama mengeluarkan kad UnionPay di Malaysia.
(Dari kiri) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Bhd Dato' Chang Kat Kiam, Pengarah Urusan Public Bank Bhd Tan Sri Dato' Sri Tay Ah Lek, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, En Cai Jianbo dan Pengurus Besar, UnionPay International Asia Tenggara En Yang Wenhui pada majlis menandatangani perjanjian Perniagaan Pengeluaran Kad Debit UnionPay. Menerusi kerjasama ini, Public Bank akan menjadi bank tempatan pertama mengeluarkan kad UnionPay di Malaysia.

 

 

Kad Debit Gaya Hidup PB UnionPay dan Akaun Simpanan PB UnionPay akan dilancarkan demi memenuhi keperluan pelanggan dan ahli perniagaan yang kerap melakukan perjalanan ke China menerusi fungsi kemudahan kad tanpa perlu membawa sejumlah besar wang tunai.

Penerimaan UnionPay di 160 buah negara serta penerimaan penuh di China menggalakkan rakyat Malaysia yang kerap berkunjung ke negara tersebut, golongan ekspatriat dan pelajar dari luar negara selain para pekerja dari China untuk memanfaatkan gabungan produk ini.

Di Malaysia, kad UnionPay yang dikeluarkan di dalam dan luar negara diterima oleh lebih 90% ATM manakala 60% pedagang menerima pembayaran menggunakan kad UnionPay.

Perjanjian tersebut ditandatangani antara Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Dato' Sri Tay Ah Lek dan Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, En. Cai Jianbo di Menara Public Bank, dan turut dihadiri oleh kakitangan pengurusan Public Bank yang lain serta para pegawai UnionPay International.

Mengulas tentang pelancaran kad tersebut, Tan Sri Dato' Sri Tay berkata, "Sebagai bank tempatan pertama di Malaysia yang melancarkan kad UnionPay, hal ini sekali lagi membuktikan Public Bank fokus terhadap usaha kemajuan dan penambahbaikan perniagaan runcit asas kami demi meningkatkan pengalaman perbankan pelanggan. Kami turut berbesar hati kerana dapat menjalin kerjasama dengan UnionPay International bagi menawarkan satu lagi pilihan pembayaran kepada pelanggan kami."

Turut sependapat berkaitan kerjasama penting ini, En. Cai Jianbo berkata, "Malaysia ialah salah satu pasaran paling penting untuk UnionPay, menerusi 90% penerimaan kad UnionPay pada ATM manakala 60% bagi POS. MOU yang ditandatangani bersama Public Bank Berhad ini akan dapat menyediakan asas yang kukuh dalam usaha kami untuk terus menyetempatkan perniagaan kami di Malaysia. UnionPay akan membantu lebih ramai pedagang dan meningkatkan penerimaan POS UnionPay kepada 90% menjelang akhir tahun 2017. Kami akan turut mengeluarkan lebih banyak kad dengan bank-bank tempatan, menyediakan lebih banyak kelebihan setempat demi meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan untuk Pemegang Kad. Bagi menjamin pembayaran yang inovatif, kami akan mempercepatkan pelancaran pembayaran e-dompet serta membangunkan ekosistem pembayaran 020."

Latar Belakang UnionPay International 

UnionPay International (UPI) fokus dalam memberi sokongan kepada perkembangan perniagaan pembayaran UnionPay di peringkat global. Pengaruh UnionPay telah berkembang ke 160 buah negara dan kawasan, mencakupi lebih 35 juta pedagang dan lebih dua juta ATM di seluruh dunia. Menerusi lebih 5.4 bilion kad UnionPay yang dikeluarkan di lebih 40 buah negara dan kawasan, UnionPay membantu kumpulan pemegang kad terbesar dunia dengan menyediakan perkhidmatan pembayaran yang berkualiti, berkesan kos dan juga selamat, selain menjamin kemudahan perkhidmatan setempat untuk kumpulan pedagang yang semakin bertambah. 

Di ASEAN, UPI menyediakan ATM, penerimaan POS dan pengeluaran kad merentasi semua 10 buah negara. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang UPI, sila layari www.unionpayintl.com, ikuti "UnionPay International" melalui Facebook, Sina Weibo atau WeChat, atau muat turun aplikasi mudah alih rasmi dengan mencari "UnionPay International" menerusi App Store Apple atau Play Store Google.

Latar Belakang Public Bank Berhad 

Ditubuhkan pada tahun 1966 oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Teh Hong Piow dan tersenarai pada Papan Utama Bursa Securities Malaysia pada tahun 1967, Public Bank Berhad kini merupakan pembekal perkhidmatan kewangan utama yang menyediakan perkhidmatan untuk lebih lima juta pelanggan di Malaysia. Terkenal dengan kaedah pengurusan yang berhemat dan tadbir urus korporat yang mantap, Public Bank Berhad terus meraih anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan juga tempatan.

Kumpulan ini terus komited untuk menyediakan khidmat pelanggan yang cemerlang dan berusaha menjadi lebih inovatif dalam menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan yang unggul demi memenuhi peningkatan permintaan pelanggan yang sofistikated. Untuk maklumat lanjut, layari www.pbebank.com.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:


Alvin C hia                                             

Dato' Chang Kat Kiam

Pengurus                                                 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

UnionPay International Asia Tenggara     

Public Bank Berhad

Tel: +65-6329-1116                                    

Tel: +6-03-21639797       

E-mel: chiayaoqing@unionpayintl.com      

E-mel: changkk@publicbank.com.my

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160726/8521604793-a
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151105/8521507450Logo
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160726/8521604793LOGO

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts