omniture

Mandarin Orchard Singapore dan Marina Mandarin Singapore Menyediakan Data Tanpa Had Secara Percuma dan Panggilan Antarabangsa kepada Tetamu Hotel menerusi Penyelesaian Telefon Pintar Handy

Meritus Hotels & Resorts
2016-08-04 15:50 703

SINGAPURA, 4 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Mandarin Orchard Singapore dan Marina Mandarin Singapore telah menyediakan kesemua bilik tamu dengan handy, iaitu penyelesaian telefon pintar yang membolehkan tetamu hotel berdaftar mendapat akses percuma kepada data 4G tanpa had, panggilan tempatan dan antarabangsa, panduan bandar raya dalam talian serta tempahan tiket untuk mengunjungi destinasi pilihan di sekitar Singapura di hujung jari mereka.

Memandangkan kesemua 1,077 buah bilik di Mandarin Orchard Singapore dan 575 buah bilik di Marina Mandarin Singapore kini dilengkapi dengan handy, tetamu boleh membawa keluar telefon pintar mereka yang diperibadikan itu dari hotel dan sentiasa terhubung ketika bersiar-siar serta meninjau kawasan di sekitar Singapura. Mereka juga boleh mendail terus senarai nombor talian di hotel termasuk bilik tamu, pekerja rencam dan juga restoran.

Sambungan yang lancar dapat disediakan melalui sambungan data berkelajuan tinggi secara percuma serta panggilan telefon tempatan dan antarabangsa tanpa had yang melibatkan 15 buah negara iaitu Australia, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan juga Vietnam.

Para tetamu juga boleh mendapatkan maklumat penting berkaitan tawaran promosi terkini yang dibuat di dalam dan sekitar bandar tersebut, menerusi panduan menjamu selera dan membeli belah yang dipramuatkan ke dalam telefon pintar. Selain itu, tetamu juga dapat bersiar-siar dengan mudah di sekitar Singapura melalui aplikasi perjalanan terbina dalam, termasuk peta Sistem Pengangkutan Gerak Cepat dan panduan bandar raya digital mengikut lokasi.

Bagi melindungi privasi tetamu, setiap peranti akan dikembalikan kepada tetapan kilangnya ketika mendaftar keluar agar dapat menghapuskan semua data peribadi serta pelayaran yang dibuat sebelumnya yang mungkin disimpan sepanjang penginapan mereka.

Mandarin Orchard Singapore dan Marina Mandarin Singapore diuruskan oleh Meritus Hotels & Resorts, sebuah syarikat pengurusan hotel yang pernah meraih anugerah, yang telah sekian lama diiktiraf sebagai ikon hospitaliti Asia bertaraf dunia di Singapura.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah harga paling berpatutan, sila layari www.meritushotels.com.

Maklumat Perhubungan Media:

Janice Azupardo
Naib Presiden Serantau, Bahagian Penjenamaan & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
DID: +65 6831 6385
E-mel: janice.azupardo@meritushotels.com

Ikram Zainy
Pengurus, Bahagian Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus
DID: +65 6831 6051
E-mel: ikram.zainy@meritushotels.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160803/8521604955LOGO

Source: Meritus Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Travel New products/services