omniture

Pemulihan Haba Buangan yang Lumayan: Penyimpanan Haba Berasaskan Konkrit Tingkatkan Kecekapan Industri

EnergyNest
2016-08-17 17:05 690

OSLO, Norway, 17 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Operasi perindustrian memerlukan jumlah tenaga yang banyak, tetapi kebanyakannya hilang dalam bentuk haba buangan selepas digunakan. Penyelesaian penyimpanan tenaga haba daripada EnergyNest kini dapat memastikan simpanan tenaga yang belum dimanfaatkan sepenuhnya ini boleh ditukar dengan berkesan. Apabila disimpan, haba buangan masa-beralih ini boleh digunakan dalam pelbagai cara – cth. menghasilkan wap yang boleh diproses, menjana kuasa sendiri, atau untuk menstabilkan seluruh grid kuasa. Ia memiliki pelbagai kelebihan, namun manfaat utamanya adalah peningkatan ketara terhadap kecekapan penggunaan sumber. Hasilnya, operasi perindustrian menjadi lebih mesra alam. Penaiktarafan dalam sektor perindustrian bukan sahaja menyumbang kepada kestabilan tenaga yang lebih baik, bahkan projek-projek sedemikian mempunyai projek pendek yang menguntungkan, menjadikan pulangannya amat menarik dari segi ekonomi.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160816/398417 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160816/398418 )

Salah satu elemen dalam penyelesaian teknikal baharu ini ialah HEATCRETE® - konkrit berprestasi tinggi, yang terdiri daripada 75% agregat kuarza dan 25% bahan tambahan. Struktur pembawa keluli membaluti paip keluli karbon terbina dalam HEATCRETE®, yang melaluinya, cecair yang memindahkan haba mengecas dan menyahcas sistem penyimpanan pada tekanan sehingga mencecah 160 bar. Sebuah modul, yang dipasang pada bekas 40 kaki yang biasa, membekalkan kapasiti tenaga sehingga dua jam megawatt haba. Hasil daripada struktur modularnya, sistem ini boleh ditingkatkan ke dalam julat gigawatt jam.

Ia jauh lebih murah berbanding teknologi penyimpanan tenaga yang lain –sekitar 20-25 dolar AS bagi setiap kilowatt jam: sangat sedikit berbanding kos bateri. Oleh sebab strukturnya yang kukuh dan tiada bahagian yang bergerak, sistem penyimpanan ini hampir tidak perlu diselenggarakan, maka kos pengendalian adalah satu per lima daripada keperluan dalam sistem penyimpanan yang lain. Potensi penjanaan kuasa sendiri melalui haba buangan masa-beralih ini adalah sangat besar. Contohnya, syarikat-syarikat boleh mengelakkan tarif harga puncak menggunakan penyimpanan haba-buangan-kepada-kuasa milik sendiri.

Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.energy-nest.com

Yamaoka International PR
Jana Erhart
E-Mel: energynest@yamaoka.de
Telefon: +49-4030-032-615

Sumber: EnergyNest

Source: EnergyNest
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services