omniture

Asia Plantation Capital Berhad Sebagai Syarikat Pertama Menawarkan Pelaburan Gaharu Dengan Kelulusan Pengawalseliaan

Asia Plantation Capital
2016-08-30 09:52 1311

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital Berhad (APCB), berbesar hati mengumumkan ia telah menjadi syarikat perladangan gaharu khusus yang pertama di Asia menerima kelulusan pengawalseliaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi skim pelaburan yang berpusat di Malaysia.

Kilang Penyulingan Gaharu dan Kilang Asia Plantation Capital Berhad di Johor Bahru, Malaysia.
Kilang Penyulingan Gaharu dan Kilang Asia Plantation Capital Berhad di Johor Bahru, Malaysia.

SSM ialah sebuah badan berkanun di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan, serta merupakan badan berkuasa utama di negara ini yang bertanggungjawab terhadap penambahbaikan tadbir urus korporat, serta pematuhan melibatkan pendaftaran perniagaan dan perundangan korporat. Sebagai sebuah badan penguatkuasaan, SSM menyediakan garis panduan yang ketat, dan setelah menjalani audit yang teliti oleh Agrinexus International, syarikat perkhidmatan pengurusan yang utama di Malaysia dalam sektor pertanian, kelulusan pengawalseliaan untuk Asia Plantation Capital Berhad telah disahkan.

Kelulusan yang diterima adalah penting untuk APCB dan kesemua pihak berkepentingannya, memandangkan ia bukan sahaja dapat mengekalkan integriti industri dan sektor pelaburan, malah turut menyediakan keselamatan dan jaminan terhadap pelanggan semasa dan pelanggan masa depan.

Steve Watts, CEO Asia Plantation Capital Berhad mengulas, "Hal ini merupakan satu lagi langkah kemajuan yang penting untuk kami sebagai sebuah syarikat, dan pastinya untuk industri perladangan gaharu secara keseluruhannya. Kelulusan yang diterima dapat terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju global dan membolehkan kami memberikan perkhidmatan kami kepada dana pelaburan yang dikawal selia, pihak individu dan juga pelabur institusi, kesemuanya kini lebih yakin apabila mengetahui kami telah melalui proses audit dan kelulusan yang ketat oleh badan pengawal selia kewangan yang utama di Malaysia."

Pokok Aquilaria Dikendalikan Oleh Asia Plantation Capital Berhad sebagai Sebahagian daripada Perjanjian Usaha Sama.
Pokok Aquilaria Dikendalikan Oleh Asia Plantation Capital Berhad sebagai Sebahagian daripada Perjanjian Usaha Sama.

"Ia turut membuka ruang kepada kami terhadap program pengembangan dan pelaburan kami yang hebat di Malaysia," sambung beliau, "dan menyusuli jalinan usaha sama yang telah ditandatangani baru-baru ini dengan Johor Motorsports milik Tunku Temenggong Johor, selain perjanjian yang telah dimeterai untuk mengurus ladang-ladang dengan Eco BlackGold. Rancangan pengembangan juga sedang diusahakan untuk kilang sedia ada kami di Johor, dan kami turut meninjau peluang pelaburan utama dalam ladang gaharu yang baharu pada masa terdekat."

Watts menyimpulkan, "Sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk melabur dalam masyarakat setempat, kami berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran kami dengan memperkenalkan program 'penanam luar' untuk ladang tempatan, petani kecil-kecilan dan pengusaha ladang yang lain, dan sebagai balasan, menawarkan harga tetap untuk pokok-pokok mereka yang sedia ada dan telah matang. Kami juga dapat membantu mereka dengan memberi akses kepada kemudahan pemprosesan di kilang-kilang kami."

Asia Plantation Capital Berhad telah pun mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dunia dalam bidang pengurusan ladang gaharu dan penghasilan minyak Oud yang 100% tulen dan organik, satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan dalam dunia minyak wangi. APCB membekalkan minyak Oud yang diperoleh secara lestari kepada Fragrance Du Bois, sebuah syarikat minyak wangi baharu yang inovatif dan rangkaian produk bersumberkan minyak Oudnya telah menggemparkan pasaran antarabangsa, manakala kadar pengembangannya dilihat menyamai Asia Plantation Capital.   

"Kelulusan pengawalseliaan yang diterima daripada badan yang berprestij dan disegani seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia ini amat membantu usaha pembangunan syarikat kami dan segala yang ingin kami capai sebagai sebuah organisasi," Steve Watts menyimpulkan. "Ini merupakan satu berita yang cukup hebat buat kami dan juga pihak pelabur kami, serta menjadi bukti terhadap usaha yang kami berikan demi menghasilkan hanya produk terbaik, memberikan amalan perniagaan terbaik dan beretika serta menitikberatkan setiap persekitaran yang kita semua perlu diami dan bekerja."

Nota untuk editor:

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham  
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Asia Plantation Capital
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com 
Tel: +65-6222-3386

Latar Belakang Asia Plantation Capital Berhad 

APCB merupakan sebahagian daripada Asia Plantation Capital Group, iaitu salah sebuah syarikat pengurusan perladangan yang paling pantas berkembang di dunia, menerajui usaha berkaitan penanaman anak pokok, penanaman hutan, merintis kaedah inokulasi, teknik penuaian, kaedah penyulingan dan pemprosesan produk, selain membawa faedah ekonomi yang penting kepada masyarakat setempat.

Latar Belakang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  

SSM ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada April 2002 hasil daripada penggabungan antara Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB). SSM bertindak sebagai sebuah agensi untuk memperbadankan syarikat dan mendaftar perniagaan, selain menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada rakyat Malaysia. SSM menguatkuasakan sepenuhnya pendaftaran perniagaan dan pematuhan perundangan korporat, selain bertanggungjawab memantau seluruh aktiviti dan juga pembangunan dalam sektor korporat serta perniagaan di Malaysia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160824/8521605349-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160824/8521605349-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Contracts Corporate Social Responsibility