omniture

Puma Energy Tambah Pasukan Global

Puma Energy
2016-08-31 01:43 634

SINGAPURA, 31 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --

Puma Energy, syarikat tenaga pertengahan dan hiliran bertaraf global, dengan sukacitanya mengumumkan pertambahan pasukannya menerusi pengambilan dua pegawai kanan: Ketua Peruncitan Global dan Ketua Pematuhan Global.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160830/402490LOGO )

Alessio Torelli menyertai syarikat sebagai Ketua Peruncitan Global yang sebelum ini berkhidmat untuk syarikat Eni Refining & Marketing yang mana beliau bertanggungjawab terhadap Perkhidmatan Mobiliti Peruncitan & Pintar di Itali. Terdahulu, En. Torelli pernah menyandang beberapa jawatan Peruncitan antarabangsa, daripada bahagian Inovasi & Pembangunan kepada Kenderaan Komersial, daripada Pembangunan Perangkaian kepada M&A di Eni dan sebelum ini pernah berkhidmat di Shell (bermula pada tahun 2001 hingga 2011). Puma Energy mengendalikan 2,419 lokasi peruncitan di serata dunia.

Andrew McClarron pula berkhidmat untuk syarikat sebagai Ketua Pematuhan Global. Terdahulu, En. McClarron pernah berkhidmat dengan BP (2016-1987) yang memikul tanggungjawab terhadap setiap aspek dalam program Etika dan Pematuhan untuk sejumlah besar syarikat global. Puma Energy menggajikan 7,900 orang kakitangan yang bekerja keras di 47 buah negara.

Pierre Eladari, CEO Puma Energy berkata, "Alessio dan Andrew mempunyai rekod prestasi terbukti dalam bidang masing-masing, yang memajukan kawalan operasi yang cemerlang dalam persekitaran dinamik dan semua ini menjadi asas terbaik bagi menghadapi cabaran baharu di Puma Energy. Kami mempunyai cita-cita yang besar serta konsisten untuk Puma Energy dan jawatan-jawatan ini dapat membantu mendorong kemajuan yang menguntungkan."

Sebarang maklumat lanjut, layari: http://www.pumaenergy.com

Source: Puma Energy
Keywords: Oil/Energy Utilities Personnel announcements