omniture

Cloudscene Melancarkan Direktori Pusat Data dan Penyedia Perkhidmatan Awan Pertama Paling Lengkap Di Dunia

Cloudscene
2016-08-31 08:00 863

BRISBANE, Australia, 31 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Usahawan Teknologi Australia Bevan Slattery hari ini mengumumkan pelancaran Cloudscene, iaitu titik rujukan sambungan paling komprehensif di dunia untuk pusat-pusat data kolokasi, penyedia perkhidmatan awan dan fabrik saling hubung, bagi tujuan menyediakan direktori kepada orang awam.

Cloudscene diwujudkan untuk meningkatkan ketelusan industri dan menyatukan pasaran yang terpecah-pecah (fragmented) untuk Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS), kolokasi dan penyelesaian awan yang lain.

Dengan adanya lebih 4,700 pusat data dan lebih 4,200 penyedia perkhidmatan awan/internet di 110 buah negara yang tersenarai, Cloudscene menawarkan platform yang mantap bagi membolehkan bakal pelanggan dan pelanggan mencari serta menganalisis penyedia perkhidmatan dengan bebas.

Pengasas Cloudscene, Bevan Slattery berkata: "Setelah sekian lama, terbukti bahawa proses pembelian yang biasanya mengambil masa yang lama dan sukar oleh pusat data dan penyedia perkhidmatan awan perusahaan sukar diubah."

"Konsep yang diperkenalkan oleh Cloudscene tercetus hasil daripada kekecewaan ini. Sebagai pelabur yang membuat pelaburan yang tinggi terhadap perkhidmatan ini, jelas sekali terdapatnya jurang maklumat yang perlu ditangani."

Cloudscene merupakan satu sumber paling komprehensif yang tersedia dan dapat menyediakan ketelusan terhadap penyedia perkhidmatan internet serta awan menerusi pusat-pusat data tertentu.

"Bakal penyewa atau pembeli rumah tidak perlu mengunjungi laman sesawang ejen hartanah tertentu untuk mendapatkan senarai maklumat selama lebih sepuluh tahun. Jadi, mengapa industri teknologi masih ketinggalan dari segi perkhidmatan IT perusahaan?" ujar Slattery.

Jason Bingham, Ketua Pegawai Operasi, Cloudscene berkata: "Matlamat utama Cloudscene adalah untuk menyediakan data yang andal dan tepat untuk pasaran. Bagi mencapai matlamat ini, kami mempertaruhkan pasukan pembangunan produk milik kami dan penganalisis data yang berpusat di Australia untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan, analisis dan juga pengesahan."

Kami mempunyai pelan tindakan produk yang luas bagi membolehkan Cloudscene terus berkembang maju. Ini hanyalah peringkat permulaannya," kata beliau.

Digital Realty, Telstra, VentraIP, EU Networks, Megaport, Vocus Communications, Epsilon, Superloop dan NextDC merupakan beberapa penyedia perkhidmatan yang telah pun menjadi pengguna aktif Cloudscene. Layari www.cloudscene.com bagi mengetahui lebih lanjut.

Latar Belakang Cloudscene:
Cloudscene merupakan titik rujukan sambungan yang paling komprehensif di dunia untuk pusat-pusat data kolokasi, penyedia perkhidmatan awan dan fabrik saling hubung. Bermula dengan kuasa, keselamatan dan saiz pembangunan pusat data, kepada lokasi dan butiran maklumat perhubungan, data bebas dan disahkan milik Cloudscene membantu pemilik syarikat dan juga golongan profesional dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) membuat pilihan daripada lebih 4,700 pusat data dan 4,200 penyedia perkhidmatan yang terdapat di 110 buah negara. www.cloudscene.com

Maklumat Perhubungan Media:
Renee Harper
+61-7-3193-3260
renee.harper@cloudscene.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160826/8521605400LOGO

Source: Cloudscene
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology New products/services