omniture

Hankook Tire dan Real Madrid Hari Ini Dengan Rasminya Menandatangani Kontrak Perkongsian Global di Stadium Santiago Bernabéu

Hankook Tire Europe GmbH
2016-09-01 05:04 520

MADRID, September 1, 2016 /PRNewswire/ -- Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Hankook Tire, Hyun Shick Cho dan Presiden Real Madrid C.F. Florentino Pérez, hari ini dengan rasminya menandatangani kontrak perkongsian global mereka. Sah mulai Julai 2016 dengan tempoh jangka masa permulaan selama 3 musim, jalinan kerjasama ini akan menyatukan dua penggiat industri global, dengan satu pihak daripada industri tayar dan satu pihak lagi daripada arena bola sepak. Menambah jumlah 450 juta peminat Real Madrid dari pelbagai pasaran global, kerjasama berskala besar ini membolehkan Hankook mengukuhkan penglibatannya dan memudahkannya mendekati pengguna dari serata dunia. Hankook dan pemenang Liga Juara-juara UEFA 2016 ini bersatu melangkaui kontrak mereka, menerusi semangat inovasi yang menjanjikan kejayaan yang dikongsikan dari segi ekuiti jenama yang terunggul.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160830/402660 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160830/402661 )

Kedua-dua pihak menekankan kepentingan falsafah yang dikongsikan dalam jalinan kerjasama ini, dan percaya bahawa perkongsian falsafah yang sama dan kepercayaan adalah elemen paling penting apabila pemilihan rakan tajaan berskala luas dibuat. Hankook Tire, salah sebuah syarikat terbaik di dunia dan juga Real Madrid menggalakkan misi yang sama; meraih kejayaan menerusi inovasi. Falsafah yang dikongsikan turut membolehkan kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing. "Hari ini, melalui pemeteraian kerjasama strategik kami, Hankook dan Real Madrid mengambil satu lagi langkah penting bagi meningkatkan reputasi kami sebagai jenama-jenama terunggul," kata En. Hyun Shick Cho, Presiden Hankook Tire. Beliau menambah, "sebagai salah sebuah kelab bola sepak terbaik di dunia dan salah satu pengeluar tayar terunggul di peringkat global, kami diperkasakan untuk mendekati komuniti global melalui budaya inovasi yang menjanjikan kejayaan yang kami kongsikan bersama dalam bidang masing-masing." Hankook Tire ialah salah satu daripada 5 syarikat terbaik di dunia dari segi pengeluaran tayar secara besar-besaran dan turut menghasilkan tayar radial yang inovatif dan memenangi anugerah, bagi menjamin kualiti terunggul yang terbukti untuk kereta penumpang, SUV, RV, trak, bas dan juga sukan permotoran.

Gambar dan video:
http://www.apassignments.com/multimedia-newsroom/partners/news-aktuell 

Hankook Tire Europe GmbH | Corporate Communications Europe/CIS | Siemensstr. 5a, 63263 Neu-Isenburg | Germany

Felix Kinzer
Director
tel.: +49 (0) 61 02 8149 – 170
f.kinzer@hankookreifen.de

Source: Hankook Tire Europe GmbH
Keywords: Auto Sports Transportation Licensing/marketing agreements