omniture

Persembahan Pertama yang Memukau di Dubai Opera

Dubai Opera
2016-09-01 05:43 580

DUBAI, UAE, September 1, 2016 /PRNewswire/ --

Sejarah Terlakar apabila Plácido Domingo Membuat Persembahan di Bangunan Paling Dijangkakan di Dubai

Seluruh dunia memberi tumpuan terhadap Dubai pada malam ini apabila Dubai Opera mengadakan persembahan pertamanya. Secara sepintas lalu, ia memaparkan salah satu lokasi paling dijangkakan yang pernah ditubuhkan dalam sejarah UAE, dan hanya beberapa hadirin bertuah berpeluang menyaksikan persembahan memukau oleh tenor bertaraf dunia, Plácido Domingo.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160830/402505 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160830/402506 )

Dengan tiket persembahan pertama di Dubai Opera ini yang berjaya dijual dalam masa hanya tiga jam setelah mula dijual pada April tahun ini, para tetamu dialu-alukan kedatangan bermula pada jam 6 petang dengan hidangan kanape dan minuman sebelum mengambil tempat duduk masing-masing bagi menyaksikan persembahan sekali seumur hidup ini.

Jasper Hope, Ketua Eksekutif Dubai Opera berkata: "Malam ini merupakan saat bersejarah dalam bidang muzikal. Dubai Opera kelihatan amat indah pada malam ini dan mereka yang bertuah untuk berada di sini turut bersetuju bahawa ia kelihatan menakjubkan dengan persembahan hebat oleh bintang legenda, Plácido Domingo. Kami tidak sabar-sabar untuk mengundang lebih ramai pihak untuk ke lokasi ini beberapa hari, minggu dan bulan akan datang, dan benar-benar berharap agar Dubai Opera dapat membuat sumbangan besar serta berpanjangan demi masa depan."

Ditubuhkan bagi menganjurkan pelbagai acara dengan bakat bertaraf dunia yang hebat, Dubai Opera mampu menampung sehingga 2,000 individu bagi menikmati persembahan opera, teater, konsert, pameran kesenian, orkestra, filem, acara sukan dan juga program bermusim serta terletak di tengah-tengah The Opera District.

Program acara yang disediakan membolehkan pengunjung menikmati persembahan bertaraf dunia di lokasi yang paling hebat di Timur Tengah. Program Dubai Opera boleh ditonton secara dalam talian manakala tiket-tiket The Pearl Fishers, The Barber of Seville, Opera Without Words, Coppélia, Giselle, Postcards from Vienna, Mozart Gala, Impossible, José Carreras, Vivaldi's The Four Seasons, Sara Baras, Anoushka Shankar, Béjart Ballet Lausanne, The Nutcracker on Ice dan juga Slava's Snowshow boleh dibeli secara dalam talian di http://www.dubaiopera.com.

Latar Belakang Dubai Opera: 

Dubai Opera ialah lokasi yang benar-benar unik dan merupakan bangunan pertama di bandar itu yang dibina khusus untuk persembahan teater seni pelbagai format, terletak di tengah-tengah Downtown Dubai. Dengan rekaan berbentuk kapal dhow yang ikonik, berasal daripada warisan UAE, Dubai Opera menyediakan ciri-ciri kefleksibelan teater arka prosenium, dewan konsert akustik dan ruang acara pada lantai rata yang berkeluasan 2000m2, selain menjadi destinasi pilihan bagi acara serta persembahan hiburan yang berkualiti. Pentas Dubai Opera akan menganjurkan pelbagai persembahan dengan bakat bertaraf dunia, menerusi persembahan opera, tarian balet, dan konsert serta persembahan musik klasik yang akan diutamakan. Dubai Opera akan turut mementaskan teater muzikal, pertunjukan fesyen, konsert jazz, acara komedi, rancangan keluarga dan juga pelbagai hiburan secara langsung.

http://www.dubaiopera.com

Source: Dubai Opera
Keywords: Entertainment Music New products/services