omniture

Puma Energy Buka Terminal ke-99

Puma Energy
2016-09-01 20:48 690

JOHANNESBURG, 1 Sept., 2016 /PRNewswire/ --

TERMINAL DIBANGUNKAN DI MATADI, REPUBLIK DEMOKRATK CONGO  

Puma Energy, sebuah syarikat tenaga pertengahan dan hiliran bertaraf global, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan terminal penyimpanan minyak secara pukal yang ke-99 di Matadi, Republik Demokratik Congo (DRC).

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160830/402490LOGO )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160831/402963 )

Puma Energy memiliki pengalaman yang luas dalam pembinaan, penyelenggaraan dan pengendalian terminal serta sistem penambatan luar pesisir dengan standard antarabangsa tertinggi. Terminal maju ini memiliki peralatan yang lengkap untuk mengendalikan pelbagai jenis produk termasuk Petrol, Bahan Api Jet dan Minyak Gas. Ia merupakan hab penting untuk penghantaran dan pengedaran produk petroleum, menyediakan keselamatan untuk bekalan produk ke DRC dan negara-negara jiran.

Terminal ini merupakan satu projek pembinaan yang terperinci dan luas termasuk pembangunan empat Tangki Penyimpanan Minyak Bersih 6,500m3 lengkap dengan kemudahan muatan trak dan rak pemunggahan. Selain itu, tapak ini memiliki bangunan pentadbiran baharu, sistem memadam kebakaran yang canggih, jeti terapung dan saluran paip jeti yang saling bersambung, yang dapat saling menghubungkan saluran paip dengan tapak lain, serta jalan masuk konkrit sepanjang 2km. Terminal dan jeti ini akan menyediakan kemudahan penerimaan kapal yang strategik untuk DRC dan juga rantau kecil.

Jonathan Molapo, Ketua Pegawai Operasi Puma Energy berkata, "Terminal Matadi ini akan menyimpan bekalan minyak berkualiti tinggi dan andal untuk DRC dan juga rantau tersebut buat generasi akan datang. Ia telah menyediakan peluang pekerjaan untuk kawasan itu dan kami berbangga dapat membantu membangunkan infrastruktur dan keperluan penyimpanan DRC."

Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.pumaenergy.com

Source: Puma Energy
Keywords: Environmental Products & Services Gas Oil/Energy Corporate Expansion New products/services