SHENZHEN, China, 8 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi yang berpangkalan di Shenzhen, SuperD menganjurkan sebuah persidangan bagi mengumumkan pelancaran telefon pintar mod paparan penuh yang pertama di dunia, SuperD D1, di Beijing pada 5 September 2016. Persidangan tersebut juga bertujuan untuk membuat pengumuman rasmi penembusan SuperD ke dalam pasaran telefon mudah alih. Beberapa produk baharu lain, termasuk SuperD VR ZERO Helmet dan SuperD VR ONE, turut diumumkan pada persidangan tersebut. Para tetamu daripada industri telefon mudah alih dan organisasi media utama menyaksikan peristiwa bersejarah dan revolusioner untuk sektor mudah alih, di samping berpeluang untuk mencuba sendiri telefon pintar mod paparan penuh pertama dunia itu.
SuperD ialah sebuah syarikat teknologi yang terkemuka di dunia yang telah mengembangkan asas pengetahuan yang mendalam dan mencukupi dalam bidang kepakarannya, dan turut bekerjasama rapat dengan kebanyakan jenama terbaik dunia selain pengeluar barangan elektronik, paparan digital dan juga industri permainan video. Usaha menembusi sektor telefon mudah alih bukanlah satu langkah yang terburu-buru oleh pihak SuperD, sebaliknya ia merupakan langkah yang telah dinilai dan transformatif setelah bertahun-tahun membuat persiapan dan membangunkan kepakaran serta set kemahiran yang diperlukan untuk bidang berkenaan.
Tetamu persidangan turut berpeluang untuk mencuba sendiri siri produk baharu daripada SuperD itu, termasuk teknologi canggih yang belum pernah dilihat selain ciri-ciri seperti fungsi paparan penuh yang membolehkan pertukaran yang lancar antara mod 2D, 3D dan VR, serta skrin 3D tanpa kaca mata yang mengagumkan, cip penglihatan pengesanan gerakan 3D/VR dan kamera pengesanan mata, ciri-ciri yang mendapat pujian tinggi daripada semua tetamu.
Telefon pintar mod paparan penuh SuperD D1
SuperD, bersama telefon pintar D1 baharunya, ialah produk pertama yang menggunakan konsep telefon pintar mod paparan penuh yang inovatif. Dengan keupayaan untuk beralih dengan lancar antara mod 2D, 3D dan VR ketika memegang telefon dengan hanya sebelah tangan, pengguna dapat mengalami pengalaman yang tiada tandingan menerusi imersi sepenuhnya ke dalam dunia 3D. Dengan skrin LCD 3D raster tanpa kaca mata yang dibangunkan oleh SuperD, pengguna dapat mengalami kesan imersi 3D dan VR sepenuhnya tanpa memerlukan kaca mata yang menyukarkan. Pengalaman yang revolusioner ini terlaksana melalui kombinasi teknologi VR terkini dengan penutup kepala pintar, menghasilkan satu penyelesaian menyeluruh yang menggabungkan antara cip VR, platform VR yang eksklusif dan topi keledar VR yang disesuaikan. Usaha inovasi untuk mencipta penyelesaian ini tercetus apabila cip penglihatan pengesanan gerakan VR SuperD ditambah kepada GPU yang diprakonfigurasikan pada telefon bimbit biasa, yang berperanan untuk meningkatkan kepantasan persembahan imej 3D dan VR dengan mengintegrasikan algoritma 3D/VR, menyelesaikan sepenuhnya isu pengiraan yang perlahan yang berlaku semasa menghasilkan semula imej yang kompleks, mengurangkan tahap kependaman imej kepada tahap minimum serta membolehkan penghasilan sensasi tubuh yang sepadan, dan ini seraya memberikan paparan imej yang jelas dan tepat. Selain itu, teknologi dalam kamera SuperD D1 adalah jauh lebih hebat berbanding teknologi dua kamera belakang yang digunakan untuk telefon pintar biasa dengan mengaturkan dua kamera depan, dengan satu kamera berfungsi merakam imej manakala satu lagi kamera dapat mengesan kedudukan tepat mata pengguna. Ini membolehkan penyesuaian dibuat, serta penghasilan imej visual yang serentak, mengikut kedudukan mata yang tepat dan juga jarak antara pupil (IPD, atau jarak tepat antara pusat dua anak mata pengguna). Tanpa mengira cara dan arah pengguna ketika bergerak, sensasi visual 3D yang selesa dan jelas akan dialami sepanjang pengalaman tersebut.
SuperD VR ZERO Helmet
SuperD VR ZERO Helmet dapat menghasilkan imej daripada sebarang sudut visual baharu atau perspektif dalam masa sesaat daripada mana-mana pergerakan tubuh atau kepala pengguna. Setiap imej yang dihasilkan semula dalam imej penuh, tepat, berpanorama terperinci adalah benar-benar memenuhi jangkaan terhadap segala yang dinantikan oleh dunia daripada VR dan pengalaman VR. SuperD VR ZERO Helmet tidak meninggalkan sebarang butiran, bahkan memberikan pengalaman menyeluruh dan imersif!
SuperD VR ONE
VR ONE ialah teknologi VR pemetaan cahaya digital paparan mikro. SuperD mengambil pendekatan yang unik terhadap aplikasi optik dan pembinaan perkakasan yang disediakan bagi menghasilkan kesan visual yang tiada tandingan dalam peranti yang jauh lebih ringan dan nipis, sesuatu yang belum dapat dicapai oleh mana-mana produk VR para pesaing. Berbanding helmet VR yang lain, SuperD VR ONE hanya seberat kurang daripada 400g dan 30% lebih kecil berbanding kesemua peranti yang serupa. SuperD VR ONE dilengkapi dengan skrin LCD HD ultra, dengan PPI satu mata melebihi 600. Algoritma yang menyokong perisian ini mampu menghasilkan semula pemandangan berpanorama yang diperlukan oleh permainan VR dan permainan video dengan resolusi sehingga 1080P. Rekaan luarnya adalah berdasarkan segala elemen terbaik yang dapat diberikan oleh sains dan teknologi, digabungkan dengan rekaan bahagian dalam serta pelbagai ciri yang biasa didapati daripada teknologi paling canggih masa kini, memberikan produk yang pastinya jauh lebih hebat berbanding produk oleh rakan pesaing dalam bidang perkakasan VR yang amat berdaya saing ini.
Telefon pintar mod paparan penuh SuperD D1 boleh mula ditempah pada 12 Septermber secara serentak melalui http://www.jd.com dan laman sesawang rasmi SuperD (www.SuperD.cn). Harganya ialah RMB1,199, iaitu sekitar US$190 manakala ketersediaan rasmi bermula pada 22 September.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160906/0861609039-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160906/0861609039-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160906/0861609039-c