HONG KONG, 9 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai satu-satunya gedung membeli belah di Asia dan gedung membeli belah yang terbesar di Hong Kong, Harbour City telah meningkat maju sejak 50 tahun lalu dan menjadi destinasi global untuk bidang fesyen. Bagi meraikan pencapaian penting ini. Harbour City menjalin kerjasama dengan ikon budaya yang terkenal, "BE@RBRICK" susulan daripada hasil kolaborasi antara kedua-duanya pada tahun 2007. Kali ini, Harbour City mengundang 37 jenama fesyen antarabangsa untuk menyumbang kepada pameran kumpulan seni fesyen BE@RBRICK paling besar yang pernah diadakan di Hong Kong, "Style Up BE@RBRICK di Harbour City", mulai 19 September hingga 16 Oktober 2016.
1. "Style Up BE@RBRICK di Harbour City" - Jualan Amal BE@RBRICKs 2000% asli buat pertama kali
Melalui tema fesyen dan seni kontemporari, 37 versi figura BE@RBRICK 2000% asli (kira-kira 1.4 meter tinggi) akan digayakan ("Styled Up") oleh setiap jenama menerusi rekaan yang unik. Setelah berlangsungnya pameran, 37 versi figura BE@RBRICK 2000% asli yang berharga HK$68,000 akan dijual untuk tujuan amal global pada Oktober ini buat pertama kalinya, dan segala kutipan bersih akan disampaikan kepada Yayasan Kanser Darah Hong Kong. Segala butiran dinyatakan di bawah.
Jenama-jenama Fesyen yang Mengambil Bahagian
AGNES B. / ALICE AND OLIVIA BY STACEY BENDET / ANTEPRIMA / ATSURO TAYAMA / BLUMARINE / CARVEN / CHRISTOPHER KANE / COACH / DIANE VON FURSTENBERG / DIESEL / DUNHILL / EMILIO PUCCI / EMPORIO ARMANI / ETRO / I.T / J.CREW / KATE SPADE NEW YORK / KENZO / LANE CRAWFORD x MS MIN / LANVIN / MAJE / MAX MARA / MCM / MCQ / MONCLER / PAUL & SHARK / PHILIPP PLEIN / REBECCA MINKOFF / REPETTO / ROBERTO CAVALLI / SALVATORE FERRAGAMO / SANDRO / THOM BROWNE / TORY BURCH / TSUMORI CHISATO / VIVIENNE TAM / VIVIENNE WESTWOOD
Seiring dengan tema pameran iaitu "Style Up BE@RBRICK", beberapa jenama yang mengambil bahagian akan turut mempamerkan barangan pameran dalam gedung BE@RBRICK istimewa di outlet Harbour City mereka, termasuk
EMPORIO ARMANI, LANVIN dan SALVATORE FERRAGAMO.
Butiran Pameran
Tarikh |
20 September - 16 Oktober 2016 |
(Prebiu Media dan Majlis Perasmian pada 19 Sept) |
|
Masa |
10pg - 10ptg |
Tempat |
Ocean Terminal Forecourt, Harbour City |
2. Edisi Terhad Barangan Koleksi
Harbour City dengan penuh bangga mempersembahkan rangkaian barangan koleksi "Style Up BE@RBRICK" sepanjang tempoh pameran, termasuk Buku Kecil Pameran, Poster Pameran, Poskad Pameran dan 2 sarung telefon pintar iPhone. Kutipan bersih akan disampaikan kepada Yayasan Kanser Darah Hong Kong.
Selain itu, EMPORIO ARMANI dan MAX MARA dengan bangganya memperkenalkan beg tote BE@RBRICK edisi terhad yang boleh ditebus mengikut kadar perbelanjaan yang ditetapkan sepanjang tempoh pameran.
3. Pameran Barangan Koleksi Ulang Tahun ke-15 BE@RBRICK
"Gallery by The Harbour" turut mengadakan "Pameran Barangan Koleksi Ulang Tahun ke-15 BE@RBRICK", mempamerkan koleksi edisi khas figura BE@RBRICK sejak 15 tahun lalu, termasuk beberapa figura yang dipamerkan di Jepun pada Jun 2016.
Butiran Pameran
Tarikh: 19 September - 16 Oktober 2016
Masa: 11pg - 10mlm
Tempat: "Gallery by the Harbour" (Kedai No. 207, Ocean Centre, Harbour City)
Muat turun lebih banyak gambar: https://www.dropbox.com/sh/0vvx7z8z64x63mf/AAAlINL_9gikyLvfAf56_QC6a?dl=0
BE@RBRICK TM & © 2001-2016 MEDICOM TOY CORPORATION. Hakcipta terpelihara.
Facebook / Instagram / twitter: #hcbearbrick #hcart #harbourcity
Talian Penting Pelanggan: (852) 2118 8666
Laman Sesawang: www.harbourcity.com.hk
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160908/8521605697-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160908/8521605697-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO