omniture

Afimilk Perkenal Perkhidmatan Isyarat Lembu Beranak Automatik

Afimilk, Ltd
2016-09-12 09:00 756

AFIKIM, Israel, 12 Sept. 2016 /PRNewswire / -- 

Memaklumkan penternak ketika lembu mula beranak, dan memaklumkan sekali lagi sekiranya tempoh beranak berpanjangan

Afimilk, Ltd., penyedia global bagi penyelesaian pengurusan ladang tenusu, mengintegrasikan perkhidmatan Isyarat Beranak, termasuk aplikasi proses beranak yang berpanjangan ke dalam sistem pemantauan lembu AfiAct II. Teknologi baharu itu akan membantu penternak tenusu segera mengenal pasti dan membantu serta merta lembu yang menghadapi kesukaran untuk beranak, yang dipanggil distosia.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160822/399915 )

"Perkhidmatan Isyarat Lembu Beranak ini akan membantu penternak tenusu mengesan dengan tepat permulaan proses beranak, dan bersedia dengan lebih baik untuk berdepan dengan situasi yang memerlukan kos yang tinggi seperti distosia," kata Dr. Alon Arazi, DVM, anggota kanan pasukan penyelidik Afimilk.

Kesulitan semasa beranak dikaitkan dengan peningkatan kadar kematian dan morbiditi anak lembu. Kajian menunjukkan hampir separuh anak lembu pertama yang dilahirkan oleh lembu Holstein di A.S memerlukan bantuan daripada penternak atau doktor haiwan semasa beranak.*

"Pemantauan lembu semasa beranak sangat memakan masa, dan sangat bergantung kepada kemahiran pemerhati," kata Dr. Arazi. "Pemantauan yang automatik dan berterusan merupakan kaedah yang lebih cekap dan membolehkan pemantauan dibuat sepanjang masa."

Edu Mesnik, seorang pengurus ladang veteran, telah mengalami pengurangan yang drastik dari segi kadar kematian anak lembu setelah memasang AfiAct II ke dalam kumpulan ternakannya tahun lalu.

"Kini, kami memiliki kawalan terhadap proses lembu beranak yang lebih baik, dan situasi kematian anak lembu pada waktu pagi dilihat semakin jarang berlaku," kata beliau.

AfiAct II ialah sistem penandaan kaki yang pertama diprogramkan untuk memberi pemberitahuan, khususnya melibatkan proses beranak yang berpanjangan. Pemberitahuan dihantar secara tanpa wayar daripada sensor yang dipasang pada kaki lembu kepada telefon pintar semasa proses melahirkan bermula, dan pemberitahuan dihantar sekali lagi sekiranya proses melahirkan berpanjangan.

Selain digunakan untuk mengenal pasti lembu yang beranak, AfiAct II juga dapat mengesan situasi lain berdasarkan aktiviti dan kelakuan ketika berehat, termasuk kitar estrus, keguguran, masalah keselesaan lembu dan juga penyakit.

Satu lagi sistem pemantauan yang ditawarkan oleh Afimilk ialah Silent Herdsman, yang menampilkan sensor yang dipasang pada leher lembu untuk mengesan kitar estrus, gangguan kitaran dan penyakit berdasarkan aktiviti lembu, ruminasi, dan corak pemakanan. Kedua-dua sistem pemantauan ini akan dipamerkan sempena Pameran Perdagangan Ternakan Antarabangsa SPACE di Rennes, Perancis, mulai 13 hingga 16 September, dan di World Dairy Expo di Madison Wisconsin, pada 4 hingga 8 Oktober 2016.

Afimilk ialah peneraju global bagi perisian pengurusan ladang, sistem pemantauan lembu, dan peralatan analisis susu untuk pengeluar produk tenusu di 50 buah negara. Untuk maklumat lanjut tentang sistem pemantauan lembu AfiAct II atau Silent Herdsman, sila hubungi pengedar Afimilk tempatan, atau layari Afimilk.com.

* A.C. Barrier et al. Parturition progress and behaviours in dairy cows and calving difficulty. Applied Animal Behaviour Science 139 (2012) 209-217.

Hubungi:  
Noa Yonish
Pengurus Pemasaran Korporat
+972-50-758-9973
noa@afimilk.com

Kim Parr
+1-(315)-476-1646, samb. 225
kparr@lpm-adv.com

Sumber: Afimilk, Ltd

Noa Yonish, Pengurus Pemasaran Korporat, +972-50-758-9973, noa@afimilk.com , Kim Parr, +1-(315)-476-1646, samb. 225, kparr@lpm-adv.com

Source: Afimilk, Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages