omniture

Pelancaran Terkini oleh London School of Business and Finance (LSBF) di Singapura - AgileLearning

London School of Business & Finance
2016-09-14 12:03 576

SINGAPURA, 14 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- London School of Business and Finance (LSBF), sebuah Institusi Pendidikan Swasta di Singapura yang dibangunkan sejak tahun 2011, mengumumkan pelancaran produk baharunya -- LSBF AgileLearning.

LSBF AgileLearning ialah sebuah platform e-Pembelajaran "penyelesaian-dalam-kotak" oleh sekolah itu yang menyediakan lebih 800 kursus interaktif merangkumi bidang Kewangan, Pemasaran, Perancangan Perniagaan dan kemahiran menggunakan perisian.

Memiliki lebih ratusan kursus yang dibangunkan secara profesional ketika dilancarkan, sekolah tersebut komited untuk menambah 2 kursus baharu setiap bulan, berserta pilihan pelan harga yang murah, iaitu serendah S$9.90.

Pelancaran platform e-Pembelajaran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembelajaran secara digital oleh sekolah itu yang bertujuan untuk meluaskan capaian Sekolah dan memberi kesan yang lebih besar demi menyokong penyediaan tawaran pendidikan yang tersendiri di Singapura. Kesemua pelajar LSBF Singapura berpeluang mengakses platform ini secara percuma demi meningkatkan kemahiran mereka sewaktu persekolahan mereka.

Bagi meraikan pelancaran produk baharu ini, LSBF akan memberi akses percuma bagi tempoh yang terhad.

AgileLearning

LSBF AgileLearning terdiri daripada dua segmen:

Korporat:

LSBF AgileLearning bermatlamat untuk mengukuhkan keupayaan syarikat dan amalan dalam sumber manusia (HR) bagi menyokong penguasaan kemahiran dan laluan pembangunan kerjaya, selari dengan SkillsFuture.

Platform e-Pembelajaran ini juga berfungsi sepenuhnya dengan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang menyediakan fungsi penciptaan kursus serta instrumen pengeditan; terbina menerusi model yang fleksibel bagi menjadikannya amat berkesan untuk organisasi-organisasi mengguna pakai e-Pembelajaran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pembangunan mereka.

Syarikat-syarikat boleh menyesuaikan kursus dalam talian agar dapat memenuhi objektif organisasi masing-masing dan melatih seramai mungkin kakitangan yang diperlukan menggunakan LSBF AgileLearning. Sekolah ini memastikan kandungan yang disediakan adalah terkini agar kandungan tersebut relevan mengikut industri dan berkualiti. Setelah selesai mengikuti kursus tersebut, kakitangan akan segera memperoleh keputusan dan sijil tamat kursus.

Syarikat-syarikat perlu membayar hanya satu kali kos yang ditanggung berjumlah S$500 dan menjenamakan platform tersebut di bawah nama syarikat.

Individu:

Selari dengan objektif SkillsFuture untuk menyokong dan menggalakkan usaha pembelajaran sepanjang hayat serta membantu golongan profesional kekal relevan dengan tempat bekerja yang terus berubah, selain peka terhadap kakitangan di pertengahan kerjaya yang mungkin menghadapi cabaran yang lebih besar ketika menjalani latihan, portal LSBF Agile-Learning menawarkan lebih 800 kursus yang boleh dipilih oleh mereka.

Setiap individu boleh menikmati kelebihan LSBF Agile-Learning dengan harga serendah $9.90 dan memperoleh keputusan serta sijil tamat kursus secara serta merta setelah selesai menjalani kursus tersebut.

Latar Belakang London School of Business and Finance (LBSF) di Singapura

London School of Business & Finance (LSBF) di Singapura ditubuhkan pada tahun 2011 melalui sokongan LSBF di London, UK di bawah naungan diraja, Duli Yang Maha Mulia Putera Michael dari Kent GCVO.

Sebagai sebuah institusi bertaraf global, Sekolah ini telah berkembang begitu pesat; meraih pelbagai anugerah dan akreditasi di Singapura, selain menawarkan dua buah kampus yang hebat, terletak di tengah-tengah Daerah Pusat Perniagaan.

LSBF di Singapura melengkapkan pelajarnya dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan menerusi 6 unit perniagaan yang tersendiri iaitu Sekolah Profesional, Sekolah Perniagaan, Sekolah Hospitaliti, Sekolah Bahasa Inggeris, Jabatan Perniagaan Cina selain Pembangunan Eksekutif.

Dengan barisan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang industri, perkhidmatan dan sumber untuk pelajar yang holistik, LSBF di Singapura ini komited untuk merapatkan jurang sempadan geografi dengan menyediakan pendidikan berkualiti tertinggi kepada pelajar dari seluruh pelusuk dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.LSBF.edu.sg.

Source: London School of Business & Finance
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education