omniture

Ramalan Global Baharu Diumumkan di Ibu Pejabat PBB: Tindakan Luar Biasa Diperlukan demi Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari

DNV GL Group
2016-09-21 01:55 503

NEW YORK, 21 September 2016 /PRNewswire/ --

Dapatkah dunia mencapai 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjelang tahun 2030? Apakah yang dapat disumbangkan oleh perniagaan untuk memimpin perubahan? DNV GL bersedia menjawab kedua-dua persoalan penting ini menerusi ramalan baharu yang menilai masa depan 'Kapal Angkasa Bumi' kita. Laporan tersebut menyimpulkan, walaupun kebanyakan matlamat tersebut akan menunjukkan kemajuan yang baik di beberapa rantau dunia, tindakan yang dibuat tidak cukup pantas atau cukup adil dan akan memberi kesan terhadap alam sekitar yang membimbangkan. Walau bagaimanapun, masih sempat untuk menetapkan semula perjalanan 'Kapal Angkasa Bumi' kita: laporan tersebut menyenaraikan 17 buah syarikat global yang memacu kemajuan luar biasa bagi setiap matlamat global ini.

Setahun selepas pelancaran SDG, syarikat, kerajaan, organisasi dan pihak individu di seluruh dunia mula berusaha untuk mencapai matlamat global ini. Namun begitu, ramalan Masa Depan Kapal Angkasa Bumi menunjukkan tiada satu pun matlamat tersebut akan tercapai di kesemua rantau di dunia. Demikian juga, tiada satu rantau pun mampu mencapai kemajuan yang diperlukan bagi menuju ke arah kesemua matlamat tersebut. Skala cabaran yang timbul adalah tindakan segera dan luar biasa yang kini amat diperlukan.

Syarikat-syarikat memainkan peranan tersendiri untuk memacu impak tindakan ini. Laporan tersebut menampilkan 17 buah syarikat global yang berada di barisan hadapan  yang mencapai kemajuan SDG; Tata, Danone, HiTechnologies, ARM, Symantec, Grundfos, SolarWorld, NYK, Hydro, Safaricom, Siemens, Marks & Spencer, Iberdrola, Cermaq, APP, Calvert Investments dan Unilever. Kesemua pelopor ini memacu perubahan yang lestari menerusi usaha inovasi, kerjasama dan pelarasan model perniagaan. Matlamat Pembangunan Lestari telah menjadi pelan tindakan untuk syarikat-syarikat ini membentuk semula perniagaan mereka agar sesuai untuk masa depan.

Presiden Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif DNV GL, Remi Eriksen, berkata: "Secara keseluruhannya, syarikat memiliki teknologi, kakitangan dan proses untuk mengubah dunia. Dengan itu, cabaran bukanlah pada elemen 'pintar'nya, tetapi penggunaan penyelesaian yang dicadangkan dan dirintis – itulah ukuran sebenar bagi intervensi ini."

Pelancaran laporan ramalan tersebut dianjurkan bersama Global Compact PBB di ibu pejabat PBB, New York. Pengerusi bersama SDG Advocacy Group Setiausaha Agung PBB, Perdana Menteri Norway Erna Solberg, memberikan kata pengantar serta menerima laporan tersebut semasa minggu sesi Perhimpunan Agung PBB kali ke-71. 

Hubungi:
Svein Inge Leirgulen
Ketua bahagian perhubungan media DNV GL Group
Tel. Bimbit: +47-977-23-13
E-mel: Svein.Inge.Leirgulen@dnvgl.com

Source: DNV GL Group
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Issues Not for profit Survey, Polls & Research