omniture

Foton Auman Super Truck Membuat Penampilan Ulung di Kenderaan Komersial IAA, Hannover

Foton Motor Group
2016-09-26 08:07 453

HANNOVER, Jerman, 26 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Waktu Tempatan Jerman, 21 September, Kenderaan Komersial IAA 2016 bermula. Merupakan salah satu pameran kenderaan komersial yang terbesar dan paling berpengaruh di dunia, Kenderaan Komersial IAA 2016 kali ini bertemakan "Pacuan Idea", menarik hampir 2,000 pempamer dari 52 negara. Pavilion penganjur Daimler AG No. 14 dan No.15, dengan tema "Trak dan Bas untuk Dunia", menyiarkan kepada media "Awaken the Future (Membangunkan Masa Depan)" pada malam 20 September (Waktu Tempatan). Apa yang menakjubkan, Foton Super Truck - Auman EST, yang akan disepadukan oleh Foton Motor Group ke dalam sistem rangkaian bekalan globalnya yang meneraju, membuat penampilan ulungnya di reruai Daimler. Reka bentuknya bahagian hadapan dengan gaya yang sesuai untuk keluarga dan konotasi teknologi Eropah amat menarik perhatian hadirin dan media.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160923/411179
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160923/411180
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160923/411181
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160923/411182
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160923/411183

Sejak 2012, ketika Beijing Foton Daimler Automotive Co., Ltd. (BFDA) ditubuhkan, Foton telah melancarkan Program R&D Super Truck  Auman berdasarkan piawaian Eropah. Selain itu, konotasi teknologi Eropah Auman EST dipertingkat. Selain itu juga, Foton bekerjasama dengan ahli "Super Truck Global Innovation Alliance", seperti Cummins, ZF Friedrichshafen, Continental Automotive Electronics, dsb. untuk menyuntik kuasa teknologi trak berat kepada Foton Auman EST Super Truck.

"Produk baharu Foton Auman EST, dengan usaha gigih kami dalam R&D selama 4 tahun telah merealisasikan kejayaan menyeluruh dalam sektor teknikal seperti R&D, kualiti, pembuatan, dsb., agar Auman EST Super Truck dapat membuat penampilan ulungnya di reruai Daimler hari ini," kata Naib Presiden R&D Foton Daimler, Jens Hamester, dalam satu temuramah.

Naib Presiden Unit Perniagaan Teknologi Rangkaian Pemacu Trak dan Van Operasi Kenderaan Komersial ZF Friedrichshafen, Dietmar Ahle, juga turut hadir di reruai Auman EST Super Truck dan berkata kepada media: "Foton Auman EST Super Truck merupakan satu permulaan yang baik. Di masa depan, kami akan terus bekerjasama dengan Foton dalam bidang keselamatan, sistem rangkaian pemacu, dsb., dan menyediakan lebih banyak sokongan untuk pembangunan trak super menerusi inovasi teknikal."

Pengarah Produk Global Elektronik Kenderaan Komersial Continental AG, Thomas Olbrich, berkata dalam satu temuramah: "Foton Auman EST memiliki penampilan yang menarik perhatian. Tambahan pula, Auman EST merupakan produk trak berteknologi tinggi, dilengkapi dengan sistem elektronik yang canggih milik Continental. Teknologi inovatif inilah yang menonjolkan Auman EST di Hannover."

Foton Auman EST yang dipamerkan bergandingan dengan rangkaian kenderaan komersial Daimler di reruai yang sama dijangka bakal memacu visi dan sasaran masa depan Foton Motor Group dengan teknologi pintar, menjadikan syarikat ini peneraju baharu bagi trend pintar kenderaan komersial yang akan mempercepatkan kemajuan era trak super global.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Facebook Foton Motor atau laman sesawang syarikat sempena IAA 2016 di  http://www.foton-global.com/media/events/iaa_2016/.

Source: Foton Motor Group
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation New products/services Trade show news