omniture

Persidangan Marshall Cavendish Education Terokai Resipi Kejayaan Dalam Pembelajaran Abad ke-21

Marshall Cavendish Education
2016-09-26 11:12 464

SINGAPURA, 26 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Pakar dalam bidang pendidikan berhimpun di Singapura untuk mendepani isu keperluan sistem pembelajaran untuk memastikan pelajarnya menguasai kemahiran yang diperlukan.

  • Kanak-kanak perlu diterapkan nilai abad ke-21 untuk maju dalam dunia yang sentiasa berubah
  • Pemikiran kritikal dan pengetahuan tentang proses pemikiran kendiri dikenal pasti sebagai kekunci kecekapan
  • Pedagogi pendidikan akan beralih fokus ke arah proses berbanding hasil

Kemajuan dunia digital, perubahan demografi, dan globalisasi adalah faktor utama yang mempengaruhi sistem pendidikan di kebanyakkan negara. Salah satu cabaran kritikal adalah untuk mempersiap pelajar secukupnya untuk menghadapi cabaran dalam dunia yang dinamik dan bergerak pantas. Bagaimanakah sistem pendidikan boleh kekal releven dalam abad ke-21?

"Apakah yang diperlukan dalam abad ke-21 ini?" Topik ini telah dibincangkan di persidangan kali kelima, Marshall Cavendish Education 2016 yang berlangsung di Singapura. Dengan tema 'Meletakkan Perubahan Dalam Konteks – Kembara ke dalam Pembelajaran Abad 21', acara dwitahunan itu mengumpulkan pakar paling berpengaruh tempatan dan luar negara untuk berkongsi pandangan masing-masing dalam topik kurikulum pembelajaran, penggunaan teknologi, dan pembangunan professional untuk memperkasa pendidik serta menarik minat pelajar.

Tidak dinafikan satu pendekatan yang utuh sangat diperlukan untuk pembelajaran holistik, yang jika betul pelaksanaannya, boleh memastikan peralihan yang lancar dan cekap dari sekolah ke tempat kerja. Persoalannya adalah, adakah kemahiran yang diajar di sekolah hari ini cukup untuk memenuhi keperluan ekonomi alaf ke-21? Dalam dunia yang didorang oleh inovasi dan yang sentiasa berubah hari ini, literasi dan keupayaan untuk merungkaikan masalah aritmatik tidak lagi boleh menarik minat majikan. Masyarakat kini memerlukan ahli globalnya memiliki pengetahuan di luar buku teks. Mereka perlu memiliki pemikiran kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, komunikasi, dan berusaha sama di samping nilai-nilai utama seperti tolak ansur, kesaksamaan sosial, keterbukaan fikiran, empati, dan rasa hormat yang mendalam terhadap orang lain.

Untuk mendorong transformasi ini, sekolah itu sendiri perlu berubah menjadi platform kepada pelajar untuk menjadi seorang yang berdaya ambil tahu yang tinggi, proaktif dalam bertanya, dan membina keyakinan diri. Walau bagaimanapun, persekitaran pembelajaran semasa masih lagi didominasi oleh guru yang mengamalkan konsep peperiksaan sebagai kayu ukur. Terlalu banyak fokus diberikan terhadap hasil, atau gred. Untuk menyediakan pelajar dalam abad ke-21 ini, kita mesti mengubah fokus kepada proses supaya pelajar boleh menyesuaikan diri dalam lapangan metakognitif – analisis kendiri proses pemikiran, pembangunan pertimbangan, dan penerangan konsep.

Pendidik yang berkualiti tinggi adalah kunci kejayaan inisiatif ini dan pembangunan golongan professional perlu memiliki objektif yang berikut: meningkatkan kapasiti guru untuk menambah baik hasil pembelajaran dan pembangunan pelajarnya.

Professor S Gopinathan, Pengarah Akademik, The HEAD Foundation; Pembantu Professor, LKY Fakulti Polisi Awam, National University Singapura, berkata: "Pembangunan golongan professional perlu dilaraskan dengan konteks realiti dan cabaran pengajaran dan pembelajaran pelajar. Untuk menjadi lebih efektif, mereka pelu menawarkan format, aktiviti, dan platform amali supaya lebih banyak keteralihan daripada pembelajaran bersama guru kepada latihan di bilik darjah. Guru perlu sentiasa komited dengan pembelajaran sepanjang hayat dan perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan."

Lee Fei Chen, Ketua Penerbitan Marshall Cavendish Publishing Group menambah:

"Perubahan akan sentiasa ada tetapi perubahan ini berlaku lebih pantas daripada sebelumnya. Selaku penerbit dalam penyelesaian pendidikan, kami ingin memastikan kandungan yang diterbitkan berkesan terhadap guru dan juga pelajar supaya jurang pengajaran dan pembelajaran boleh dirapatkan."

Sumber: Marshall Cavendish Education http://www.mceducation.sg/events/mceconference2016

 

Source: Marshall Cavendish Education
Keywords: Education Publishing/Information Service Trade show news