omniture

Bintang-bintang Rekabentuk Perabot Tembusi Pasaran Baharu di Pameran Perabot Antarabangsa China

Pameran Perabot Antarabangsa Cina
2016-10-03 09:52 685

SHANGHAI, 3 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) Shanghai kali ke-38 yang dianjurkan dari 7 hingga 10 September di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan (NECC) di Shanghai telah menarik perhatian umum terhadap konsep rekabentuk dan produk-produk perabot rintis, yang menonjolkan hubungan senibina moden dengan seni melalui siri-siri pameran, forum dan seminar-seminar dialog.

Pameran reka bentuk EAST adalah salah satu dari pameran paling popular di CIFF ke-38, pereka bentuk dan artis-artis dari sembilan jenama dan 24 studio dari China, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Australia dan lain-lain lagi mempamerkan hasil kerja perabot dan dekor rumah yang di luar jangkaan dan berkongsi idea-idea di sebalik ciptaan-ciptaan tersebut termasuklah trend masa hadapan bagi industri perabot sewaktu forum-forum bersama institusi, pembeli dan wakil e-dagang.

Pameran itu mengetengahkan dua acara istimewa, "Pameran Reka Bentuk EASTOOL" mempersembahkan idea besar sebuah kerusi lipat kecil dan "48 Tapak Koleksi Belia" mempamerkan pelbagai hasil kerja oleh pereka bentuk muda.

Artis Sepanyol Cristobal Gabarron mempersembahkan sebuah lagi pameran solo berjudul "Hab Gabarron untuk Ciptaan Artistik oleh Siza," yang memaparkan rekaan lengkap La Casa Gabarrón (Rumah Gabarron), projek oleh arkitek Portugis, Alvaro Siza, termasuk lukisan pertama, rekaan, model seni bina dan manuskrip dan juga sebilangan besar gambar dan video oleh Siza dan Gabarron. Siza ialah antara arkitek yang paling berpengaruh dan disanjungi dalam era kontemporari dan merupakan pemenang Hadiah Pritzker 1992.

Anugerah Pinnacle, yang juga dikenali sebagai Anugerah Oscar Perabot Amerika, menganjurkan pameran pertama bagi lawatan pertama ke China di CIFF ke-38 yang merangkumi perabot rumah serta rekaan dekor dengan gaya yang pelbagai. Arkitek Amerika, Campion Platt, wakil Asia-Pasifik Ralph Lauren Home, Brent Smith dan pengurus jualan antarabangsa Arteriors Home, Henry Hart juga menyertai salun master rekabentuk yang pertama pada 8 September.

"CIFF komited dalam menjadi penghubung bagi perekabentuk perabot dengan pengeluar, institusi dan pembeli. Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan pakar-pakar reka bentuk dan bakat-bakat baharu kepada lebih ramai audiens dan kami berharap akan dapat meneruskannya pada pameran CIFF akan datang," kata staf jawatankuasa CIFF.

Latarbelakang CIFF

Sebagai pameran perabot pertama dan terbesar di China, CIFF ke-38 dianjurkan oleh Pusat Dagangan Asing China (Kumpulan), Persatuan Perabot Guangdong, Dewan Dagangan untuk Import dan Eksport Produk Industri Ringan dan Seni Kraf China dan dihoskan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp.

Source: Pameran Perabot Antarabangsa Cina
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news