omniture

GC Aesthetics Memperkenalkan "Siri Pendidikan Sains Untuk Kecemerlangan bersama Per Heden"

GC Aesthetics
2016-10-04 08:06 391

DUBLIN, 4 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Membawakan Latihan Bertaraf Dunia untuk Pakar Bedah  

Sebuah pengeluar implan payudara utama bertaraf global hari ini mengumumkan ia akan mengadakan beberapa siri ceramah saintifik dengan kerjasama pakar bedah pembedahan plastik yang ternama di peringkat antarabangsa. GC Aesthetics (http://www.gcaesthetics.com), yang pantas menjadi jenama implan nombor satu di seluruh dunia, bakal menjalin kerjasama dengan pakar bedah terkemuka yang berpusat di Stockholm, Per Hedén untuk Siri Pendidikan Sains untuk Kecemerlangan, yang bakal dilancarkan di Busan dan Seoul, Korea Selatan pada bulan hadapan.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160711/388149LOGO )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160927/412549 )

GC Aesthetics, berpangkalan di Dublin, merupakan syarikat induk bagi satu-satunya pengeluar implan payudara di UK, Nagor dan jenama Perancis, Eurosilicone. Sejak beberapa tahun ini, ia mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu daripada jenama implan paling terkenal di dunia; kini menjadi jenama yang paling banyak terjual di Brazil, Mexico dan Sepanyol, serta bakal menduduki tempat pertama di Perancis menjelang akhir tahun 2016. Dr Hedén, terkenal kerana membangunkan beberapa teknik baharu yang digunakan untuk implan payudara anatomi berbentuk stabil, memilih untuk bekerjasama dengan GC Aesthetics memandangkan kedua-duanya berkongsi visi yang sama dalam meningkatkan tahap kepuasan pelanggan serta hasil pembedahan. Ceramah yang disampaikan akan menumpu pada isu ini, selain mendedahkan pakar bedah dengan kemahiran pembedahan dan praperancangan yang baharu.

Dr Hedén berkata:

 "Saya berasa berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan GC Aesthetics, yang mempunyai matlamat yang sama untuk menambah baik proses pemilihan implan, penandaan prapembedahan dan teknik pembedahan untuk pakar bedah, dan saya juga berharap dapat mengadakan beberapa siri ceramah menerusi Siri Pendidikan Sains untuk Kecemerlangan. Amat penting untuk pakar bedah sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan teknik baharu, selain sentiasa peka terhadap cara untuk meningkatkan hasil dan juga tahap kepuasan." 

Dr. Per Hedén berguru dengan pakar bedah mikro yang terkemuka, Marko Godina, dan kemudiannya menjadi nadi penggerak untuk menjalankan pembedahan mikro di Stockholm. Beliau merupakan penulis bagi lebih 50 kertas kerja saintifik, dan sering diminta untuk memberi ceramah dalam persidangan serta acara berkaitan pembedahan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dr. Hedén ialah pengasas Akademikliniken, iaitu hospital pembedahan plastik swasta terbesar di Scandinavia.

Ketua Eksekutif GC Aesthetics, Ayse Kocak, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif wanita pertama dalam industri ini menambah:

 "Peluang bekerjasama dengan pakar bedah yang ternama, yang turut menggunakan produk kami merupakan satu penghormatan yang besar buat kami. Kami berkongsi visi yang sama berkaitan kepentingan kepuasan pelanggan dan menerusi jalinan kerjasama untuk mengadakan siri ceramah ini, kami yakin bahawa kami dapat membantu menyediakan kemahiran baharu untuk pakar bedah." 

Latar Belakang GC Aesthetics   

GC Aesthetics ialah sebuah syarikat yang komited untuk menjadi jenama serta rakan kongsi yang dipercayai oleh golongan wanita yang ingin kelihatan sihat, muda, ceria dan cantik, serta berasa yakin dengan diri sendiri sepanjang hidup mereka. Syarikat ini menumpu kepada usaha pembangunan, pengeluaran dan pengkomersialan salah satu rangkaian produk implan yang paling luas, khususnya implan silikon payudara.

Source: GC Aesthetics
Keywords: Health Care/Hospital Women-related news