MILAN, 12 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Campari®, minuman beralkohol merah Itali pahit manis yang ikonik, hari ini memperkenalkan Campari Red Diaries; satu (r)evolusi holistik terhadap Kalendar Campari terdahulu.
Memperlihatkan langkah perubahan terhadap bentuk komunikasi jenama itu, Campari Red Diaries menghidupkan etos hebat "setiap minuman koktel menceritakan sebuah kisah", bagi meraikan minuman koktel sebagai wadah ekspresi hebat yang menyerlahkan setiap pengaruh yang memberi inspirasi kepada pelayan bar untuk berkongsi kemahiran mereka.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7946751-clive-owen-paolo-sorrentino-campari-red/
Perjalanan Campari Red Diaries 2017 memanfaatkan dilorek dengan indah menerusi aneka bentuk penceritaan, buat pertama kali menggunakan filem-filem pendek untuk membimbing penggemar Campari menyusuri perjalanan penuh imaginasi dalam beberapa siri kisah koktel yang berlangsung sepanjang tahun.
Kisah pertama, iaitu sebuah filem noir yang berjudul Killer in Red, ditulis dan diarahkan oleh pemenang anugerah dari Itali yang terkenal di peringkat antarabangsa, Paolo Sorrentino serta dibintangi oleh pelakon yang terkemuka di dunia, Clive Owen.
Selain Killer in Red menghangatkan perjalanan Campari Red Diaries, ia dilengkapi oleh koleksi 12 kisah koktel daripada para pelayan bar seluruh dunia, bersama pengarah muda dan semakin meningkat naik dari Itali, Ivan Olita, yang membawakan kemahiran dan bakat setiap pelayan bar ke layar perak.
Walaupun kandungan tersebut akan disediakan secara eksklusif melalui saluran YouTube Campari, tayangan perdana Killer in Red dan pelancaran Campari Red Diaries akan berlangsung pada 24 Januari 2017 di Rome, Itali; lokasi studio filem Cinecittà yang penuh legenda.
Mengulas tentang penulisan skrip dan pengarahan filem Killer in Red, Paolo Sorrentino berkata, "Campari ialah ikon Itali yang telah berjaya menarik minat dan perhatian global menerusi nilai estetika yang intrinsik dan gaya yang terbentuk dengan baik – kualiti yang menjadi kebanggaan dalam diri saya sendiri. Menerusi kempen tahun ini yang menghayati bidang perfileman, saya benar-benar ingin memastikan saya dapat memanfaatkan tema bercerita dengan penuh perasaan dan menarik."
Mengenai penglibatan beliau, pemenang anugerah Golden Globe Clive Owen menambah, "Saya berasa berbesar hati kerana terpilih untuk merakamkan filem Killer in Red, khususnya memandangkan tahun ini memperlihatkan kemunculan pertama jenama itu dalam dunia sinematografi dan juga filem."
Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari mengulas, "Haluan yang dipilih untuk kempen tahun ini adalah unik – kami dapat memanfaatkan filem buat pertama kali dalam sejarah jenama ini, di samping turut meraikan rasa yang kompleks dan keserbabolehan Campari yang menginspirasikan hasil penciptaan resipi yang penuh imaginasi. Kami benar-benar berharap dapat melancarkan kempen lengkap pada bulan Januari akan datang."
Maklumat Perhubungan Media Antarabangsa
#Campari #RedDiaries
Untuk maklumat lanjut, layari:
https://www.youtube.com/EnjoyCampari
https://www.facebook.com/Campari