omniture

Pelumba Pasukan Astana Continental, Stalnov Nikita, memenangi Gelang Laluan Sutera Maritim, Perlumbaan Basikal Jalan Pantai Quanzhou 2016

Acara kayuhan di bandar pesisir pantai bersejarah China tiba ke penghujung dengan jayanya apabila pelumba China memenangi anugerah "raja bukit" dan pelumba Colombia memenangi anugerah "raja pecut"
Peak Sport Products Co., Limited
2016-10-19 08:51 682

QUANZHOU, China, 19 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Perlumbaan Basikal Jalan Pantai Quanzhou Gelang Laluan Sutera Maritim 2016 yang berlangsung selama tiga hari itu berjaya ditamatkan di Quanzhou, sebuah bandar pesisir pantai di tenggara wilayah Fujian, China, pada 16 Oktober 2016. Stalnov Nikita, seorang pelumba profesional daripada Pasukan Astana Continental, memenangi perlumbaan itu dan menyarung jersi kuning. Wang Xin daripada Pasukan Hysport Look Continental merangkul gelaran "Raja Bukit". Mauricio Ortega, menunggang untuk RTS - Monton Racing, dianugerahkan gelaran "Raja Pecut". Pasukan Astana Continental memenangi perlumbaan itu sebagai pasukan pelumba basikal profesional.

Pelumba memulakan kayuhan merentasi garis permulaan selepas letupan senapang permulaan.
Pelumba memulakan kayuhan merentasi garis permulaan selepas letupan senapang permulaan.

Sebagai satu-satunya pertandingan pertandingan antarabangsa terkenal di seluruh dunia yang bertujuan untuk meraikan budaya Laluan Sutera Maritim dan acara sukan tunggal peringkat tertinggi yang pernah dianjurkan di Quanzhou, acara 3-hari, 337-kilometer itu dibahagikan kepada tiga bahagian, dengan yang pertama melalui satu laluan merentasi kawasan semulajadi yang dilindungi, yang kedua melalui satu laluan sekeliling Teluk Quanzhou dan yang ketiga, mengikuti satu laluan sekitar bandar Quanzhou.

Di samping penggemar profesional dalam perlumbaan itu, hampir 10,000 orang penggemar sukan basikal menyertai bahagian kedua perlumbaan itu, pada 15 Oktober, 2016, dan berpeluang mengalami keseronokan yang dialami pelumba profesional apabila mereka menyertai pertandingan sebegitu. Para penggemar itu diketuai oleh Gong Jinie, pelumba basikal China pertama yang merangkul pingat emas Olimpik, dan Xu Zhihua, Ketua Pegawai Eksekutif Peak Sport Products.

Gong Jinie berkata, "Dengan mengetuai kayuhan ini, saya telah mendapat kefahaman baru tentang Quanzhou, sebuah bandar China yang dimahkotakan sebagai sebuah 'Bandar Budaya Asia Timur' dan di mana Laluan Sutera Maritim bermula. Dengan pelbagai tapak bersejarah yang sedia ada, bandar purba ini pastinya menjadi syurga buat peminat sukan berbasikal."

Perlumbaan tahun ini diuruskan oleh Peak Sport, sebuah syarikat China yang memfokuskan kepada pengeluaran barangan sukan. Dengan mengambil peranan pengurusan, syarikat itu melihat penyertaannya sebagai langkah kritikal ke arah transformasi syarikat itu daripada pengeluar produk sukan, kepada kumpulan industri sukan yang serba lengkap.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161017/0861610652

Source: Peak Sport Products Co., Limited
Keywords: Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories