omniture

Infinitus melancarkan Makmal Bersama untuk Kajian Teknologi Persediaan Moden dengan Universiti Sains dan Teknologi Huazhong

- Kemudahan baharu itu menyasarkan untuk memperbaiki kualiti hidup dengan teknologi inovatif
LKK Health Products Group
2016-10-27 12:35 841

WUHAN, China, 27 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Infinitus (China) Co., Ltd., ahli LKK Health Products Group, dengan kerjasama Universiti Sains dan Teknologi Huazhong, secara rasminya melancarkan Makmal Bersama untuk Kajian Teknologi Persediaan Moden - Universiti Sains dan Teknologi Huazhong dan Infinitus ("Makmal Bersama") di Wuhan, ibu kota Wilayah Hubei, China, pada 20 Oktober 2016. Makmal Bersama itu bakal menyediakan pengguna dengan pengalaman baharu dengan menghasilkan formulasi produk kesihatan herba China dengan rasa yang diperhalusi dan kadar penyerapan ramuan aktif yang lebih tinggi.

Upacara pelancaran Makmal Bersama untuk Kajian Teknologi Persediaan Moden - Universiti Sains dan Teknologi Huazhong dan Infinitus
Upacara pelancaran Makmal Bersama untuk Kajian Teknologi Persediaan Moden - Universiti Sains dan Teknologi Huazhong dan Infinitus
Seorang penyelidik di Makmal Bersama untuk Kajian Teknologi Persediaan Moden - Universiti Sains dan Teknologi Huazhong dan Infinitus mendemonstrasi teknologi persediaan baharu
Seorang penyelidik di Makmal Bersama untuk Kajian Teknologi Persediaan Moden - Universiti Sains dan Teknologi Huazhong dan Infinitus mendemonstrasi teknologi persediaan baharu

Kebanyakan produk kesihatan herba China yang boleh didapati di pasaran kini dibekalkan dalam bentuk kapsul atau cecair minuman, meningkatkan potensi untuk memperbaiki rasa dan menjadikannya lebih mudah untuk dibekalkan. Makmal Bersama ditubuhkan dengan sasaran untuk benar-benar memperbaiki bentuk dos dan rasa produk kesihatan herba China yang sedia ada melalui penggunaan teknologi inovatif. Makmal itu berharap agar dapat membekalkan pengguna dengan produk yang lebih sihat dan pengalaman yang lebih baik dengan mentransformasi produk kepada bentuk-bentuk seperti bar coklat yang sedap atau ketulan gula-gula lembut yang boleh dikunyah.

Selain itu, makmal ini merancang untuk menjalankan kajian ke atas eksipien, proses dan formulasi baharu dalam usaha untuk mengenalpasti potensi permasalahan awal dalam penggunaan produk kesihatan herba China, termasuk penyerapan ramuan aktif tertentu yang kurang berkesan, keperluan dos tinggi dan kekurangan perkhidmatan yang boleh disesuaikan, dan juga memanfaatkan sepenuhnya daripada teknologi persediaan produk kesihatan herba China yang baharu, untuk memperbaiki pengalaman pengguna.

"Dengan menggabungkan kepimpinan Universiti Sains dan Teknologi Huazhong dan Pusat Kajian Kejuruteraan Kebangsaan untuk Perubatan Nano dalam pembangunan formulasi dengan keupayaan kajian Infinitus dalam produk kesihatan, Makmal Bersama merancang untuk mencipta sebuah ekosistem bagi kajian berkaitan teknologi persediaan baharu, dengan harapan untuk mencapai tahap pengiktirafan yang tinggi di dalam dan luar negara, dan membangunkan produk kesihatan herba China yang lebih berkualiti untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang," terang En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan, LKK Health Products Group.

Universiti Sains dan Teknologi Huazhong, peneraju universiti kajian komprehensif di China, mendapat kebenaran Kementerian Sains dan Teknologi untuk menubuhkan Pusat Kajian Kejuruteraan Kebangsaan untuk Perubatan Nano pada 2009. Pusat itu memimpin China dalam kajian berkaitan teknologi kejuruteraan perubatan nano. Sejak 1992, Infinitus (China) Co., Ltd. komited terhadap R&D, penghasilan, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan herba China. Sehingga kini, syarikat itu telah memperolehi 425 paten dan skor bagi hakcipta harta intelek teras yang bebas, dan menerajui kajian teknologi Polisakarida Kompaun.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang LKK Health Products Group: www.lkkhpg.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161024/0861610995-a  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161024/0861610995-b

 

 

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion