omniture

GAC Motor Melancarkan GS8, SUV 7 Tempat Duduk Pertama, Mentakrif Semula Pasaran SUV Mewah

GAC Motor
2016-10-28 08:51 749

GUANGZHOU, China, 28 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- GAC Motor, salah satu pengeluar kereta utama di China, melancarkan SUV 7 tempat duduk pertamanya, GS8, di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou, lokasi utama bagi sidang kemuncak G20 pada 26 Oktober. Semasa majlis pelancaran itu, Pengurus Besar GAC Motor Yu Jun mengumumkan GAC Motor akan terus berusaha menjadikan GS8 sebagai model paling hangat di pasaran, dengan pencapaian jualan mencecah 100,000 unit setiap tahun. Selain itu, 9 model baharu bakal dilancarkan tahun depan. GAC Motor akan menyahut cabaran dan berusaha menjual sebanyak 500,000 buah kereta pada tahun 2017.

Pengurus Besar GAC Motor Yu Jun mendedahkan harga model GS8
Pengurus Besar GAC Motor Yu Jun mendedahkan harga model GS8

 

 

Dari kiri ke kanan ialah: Timbalan pengurus besar GAC Motor Xiao Yong, pengurus besar GAC Motor Yu Jun, dekan GAC Engineering Wang qiujing, timbalan dekan GAC Engineering Chen Shanghua
Dari kiri ke kanan ialah: Timbalan pengurus besar GAC Motor Xiao Yong, pengurus besar GAC Motor Yu Jun, dekan GAC Engineering Wang qiujing, timbalan dekan GAC Engineering Chen Shanghua

SUV mewah yang dibangunkan sendiri oleh GAC Motor, GS8 memenuhi piawaian antikuasa bumbung SUV Amerika Utara dan mentakrif semula pasaran SUV mewah Cina. Ia menggabungkan sistem pengeluaran GAC, rangkaian R&D global dan sistem rantaian bekalan global serta mewujudkan kelebihan kompetitif utama terhadap pembangunan mampan, menerajui jenama-jenama Cina dengan mengambil langkah inovatif.

Pelancaran model GS8 mendapat manfaat daripada usaha GAC Motor dalam kualiti, prestasi, reka bentuk dan keupayaan memberikan hasil inovasi berteknologi secara berterusan agar dapat terus menyediakan produk yang kompetitif. Syarikat tersebut, menerusi 10 tahun pengalamannya, telah menubuhkan pusat teknologi perusahaan peringkat negeri dengan mewujudkan Institut Kejuruteraan Automotif GAC, yang meraih kedudukan 10 Teratas dalam kalangan semua institut penyelidikan teknologi perindustrian Cina yang merupakan teras penyelidikannya dan selaku pusat R&D pelaburan perusahaan, sebagai sokongannya.

Merupakan langkah penting dalam rancangan strategik GAC Motor untuk menembusi pasaran kereta mewah sepenuhnya, GS8 ialah produk mewah tahap-c yang berasaskan seni bina modular silang platform yang kreatif. Platform ini memberi tumpuan terhadap inovasi berteknologi demi menjamin ketekalan kualiti, mengurangkan kos pengeluaran dan pembuatan, mempercepatkan pembangunan, dan menambah kelebihan teknikal berbanding pihak pesaing.

SUV mewah No. 1 Cina, model GS8 dikuasakan oleh enjin Ti POWER 320T syarikat yang amat dinamik dan kotak gear automatik dengan enam kelajuan. Dengan menggunakan sistem pemanduan empat roda i-4WD 2.0 generasi kedua oleh GAC Motor, GS8 menawarkan pemanduan yang berkuasa hebat dan lancar menerusi enam mod pemanduan (jalan berpasir, jalan berlumpur, jalan bersalji, pemanduan pintar, sport dan ECO). Ia turut menggunakan program kestabilan elektronik Bosch terkini, 9.1 (ESP 9.1) yang dapat meningkatkan kestabilan kereta tersebut dengan mengesan dan mengurangkan masalah kehilangan cengkaman (tergelincir).

Ciri-ciri teknologi pintar lain melibatkan pembukaan lampu belakang secara automatik dan siri sistem bantuan pemanduan tambahan untuk perlindungan yang aktif serta pasif, seperti brek kecemasan dan juga amaran lorong berlepas.

Lampu depan LED jenis matriks dan lampu belakang berbentuk U pada model GS8 ini dapat menghasilkan kesan cahaya yang terang dan berlapis-lapis, dan digabungkan bagi memberi kesan estetika yang agresif namun tenang, manakala reka bentuk dalamannya yang elegan dan ringkas memberi susun atur 3 baris dengan 7 tempat duduk serta bumbung panorama yang bersaiz besar. Bahagian luar dan dalam kereta itu menjadi bukti kebolehan GAC Motor dalam menggabungkan kekuatan R&D dari segi teknikal serta jaminan kualiti berserta reka bentuk mewah.

"Model GS8 menjadi satu lagi kejayaan penting GAC Motor dari segi jangkauan global, serta memperlihatkan kebolehan R&D dan juga sistem jaminan kualiti kami," kata Yu Jun, Pengurus Besar GAC Motor berucap pada persidangan pelancaran model itu. "Sejak ia mula tersedia untuk pra-jualan, kami menerima lebih 8,000 tempahan dalam tempoh dua bulan, yang memperlihatkan satu lagi pencapaian penting masa depan untuk GAC Motor dari segi usaha membangunkan produk bertaraf dunia yang membolehkan kami bersaing dengan produk yang terbaik dalam kategori yang sama."

GAC Motor kini melancarkan model GS8 dan GA8 serta merancang untuk melancarkan model GM8, satu lagi produk mewah yang dibangunkan sendiri, dan bakal menjadi jenama Cina pertama yang menyediakan produk mewah dalam sub-pasaran kereta sedan, SUV serta MPV.

Untuk mendapatkan lebih banyak gambar, sila layari: http://pan.baidu.com/s/1hsa6gTY

Latar Belakang GAC Motor

Sebagai sebuah anak syarikat GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti terunggul, mencapai kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 138% dalam tempoh sembilan bulan pertama bagi tahun 2016, peningkatan yang tertinggi bagi kesemua jenama Cina dalam tempoh yang sama. Selama enam tahun, GAC Motor mengekalkan visi dan misinya serta tegar terhadap kemajuan menuju masa depan dan juga piawaian antarabangsa, selain mencipta kejayaan untuk jenama Cina pada tahun 2016. GAC Motor meraih kedudukan ke-5, dalam kalangan semua jenama menurut Kajian Kualiti Awal China 2016, J.D. Power Asia Pasifik, yang merupakan kedudukan tertinggi yang diraih antara semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: GAC Motor: https://www.facebook.com/GACMoto/posts/1275665359142728
Instagram: GAC Motor: https://instagram.com/p/BMCLdjegUnI/  
Twitter: GAC Motor: https://twitter.com/gac_motor/status/791324958353821697

Maklumat Perhubungan Media:
Zhujun Wang
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Qi Li
liqi@gacmotor.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161027/0861611174-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161027/0861611174-b

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services