omniture

Dana GCI Kuang-Chi Bakal Labur $250 juta dalam Syarikat Baharu Global

Kuang-Chi Group
2016-11-01 01:25 463

Berikutan kejayaan Dana GCI I, Dana GCI II Dibuka untuk Rakan Kongsi Pelaburan Terpilih

SHENZHEN, China,  November 1, 2016 /PRNewswire/ -- Kuang-Chi Group telah melancarkan dana Komuniti Inovasi Global kedua yang akan melaburkan sehingga $250 juta dalam syarikat-syarikat yang membangunkan teknologi dalam perbagai industri termasuklah industri robotik, IoT, telekomunikasi dan kesihatan digital. Syarikat itu mengumumkan hari ini bahawa dana tersebut bertumpu kepada syarikat baharu global dan meneladani sebuah pelaburan terdahulu bernilai $50 juta dalam bidang yang sama.

Melalui pelaburan dana GCI yang pertama, Kuang-Chi telah memperoleh pegangan saham dalam syarikat-syarikat yang berfokuskan teknologi inovatif dan disruptif, termasuk penyedia perisikan video, Agent Video Intelligence (Agent Vi).

Itsik Kattan, Ketua Pegawai Eksekutif AgentVi, mengulas, "Selepas Kuang-Chi menjadi pelabur strategik bagi Agent Vi, kerjasama kami telah membawa kepada kemajuan yang pesat. Salah satu daripada pelbagai inisiatif yang diambil adalah pembukaan Pusat Inovasi pada awal 2017 di Tel Aviv, Israel, yang akan mengenalpasti dan menyepadukan teknologi Bandar Pintar yang sedang dibangunkan di Israel dengan penawaran daripada kami dan Kuang-Chi."

Selain daripada Agent Vi, dana GCI itu telah melabur dalam para pakar inovasi global termasuklah: peneraju kawalan gerak isyarat eyeSight; perintis analitik emosi, Beyond Verbal; penyedia pengesahan biometrik, Zwipe; dan syarikat pengawasan UAV SkyX. Kuang-Chi juga telah mewujudkan sebilangan JV untuk memperkukuhkan kedudukan pasaran syarikat-syarikat dalam portfolionya, termasuk satu JV yang diumumkan baru-baru ini dengan Zwipe di Shenzhen.

Dr. Roupeng Liu, pengerusi Kuang-Chi, menyatakan, "Tranche $50 juta yang pertama daripada $300 juta dana GCI telahpun dilaburkan dengan jayanya. Kami merancang untuk membina momentum kami dengan mengembangkan fokus pelaburan kami dan untuk kali pertamanya, menawarkan peluang kepada rakan kongsi kami untuk turut serta dalam pelaburan kami,"

Syarikat teknologi China pertama yang telah mencipta sebuah dana VC strategik berfokuskan Israel, Kuang-Chi berpengalaman memanfaatkan kepakaran dan tenaga kerja teknologinya bagi mengenalpasti potensi dalam syarikat baharu dan teknologi baharu. Dr. Liu menambah, "Syarikat portfolio GCI akan berkongsi akses kepada teknologi, jualan dan keupayaan pengedaran Kuang-Chi, dan jaringan rakan kongsi yang meluas yang bekerjasama dengan kami di dalam dan luar China. Pelaburan kami hadir bersama-sama peluang untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran China dan untuk mewujudkan perhubungan dengan para peneraju merentas pelbagai industri."

Dorian Barak, pengarah pelaburan global Kuang-Chi, menyatakan, "Syarikat-syarikat China menjadi pelabur penting di Israel, dengan peneraju pasaran seperti Alibaba, Baidu, Kuang-Chi, dan Tencent menyertai Intel, Google, Apple dan lain-lain sebagai pelabur dan pemeroleh strategik. Pada masa yang sama, semakin banyak syarikat baharu Israel menumpukan untuk membawa produk dan keupayaan mereka ke dalam pasaran China."

 "Saya sangat gembira dengan kemajuan yang dicapai oleh Kuang-Chi di Israel dan tidak sabar untuk menyaksikan perkembangan aktiviti GCI dengan penambahan rakan kongsi pelaburan. Kekuatan teknologi Kuang-Chi, jangkauan kawasannya dan kedudukan pasarannya menawarkan faedah besar kepada syarikat portfolio yang berhasrat untuk beroperasi di Asia," ulas Dorian Barak.

Latar Belakang Kuang-Chi Group

Kuang-Chi ialah sebuah syarikat berteknologi tinggi yang bertumpu kepada inovasi disruptif. Beribu pejabat di Shenzhen, China, Kuang-Chi terdiri daripada sekumpulan syarikat awam dan swasta, institut penyelidikan, dan pelaburan utama dalam sektor teknologi canggih termasuklah sektor komunikasi, bahan meta dan teknologi angkasa, yang mempunyai pengaplikasian dalam bidang perniagaan yang meluas merangkumi bidang aero angkasa, peralatan pintar, Internet semua benda, dan bandar pintar. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kuang-Chi, sila lawati http://www.kuang-chi.com/en

HUBUNGI: Kuang-Chi, Maggie Shek, +86-186-0201-9560, qiuju.shi@kuang-chi.com

Source: Kuang-Chi Group
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Financing agreements Venture Capital