omniture

LKK Health Products Group diiktiraf sebagai "Majikan Mesra Keluarga" oleh Biro Hal Ehwal Dalam Negeri Hong Kong

LKK Health Products Group
2016-11-02 10:44 517

HONG KONG, Nov. 1, 2016 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group (LKKHPG) diiktiraf sebagai "Majikan Mesra Keluarga2015/16" oleh Biro Hal Ehwal Dalam Negeri Hong Kong dan Majlis Keluarga pada 25 Oktober 2016. Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf pencapaian LKKHPG menerusi dasar dan amalan guna tenaganya yang mesra keluarga.

LKK Health Products Group diiktiraf sebagai "Majikan Mesra Keluarga" oleh Biro Hal Ehwal Dalam Negeri Hong Kong
LKK Health Products Group diiktiraf sebagai "Majikan Mesra Keluarga" oleh Biro Hal Ehwal Dalam Negeri Hong Kong

'Si Li Ji Ren' (kepentingan setiap individu perlu diambil kira sebelum membuat sebarang tindakan) merupakan nilai teras LKKHPG yang memberi galakan untuk mempunyai pandangan yang luas, berfikir daripada perspektif orang lain dan juga prihatin terhadap perasaan orang lain. Bagi mewujudkan suasana kerja yang "selesa", LKKHPG komited untuk membantu kakitangannya mencapai tiga tahap keseimbangan dari segi kesihatan, keluarga dan kerjaya.

Syarikat tersebut telah mempraktikkan beberapa langkah yang mesra pekerja dan keluarga. Sebagai contoh, ia menyediakan waktu bekerja yang anjal untuk pekerja agar dapat memikul tanggungjawab terhadap keluarga dengan mudah. Bagi menjamin perlindungan yang menyeluruh untuk kakitangan dan keluarga mereka, syarikat ini menawarkan program insurans yang dapat memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Selain itu, buah-buahan, sup dan minuman bertenaga turut disediakan agar dapat memberi keselesaan kepada kakitangan mereka seperti di rumah.

"Pengiktirafan sebagai "Majikan Mesra Keluarga" ini memperlihatkan budaya korporat unik kami yang menggalakkan suasana yang harmoni dan prihatin," kata En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG.

Dasar dan amalan guna tenaga mesra keluarga ini kian popular dalam kalangan majikan. Ia bertujuan untuk membantu pekerja mengimbangi kerja dan keluarga mereka, selain memberi faedah yang menguntungkan kedua-dua pihak, iaitu majikan dan kakitangan. Hasilnya ialah semangat bekerja yang lebih baik, hubungan kerja yang lebih erat dan pengurangan pertukaran pekerja.

Skim Anugerah dwitahunan ini dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Dalam Negeri Hong Kong dan Majlis Keluarga, sebuah platform rentas sektor dan rentas biro, yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan. Dilancarkan pada tahun 2011, skim ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menggalakkan pelaksanaan dasar serta amalan guna tenaga yang mesra keluarga dalam kalangan majikan, agar dapat memupuk budaya dan juga suasana yang mengutamakan keluarga. Penilaian oleh barisan panel melibatkan pakar dan wakil daripada pelbagai sektor, akan menilai permohonan yang diterima dan memilih penerima anugerah yang memenuhi kriteria, seperti dasar dan amalan guna tenaga mesra keluarga (FFEPP) yang diguna pakai oleh majikan, faedah dalam melaksanakan FFEPP kepada pihak majikan dan kakitangan, serta kewajaran di sebalik pelaksanaan FFEPP dan komitmen oleh pihak pengurusan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang LKK Health Products Group: www.lkkhpg.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161031/0861611402

 

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Awards