omniture

Pencapaian Baharu dalam Pemantauan Perubahan Iklim: ECMWF Memperkenalkan Prebiu ERA5

Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah
2016-11-04 04:38 665

READING, England, 4 November 2016 /PRNewswire/ --

Setahun selepas Perjanjian Paris, Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF) melancarkan instrumen pemantauan cuaca global miliknya yang paling hebat setakat ini, ERA5.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161102/435664 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161102/435665 )

Penerbitan data pertama daripada ERA5, mewakili tempoh selama dua bulan, memperlihatkan pencapaian penting dalam analisis semula iklim di ECMWF.

Dihasilkan oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus yang dibiayai oleh EU dan dikendalikan oleh ECMWF, kemajuan terkini bagi siri ERA ini adalah lebih baik berbanding versi terdahulu dari segi:

  • Tawaran resolusi spatial yang jauh lebih baik
  • Menyediakan anggaran pembolehubah atmosfera setiap jam 
  • Memberikan gambaran ketidaktentuan yang tekal 
  • Menggunakan pemantauan satelit yang lebih banyak  
  • Memberi akses kepada semua input pemantauan 

Analisis semula iklim global ini menyediakan sumber penting bagi memahami dan memantau proses-proses yang dikaitkan dengan perubahan iklim, dan untuk memberi maklumat tentang senario perubahan iklim pada masa depan. Analisis semula ini menggabungkan maklumat masa lalu dan hasil pemantauan metereologi masa kini dengan model ramalan moden, menggunakan teknik asimilasi data yang asalnya dibangunkan untuk tujuan ramalan cuaca bernombor.

ERA5 menyediakan penerangan bernombor yang baharu berkaitan iklim terkini dan mengandungi anggaran parameter atmosfera seperti suhu udara, tekanan dan angin pada altitud berbeza, serta parameter permukaan seperti hujan, kandungan kelembapan tanah dan juga ketinggian ombak laut.

Ketua Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus di ECMWF, Jean-Noël Thépaut, berkata: "Dengan menggunakan teknik pemantauan yang lebih baik, penerangan yang lebih baik tentang proses fizikal dan resolusi spatial dan temporal yang agak tinggi, ERA5 memberikan set data global baharu bagi memantau perubahan iklim, untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, dan kegunaan komersial. Buat pertama kali, pengguna akan mendapat akses terhadap anggaran pembolehubah atmosfera setiap jam pada resolusi menegak 31 km dan pada 137 peringkat, daripada bahagian permukaan hingga 1 Pa (sekitar 80 km)."

Satu lagi ciri baharu daripada ERA5 ialah ia akan menghasilkan ensembel pembinaan semula cuaca dengan 10 anggota untuk semua parameter dan setiap peringkat. Ciri baharu ini adalah berdasarkan sistem Ensembel Asimilasi Data (EDA) yang dibangunkan di ECMWF, yang mengambil kira kesilapan yang jelas dalam pemantauan dan dalam model ramalan cuaca. Pengguna berpeluang mengakses data yang akan membolehkan mereka menilai tahap keyakinan mereka terhadap analisis untuk pelbagai parameter, pada masa dan tempat yang berbeza.

ERA5 ialah sistem analisis semula atmosfera terhadap cuaca global generasi kelima daripada ECMWF. Analisis semula cuaca ECMWF bermula dengan analisis semula FGGE yang dicipta pada tahun 1980-an, diikuti dengan ERA-15, ERA-40 dan terkini, ERA-Interim.

Sebagai langkah pertama untuk beralih daripada ERA-Interim kepada ERA5, set data ERA5 untuk dua bulan kini disediakan bagi membolehkan pengguna menyesuaikan sistem mereka agar dapat menggantikan ERA-Interim. Produk ini adalah pencapaian yang penting: ia menandakan permulaan perjalanan selama dua tahun, yang secara beransur-ansur akan membolehkan pengguna meninjau semula cuaca terdahulu sejak 40 tahun lalu.

Kesemua produk data ERA5 boleh diakses secara terbuka dan boleh dimuat turun secara percuma. Ia dihoskan di repositori utama ECMWF untuk data metereologi, MARS (Sistem Arkib dan Dapatan Semula Metereologi), dan tersedia untuk orang awam melalui API Web ECMWF.

Nota untuk editor 


Kesemua produk data ERA5, yang boleh diakses secara terbuka dan boleh dimuat turun secara percuma, akan menyertakan maklumat tentang ketidakpastian, yang akan disediakan pada setiap parameter selang 3 jam dan resolusi mendatar 62 km. Berbanding ERA-Interim, banyak parameter baharu, seperti komponen angin 100 meter, akan disediakan sebagai sebahagian daripada output itu. Pangkalan data yang mengandungi semua input pemantauan, berserta maklumat terperinci tentang cara ia digunakan, akan disediakan untuk pengguna. Secara keseluruhan, kesemua produk ERA5 itu akan menghasilkan kira-kira 5 petabait data. Sila ambil perhatian bahawa data prebiu ERA5 yang disiarkan hari ini adalah sementara dan boleh digantikan ketika pelancaran akhir data ERA5.

Maklumat lanjut tentang ERA5 disediakan di: https://climate.copernicus.eu/climate-reanalysis

Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF) ialah sebuah organisasi antara kerajaan, yang membangunkan dan memberikan ramalan cuaca dunia. Ia disokong oleh 34 Ahli dan Negeri-negeri yang Bekerjasama.

ECMWF mengendalikan Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus dan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus bagi pihak Suruhanjaya Eropah dan turut menyumbang untuk Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Copernicus.

Institusi akademik dan alam sekitar dari seluruh Eropah, termasuk perkhidmatan metereologi kebangsaan, memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan Copernicus.

Maklumat perhubungan media
Silke Zollinger
Pengurus Media dan Acara
Copernicus Communication
Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah
Shinfield Park, Reading, RG2 9AX, UK
E-mel: silke.zollinger@ecmwf.int
No. Telefon: +44 (0)118 9499 778
No. Tel. Bimbit: +44 (0) 755 477 3973
Web: ecmwf.int | atmosphere.copernicus.eu | climate.copernicus.eu

Sumber: Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF)

Source: Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services European Government New products/services