omniture

HubOne dicalonkan dalam Program Perkongsian Verizon di Australia

Verizon
2016-11-04 05:00 540

SYDNEY, 4 November 2016 /PRNewswire/ -- HubOne, salah satu daripada penyepadu awan pertama dunia, telah dicalonkan dalam  Program Perkongsian Verizon.  HubOne akan menyediakan perkhidmatan rangkaian, keselamatan dan infrastruktur awan Verizon kepada pelanggannya di seluruh Australia.

"Pelanggan perniagaan kecil dan sederhana kami berada di puncak transformasi digital," kata Nick Beaugeard, ketua pegawai eksekutif HubOne. "Sebagai ahli Program Perkongsian Verizon, kami berpeluang mengakses teknologi rangkaian, keselamatan dan infrastruktur awan yang mendapat pengiktirafan industri bagi menyokong usaha transformasi tersebut. Selain itu, ia turut mengiktiraf pendekatan kami untuk pasaran."

Program Perkongsian Verizon menyesuaikan peluang serantau dan kebangsaan untuk penyepadu sistem, penjual, ejen dan penyedia penyelesaian nilai tambah untuk mempercepatkan penghantaran dan penggunaan penyelesaian untuk memenuhi keperluan perniagaan sederhana. Selain itu, program ini menawarkan sebuah struktur yang mudah, dengan faedah bertingkat yang memberikan rakan kongsi kefleksibelan dalam menentukan tahap komitmen serta alatan yang mudah digunakan dan proses penglibatan yang jelas dan konsisten.

"Terdapatnya keperluan kritikal terhadap transformasi teknologi, khususnya untuk seluruh landskap perniagaan kecil dan sederhana selain rakan saluran, seperti HubOne, akan memainkan peranan yang semakin penting dalam memastikan masa depan bidang perniagaan Australia serba lengkap agar dapat bersaing dalam landskap pasaran yang sentiasa berubah-ubah," kata Robert Le Busque, pengarah urusan ANZ dan India di Verizon.

Verizon juga menyediakan kurikulum latihan dan pensijilan yang meluas untuk produk dan penyelesaiannya. Ahli-ahli boleh mengambil peluang daripada kekayaan sumber dan sokongan pemasaran menerusi bahan-bahan pemasaran bersama kepada dana pembangunan pasaran dan penglibatan acara bersama bergantung kepada tahap keahlian.

Penyelesaian Perusahaan Verizon mencipta perhubungan globan yang menjana pertumbuhan, memacu inovasi perniagaan, dan menggerakkan masyarakat ke hadapan. Dengan penyelesaian spesifik-industri dan satu rangkaian penuh penawaran borong global yang disediakan melalui mobiliti syarikat yang selamat, awan, rangkaian strategik dan platform komunikasi yang maju, Penyelesaian Perusahaan Verizon membantu membuka peluang baharu di seluruh dunia untuk inovasi, pelaburan dan transformasi perniagaan.

Latar Belakang HubOne
HubOne, beribu pejabat di Sydney dengan pejabat-pejabat di Pantai Timur Australia dan New Zealand menawarkan penyelesaian pengkomputeran awan yang inovatif dan tercanggih kepada organisasi perkhidmatan professional di Oceania. Syarikat itu membangunkan penyelesaian pengurusan dokumen yang memenangi anugerah, OnePractice ™ yang disepadukan dengan platform awan Microsoft dan mengedarkannya menerusi sebuah rangkaian rakan-rakan kongsi.

Verizon Communications Inc. (NYSE, Nasdaq: VZ), beribu pejabat di Bandar New York, memiliki tenaga kerja seramai 162,000 orang dan menjana hampir $132 bilion dalam perolehan 2015. Verizon mengendalikan rangkaian tanpa wayar paling andal di Amerika, dengan 113.7 juta rangkaian sambungan runcit seluruh negara. Syarikat itu juga membekalkan perkhidmatan komunikasi dan hiburan melalui jalur lebar mudah alih dan rangkaian semua-gentian premier negara, dan membekalkan penyelesaian perniagaan bersepadu kepada pelanggan di seluruh dunia.

PUSAT MEDIA DALAM TALIAN VERIZON: Siaran berita, hubungan media and sumber-sumber lain boleh didapati di www.verizon.com/about/news/. Siaran berita juga boleh didapati melalui suapan RSS. Untuk melanggan, lawati www.verizon.com/about/rss-feeds/

Hubungan media:
Nick Beaugeard
HubOne Pty Ltd
+61300 650 684
nick@hubone.com

Nilesh Pritam
Verizon Asia-Pacific
+65.6248.6599 
nilesh.pritam@intl.verizon.com 

Source: Verizon
Related Stocks:
NYSE:VZ
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts