omniture

ICBCCSI Lancarkan ETF Menjejaki Indeks S&P China 500 dalam Borsa Italiana

UCITS ETF pertama di Itali menyediakan akses untuk semua kelas saham ekuiti China
ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
2016-11-07 10:37 528

HONG KONG, 7 November 2016 /PRNewswire/ -- ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited ("ICBCCSI") hari ini mengumumkan pelancaran UCITS ETF menjejaki Indeks S&P China 500 yang tersenarai dalam Borsa Italiana.

Pada bulan Julai, ICBCCSI dan WisdomTree memeterai satu kerjasama produk global yang membolehkan kedua-dua syarikat itu bersama-sama melancarkan, memasarkan dan mengedarkan ETF menjejaki Indeks S&P China 500 ke seluruh dunia.

Indeks S&P China 500 menggunakan proses mengikut peraturan bagi menilai ekonomi kedua terbesar di dunia itu dan juga pasaran ekuiti. Indeks ini menunjukkan ciri-ciri utama seluruh pasaran ekuiti China, termasuk saham A, saham H, dan senarai antarabangsa lain, menggunakan sekuriti yang kebanyakannya bersaiz besar dan cair. Penggunaan proses pemilihan saham mengikut sektor seterusnya membolehkan indeks memperlihatkan peruntukan sektor berkenaan pada peringkat indeks China yang lebih luas. Kaedah ini membolehkan indeks tersebut lebih memperlihatkan perubahan ekonomi China berbanding indeks ekuiti lain, yang hanya terhad kepada kelas saham yang tersenarai.

Laura Lui, Ketua Bahagian Pelaburan Indeks & Kuantitatif ICBC Credit Suisse Asset Management (International) mengulas:

"Perkongsian produk global antara ICBCCSI dan WisdomTree akan memberi peluang penting kepada kedua-dua syarikat. WisdomTree mempunyai kedudukan yang kukuh dalam dunia ETF serta memiliki rekod prestasi hebat sebagai pengeluar ETF. Ini dapat melengkapi pemahaman luas ICBCCSI terhadap pasaran Cina, memandangkan kami menyediakan penyelesaian rintis secara bersama kepada pihak pelabur melibatkan instrumen yang pelbagai, telus dan berkesan bagi meraih peluang di China. Kami teruja dengan penyenaraian ETF dalam Borsa Italiana ini."

Nizam Hamid, Pakar Strategi ETF di WisdomTree, Eropah, berkata:

"Akses pasaran terhadap ekuiti Cina telah lama menjadi satu isu buat pelabur dan penciptaan UCITS ETF yang merangkumkan kesemua kelas saham yang berkaitan dalam satu produk dapat memberikan manfaat yang cukup besar. Ia dapat menjadi kaedah yang berkesan kos dalam memberi peruntukan terhadap indeks yang luas, sambil menghapuskan beban operasi dan pentadbiran yang sering dikaitkan apabila mengakses kelas saham A. Jalinan kerjasama dengan ICBCCSI ini menandakan pelabur Eropah mempunyai satu produk yang telus dan cair untuk dilaburkan di China."

"Sebagai sumber global terbesar bagi konsep, data dan penyelidikan penting berasaskan indeks, S&P Dow Jones Indices komited dalam membangunkan penanda aras telus yang dapat memberi maklumat tentang prestasi ekuiti Cina, iaitu satu segmen pasaran yang semakin penting untuk pelabur antarabangsa," kata Alex Matturri, Ketua Pegawai Eksekutif S&P Dow Jones Indices. "Kami berbesar hati kerana telah melesenkan Indeks S&P China 500 kepada WisdomTree dan juga ICBCCSI."

State Street Bank S.A. di Luxembourg dilantik untuk menyediakan perkhidmatan pentadbiran dana dan hak jagaan kepada ETF yang diperbadankan di Luxembourg.

Penafian

Indeks S&P China 500 ialah produk S&P Dow Jones Indices LLC dan/atau rakan sekutunya dan telah dilesenkan untuk digunakan oleh ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co., Ltd. (ICBCCSI), © 2016 S&P Dow Jones Indices LLC, sebahagian daripada S&P Global. Hakcipta terpelihara.  S&P, SPDR dan S&P 500 ialah tanda dagangan berdaftar Standard & Poor's Financial Services LLC, sebahagian daripada S&P Global ("S&P"). DOW JONES ialah tanda dagangan berdaftar Dow Jones Trademark Holdings LLC ("Dow Jones"). Tanda dagangan ini serta tanda dagangan lain telah dilesenkan kepada S&P Dow Jones Indices LLC. Pengedaran semula, penghasilan semula dan/atau salinan yang dibuat terhadap seluruh atau sebahagian daripada dokumen ini adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Dokumen ini bukan merupakan satu tawaran perkhidmatan dalam bidang kuasa yang mana S&P Dow Jones Indices LLC, Dow Jones, S&P atau rakan sekutu masing-masing (secara kolektifnya "S&P Dow Jones Indices") tidak memiliki lesen yang diperlukan. Semua maklumat yang disediakan oleh S&P Dow Jones Indices adalah tidak bersifat peribadi dan tidak dikhususkan kepada keperluan mana-mana individu, entiti atau kumpulan individu. S&P Dow Jones Indices menerima pampasan yang berkaitan dengan pelesenan indeksnya kepada pihak ketiga. Prestasi indeks terdahulu tidak menjamin keputusan masa depan. S&P Dow Jones Indices LLC, Dow Jones, S&P, dan rakan sekutu masing-masing ("S&P Dow Jones Indices") mahupun pemberi lesen pihak ketiga tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan, secara jelas atau tersirat, tentang kemampuan mana-mana indeks untuk memperlihatkan dengan tepat kelas aset atau sektor pasaran yang bertujuan untuk diperlihatkan dan S&P Dow Jones Indices mahupun pemberi lesen pihak ketiga tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap sebarang kesilapan, pengabaian, atau gangguan terhadap mana-mana indeks atau data yang disertakan dalam dokumen ini.

Nota untuk Editor 

Latar Belakang ICBC Credit Suisse Asset Management

ICBC Credit Suisse Asset Management Company Limited merupakan satu usaha sama antara Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan Credit Suisse. Firma ini merupakan salah satu pengurus aset terbesar di Tanah Besar China. Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, firma ini berpegang pada falsafah "Penciptaan Nilai melalui Pelaburan Berhemah". Setakat akhir Jun 2016, firma ini menggajikan kira-kira 550 kakitangan dan memiliki RMB1 trilion aset bawah pengurusan, menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan dan khidmat nasihat berkualiti terbaik untuk lebih 15.3 juta pelanggan institusi dan juga runcit.

Latar Belakang WisdomTree Europe Ltd.

WisdomTree Investments, Inc., menerusi anak-anak syarikatnya di A.S. Eropah, Jepun dan Kanada (secara kolektif, "WisdomTree"), ialah penaja serta pengurus aset bagi dana dagangan bursa ("ETF") dan produk dagangan bursa ("ETP"). WisdomTree menawarkan produk-produk yang merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, mata wang, komoditi dan strategi alternatif. Melalui WisdomTree Europe Ltd, ia menaja UCITS ETF WisdomTree dan ETP BOOST short and leverage. Kini, WisdomTree memiliki kira-kira $38.8 bilion (setakat 30 September 2016) aset bawah pengurusan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wisdomtree.com.

WisdomTree® ialah nama pemasaran untuk WisdomTree Investments, Inc. dan anak-anak syarikatnya di seluruh dunia.

ICBCCS I Maklumat Perhubungan Media
ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co. Ltd.
+852-3975-3675
enquiries@icbccs.com.hk

Source: ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service New products/services