omniture

MAPFest 2016 Tampilkan Acara-acara Jelajah Persembahan Seni Global November ini

Hayati Jiwa Melaka
E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd
2016-11-08 11:53 516

MELAKA, Malaysia, 8 November 2016 /PRNewswire/ Festival Kesenian dan Persembahan Melaka (MAPFest) kali kelapan kini kembali ke bandar Melaka yang penuh kemegahan bermula pada Jumaat hingga Ahad, 25 - 27 November 2016, jam 10 pagi hingga 10 malam, bersama barisan artis bertaraf dunia bagi mempersembahkan hasil seni mereka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Lebih 40 artis dari 10 buah negara akan berhimpun di Bukit St. Paul untuk mempersembahkan acara global yang mendapat sambutan hangat serta persembahan seni kolaboratif yang baru diaturkan. Semua acara dan persembahan sewaktu festival itu boleh disaksikan secara percuma.

Acara kali kelapan ini bakal memperhebatkan festival menerusi penglibatan yang lebih unggul, membolehkan pengunjung lebih menghayati seni dari sudut spiritualnya. Pengarah Kreatif dan artis persembahan Tony Yap berkata sejak beberapa tahun ini, hasil-hasil seni yang dipersembahkan dalam festival itu merupakan batu loncatan untuk penonton dan peminat memahami asas-asas kesenian. "MAPFest telah mewujudkan semangat berfalsafah. Kini, festival ini merupakan sebuah platform beraneka yang memberi peluang kepada artis dari pelbagai bidang, latar belakang dan tahap pencapaian mencari titik permulaan yang membuka ruang kepada penciptaan, kolaborasi, perkongsian dan percubaan kreatif. Seraya, ia mengingatkan kita tentang tujuan kewujudan diri kita dan semangat kehidupan yang berterusan serta sejauh mana ia dapat didorong melalui kesenian."

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAPFest telah mendapat pengiktirafan dan merangkul pelbagai anugerah daripada badan-badan penganugerahan dari dalam dan luar negara. Festival ini turut menyumbang ke arah kemajuan persada seni di Melaka serta Malaysia, dan kami akan terus menelusuri jalan ini dengan harapan lebih banyak syarikat akan turut serta bersama-sama kami menyokong festival ini dari segi kewangan atau barangan dan perkhidmatan, berkongsi minat kami dan memupuk bakat artis baharu. Sektor awam dan swasta juga turut dialu-alukan untuk menyertai kami dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam membangunkan industri seni ini," kata Andrew Ching, Penerbit Festival MAPFest.

MAPFest 2016 akan menampilkan pelbagai persembahan solo dan kolaboratif sepanjang 3 hari festival tersebut. Acara kemuncak termasuk Program PEMETAAN, dengan persembahan khas di lokasi tertentu dan dipersembahkan di pelbagai lokasi sekitar kawasan Bukit St. Paul; Cerita Pendik 1 & 2, persembahan solo atau berkumpulan selama dua jam oleh para artis untuk mempersembahkan hasil seni masing-masing yang tersendiri; dan akhir sekali, Eulogy for the Living, sebuah persembahan kolaboratif oleh semua artis selama dua jam, diarahkan oleh Tony. Aktiviti-aktiviti lain termasuk forum dan bengkel percuma akan turut diadakan untuk disertai oleh orang awam.

Untuk maklumat lanjut, layari www.melakafestival.com.

Source: E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd
Keywords: Art Entertainment Travel