omniture

Pameran Canton ke-120 Melabuhkan Tirai dengan Peningkatan Jumlah Dagangan sebanyak USD27.89 bilion

Pameran Canton
2016-11-09 20:39 653

GUANGZHOU, China, 9 November 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-120 melabuhkan tirai pada 4 November 2016 lalu dengan jayanya, dan mencatatkan perjanjian eksport sebanyak 187.301 bilion yuan (USD27.89 bilion), meningkat 3.2 peratus tahun demi tahun berbanding Pameran Canton 2015 pada musim luruh yang lalu. Seramai 185,704 pembeli dari 213 negara dan rantau turut serta dalam pameran tersebut, menyaksikan pertumbuhan 4.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pameran Canton tahun ini dapat menarik lebih ramai pembeli luar negara, kebanyakannya ingin mendapatkan barangan dan perkakas elektrik rumah, barangan pengguna, hiasan rumah, hadiah dan jentera. Jumlah pembeli dari Asia, Eropah, benua Amerika dan Oceania masing-masing mencatatkan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 4.22 peratus, 6.53 peratus, 10.91 peratus dan 0.11 peratus.

Xu Bing, selaku jurucakap Pameran Canton dan timbalan pengarah Pusat Dagangan Asing China menyatakan bahawa konsep Pameran Canton kali ke-120 ini menekankan pembangunan inovasi dan perkongsian pandangan industri global. "Kemajuan berterusan selama 60 tahun menjadi sebuah platform bertaraf antarabangsa dan terbuka untuk golongan profesional global bertukar-tukar idea dan berkongsi maklumat, Pameran Canton kini memperlihatkan pencapaian teknologi terkini dan juga trend industri di seluruh dunia."

Produk-produk mekanikal dan elektrik mendahului jumlah dagangan pada Pameran Canton ke-120 ini dengan nilai mencecah USD15.10 bilion, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun lalu, merangkumi 54.1 peratus daripada jumlah perolehan. Ia diikuti oleh produk lampu industri, yang berjaya mengumpul USD7.2 bilion manakala tekstil dan pakaian mengumpul sebanyak USD1.63 bilion.

Catatan jumlah dagangan tertinggi direkodkan di Kesatuan Eropah (USD7.1 bilion), BRIC (Brazil, Rusia, India, China) (USD3.8 bilion) dan AS (USD3.71 bilion) dengan masing-masing menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya yang mencecah 5.6 peratus, 11.5 peratus dan 14.7 peratus.

Xu menyatakan bahawa peningkatan jumlah perjanjian dan peserta ialah salah satu hasil positif daripada pembangunan inovatif dan pelbagai fungsi Pameran Canton sebagai sebuah pameran yang komprehensif. "Jumlah pembeli yang membuat prapendaftaran melalui saluran media baharu global kami mencecah 70,000 bagi tahun ini."

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Ditubuhkan pada tahun 1957, pameran tersebut kini ialah pameran yang komprehensif dengan sejarah yang paling panjang, bertaraf tertinggi, dengan skala terbesar dan mempunyai jumlah produk terbanyak selain platform pengedaran untuk pembeli global yang paling luas dan juga mencatat perolehan perniagaan tertinggi di China.

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics