omniture

Puma Energy Ambil Alih Terminal BP di Ireland Utara

Puma Energy
2016-11-10 20:28 602

SINGAPURA, 10 November 2016 /PRNewswire/ --

Perjanjian merupakan penambahan terminal ke-110 ke dalam rangkaian simpanan global 

Puma Energy, sebuah syarikat tenaga pertengahan dan hiliran bersepadu yang bertaraf global, hari ini mengumumkan ia telah memeterai satu perjanjian pembelian dengan BP untuk membeli terminal simpanan bahan api pukal di Belfast, Ireland Utara. Penambahan itu menjadikan jaringan terminal simpanan pukal global Puma Energy kepada 100 terminal, dan juga menjadikan jumlah simpanan keseluruhan kepada 7.9 juta meter padu kapasiti simpanan. Pengambilalihan ini adalah berikutan daripada pembelian kapasiti seluas 1.4 juta meter padu Terminal Milford Haven pada tahun 2015, yang terus menyokong pertumbuhan Puma Energy dalam Pasaran Eropah, seraya membantu memastikan bekalan bahan api yang berkualiti tinggi dan andal untuk Ireland Utara.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160830/402490LOGO )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161108/437242 )

Terminal Belfast menyediakan tempat simpanan untuk petrol, sulingan dan bahan api penerbangan, berserta kemudahan muatan gantri jalan selain Jeti Berth yang mampu mengendalikan kapal-kapal kelas MR. Lokasi ini mempunyai 20 tangki simpanan bahan api pukal dengan kapasiti boleh guna seluas 143 000 meter padu. Tapak kilang penapisan terdahulu yang seluas 53 ekar terletak antara Lapangan Terbang George Best Belfast City dan Pelabuhan Belfast di N1. Kilang penapisan itu beroperasi pada tahun 1964 dan diubah menjadi Terminal pada tahun 1982.

Puma Energy mempunyai pengalaman luas dalam sektor pembinaan, penyelenggaraan dan pengendalian terminal selain sistem tambatan luar pesisir yang mengikut piawaian antarabangsa tertinggi.

Mengulas tentang pengambilalihan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puma Energy, Pierre Eladari berkata, "Perjanjian ini memperlihatkan tambahan pencapaian penting dalam usaha memajukan perniagaan kami, dan terus mengukuhkan kedudukan Puma Energy sebagai salah sebuah syarikat pertengahan dan hiliran terbesar, bebas dan bersepadu yang beroperasi masa kini."

Latar Belakang Puma Energy  

Puma Energy International ialah sebuah syarikat minyak pertengahan dan hiliran bersepadu yang bertaraf global, bergiat aktif di 47 negara. Ditubuhkan pada tahun 1997 di Amerika Tengah, sejak itu Puma Energy telah memperluaskan aktivitinya ke seluruh dunia, mencapai pertumbuhan, pempelbagaian dan pembangunan rangkaian produk yang pesat. Syarikat ini mengurus sendiri lebih 7,844 kakitangan. Beribu pejabat di Singapura, ia memiliki hab serantau di Johannesburg (Afrika Selatan), San Juan (Puerto Rico), Brisbane (Australia) dan juga Tallinn (Estonia).

Aktiviti-aktiviti utama oleh Puma Energy dalam sektor pertengahan termasuk pembekalan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum menerusi jaringan yang melibatkan lebih 100 terminal simpanan pukal. Aktiviti-aktiviti Puma Energy disokong oleh pelaburan terhadap infrastruktur yang mengoptimumkan sistem rantaian bekalan, mendapatkan nilai sebagai pemilik aset dan pemasar produk. Aktiviti-aktiviti hiliran Puma Energy pula melibatkan pengagihan, jualan runcit dan borong pelbagai produk ditapis, berserta tambahan tawaran produk melibatkan pelincir, bitumen, LPG dan juga sektor pengisian bahan api marin. Kini, Puma Energy memiliki jaringan global melibatkan lebih 2,468 stesen perkhidmatan runcit dan membekalkan untuk 62 lapangan terbang. Puma Energy turut menyediakan platform yang mantap untuk usahawan bebas memajukan perniagaan mereka, dengan memberikan alternatif berdaya maju terhadap sumber bekalan pasaran tradisional.

Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.pumaenergy.com

Source: Puma Energy
Keywords: Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers