omniture

Schindler Menampilkan Penyelesaian Mobiliti Canggih di Pusat Peranginan The Parisian Macao yang Baru Dibuka

Jardine Schindler Group
2016-11-15 09:00 611

MACAU, Nov. 15, 2016 /PRNewswire/ -- The Parisian Macao, yang mula dibuka pada 13 September lalu merupakan tarikan terkini portfolio pusat peranginan bersepadu Schindler yang semakin berkembang, terletak di Cotai Strip, Macau yang menakjubkan yang bakal menerima penyelesaian mobilitinya. Tambahan terkini Sands Resorts Cotai Strip Macau ini memberi penghormatan kepada "Bandar Cahaya" Eropah yang begitu indah -- Paris -- menampilkan replika separuh ketinggian Menara Eiffel dikuasakan oleh dua lif bangunan pencakar langit paling canggih daripada Schindler.

Schindler menyediakan 87 lif dan 48 tangga bergerak di Podium The Parisian Macao, Menara Hotel dan replika Menara Eiffel
Schindler menyediakan 87 lif dan 48 tangga bergerak di Podium The Parisian Macao, Menara Hotel dan replika Menara Eiffel

 

Schindler telah menyediakan sejumlah 87 lif dan 48 tangga bergerak di seluruh pusat peranginan bersepadu yang mewah itu, yang menyediakan 3,000 bilik tamu dan suit penginapan, pelbagai pilihan restoran, lebih 170 gedung dan butik mewah, landskap jalanan dan hiburan berinspirasikan Perancis, 1,200 tempat duduk di Parisian Theatre, dek kolam renang dengan taman tema air, kelab kesihatan serta kelab kanak-kanak.

Tarikan utama The Parisian Macao sudah pastinya merupakan replika menakjubkan Menara Eiffel yang terkenal di dunia, dengan struktur keluli separuh ketinggian menara asal yang menyediakan dua lif rekaan khas Schindler 7000. Unit-unit berkelajuan tinggi ini direka agar dapat menyokong trafik yang tinggi dan angin kencang, membawa pengunjung sejauh 100 meter ke dek tinjau di tingkat 37 dalam tempoh kira-kira 40 saat sahaja. Sumbangan Schindler terhadap bangunan kompleks yang luas ini juga melibatkan 40 unit lif Schindler 7000 tambahan, 39 lif Schindler 5500 yang kompak dan cekap, serta 48 eskalator Schindler 9300AE, tangga bergerak paling popular di dunia.    

Pembukaan The Parisian Macao ini terus memperluas portfolio besar Schindler di Cotai, dan syarikat itu yang telahpun menyediakan inovasi mobiliti untuk lebih 13,000 bilik hotel, kedai, restoran, hiburan dan kemudahan persidangan menerusi jaringan hotel serta pusat peranginan mewah yang menarik ini. Ini termasuk The Venetian Macao; Four Seasons Hotel Macao, Cotai Strip; The St. Regis Macao, Cotai Central; Conrad Macao, Cotai Central; Sheraton Grand Macao Hotel, Cotai Central; dan juga Holiday Inn Macao Cotai Central.

"The Parisian Macao berserta Menara Eiffel yang bergemerlapan ini pastinya akan menjadi mercu tanda baharu untuk Cotai Strip pada masa depan, dan bakal menarik tumpuan pelancong dari seluruh dunia," kata Matthias Steiner, Pengurus Besar Jardine Schindler Lifts (Macao) Limited. "Bilangan pengunjung setiap hari yang dijangkakan memberikan suatu cabaran tersendiri yang menarik, dan kami berbesar hati kerana dapat membangunkan penyelesaian lif dan eskalator yang dicipta khas ini, bagi membolehkan setiap tetamu menikmati ketinggian yang memukau dan melihat sendiri ciri-ciri The Parisian Macao dengan pantas, selesa dan juga selamat," kata beliau.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161025/8521606842
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO

Source: Jardine Schindler Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Construction/Building Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Machinery Travel Contracts Sales reports