omniture

Kini Semua Orang Mampu Menikmati Pemanduan yang Lebih Selamat dan Menghiburkan dengan Penerima Audio Kereta Baharu Pioneer

Pioneer Electronics
2016-11-15 09:00 654

SINGAPORE, 15 November 2016 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics AsiaCentre (Pioneer), peneraju pakar audio kereta, hari ini mendedahkan penerima audio kereta paling mampu milik untuk barisan 2017nya -- 2-DIN AVH-295BT dan AVH-195DVD. Menggabungkan pemain USB, CD dan DVD di samping pelbagai peningkatan, alat multimedia berkuasa ini menawarkan nilai hiburan yang hebat kepada pemandu masa kini.

AVH-295BT
AVH-295BT

"Dengan adanya peranti mudah alih dan media digital di mana-mana sahaja, kami benar-benar ingin memberi pelanggan kami pengalaman pengguna terbaik hari ini. Inilah sebab mengapa kami telah memperhalusi model 2017 ini agar selari dengan trend dan keperluan pasaran yang berubah," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar, Bahagian Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Kumpulan Pemasaran & Jualan, Pioneer Electronics AsiaCentre.

Penerima audio baharu Pioneer mengandungi ciri-ciri berikut:

HIBURAN TANPA WAYAR, TANPA GANGGUAN

AVH-295BT dengan sambungan bluetooth kini menampung AVRCP versi fungsi 1.5. Dengan menghubungkan telefon pintar berkebolehan bluetooth secara tanpa wayar dengan AVH-295BT, pengguna akan dapat menyemak imbas koleksi muzik peribadi mereka dan mengawal main semula muzik dengan terus menggunakan unit peranti kepala – membolehkan mereka untuk menyimpan telefon mereka dengan selamat tanpa mengganggu kesinambungan muzik dan keseronokan.

PAPARAN YANG SANGAT JELAS DAN RESPONSIF

Satu ciri biasa adalah panel sentuh 6.2 inci yang besar dan jelas, menggabungkan satu sudut pandangan luas yang meningkatkan kejelasan dengan kesensitifan skrin yang hebat. Ini memastikan kualiti gambar yang optimum untuk tontonan filem DVD dan video klip, dan juga antara muka pengguna (UI) ysng benar-benar responsif.

UI YANG DISESUAIKAN DAN MESRA PENGGUNA

Latar belakang UI kini boleh disesuaikan melalui satu set grafik latar pramuat, membolehkan pengguna menambah sentuhan peribadi kepada antara muka grafik yang responsif dan berkuasa tetapi intuitif.

KAWALAN STERENG PINTAR

Dengan fungsi belajar bersepadu, pengguna boleh menetapkan fungsi terpilih tertentu bagi butang-butang berlainan pada alat kawalan jauh stereng Pioneer[1], memperbaiki secara signifikan keselamatan menyeluruh dan kemudahan untuk pemandu.

Pioneer AVH-295BT dan AVH-195DVD kini boleh didapati di semua wakil sah Pioneer di Indonesia, Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Thailand. Ia juga akan dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia dan Vietnam. Sila semak dengan pejabat Pioneer tempatan anda untuk maklumat lanjut.

Nota:

[1] Unit kawalan jauh stereng Pioneer dijual secara berasingan

Untuk memuat turun imej produk resolusi tinggi, pergi ke https://www.dropbox.com/sh/m8p1m7hxtg2ugs4/AAAtofyrQMCMyJ3i9utna2wra  

Untuk perkembangan lebih lanjut tentang produk ini, sila lawati halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Nota tambahan:

  • Baca manual operasi produk dan juga panduan dan peringatan yang disertakan bersama dengan produk Pioneer dan kandungan yang ada, sebelum digunakan.
  • Jangan gunakan sistem Pioneer jika penggunaannya akan mengalih perhatian anda dengan apa jua cara daripada mengoperasikan kenderaan secara selamat. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu pemanduan mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian digunapakai, ia mestilah dipatuhi.
  • Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon mudah alih berkebolehan Bluetooth yang serasi. Ciri-ciri Bluetooth tertentu mungkin tidak disokong oleh kesemua peranti berkebolehan Bluetooth yang serasi, dan/atau fungsi ciri-ciri tersebut mungkin terhad kepada peranti tertentu atau oleh pembekal sambungan tanpa wayar tertentu.
  • BLUETOOTH® adalah tanda dagangan berdaftar bagi Bluetooth SIG, Inc.
  • Kesemua jenama, nama produk atau logo lain mungkin menjadi tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar kepada pemegang masing-masing

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau bagi Pioneer Corporation sejak1992, perniagaan utama Pioneer merupakan dalam bidang audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi peneraju pengilang dan pembekal pasaran gantian untuk peneraju jenama kereta, memberikan penyelesaian maklumat hiburan yang komprehensif, dengan membangunkan peranti generasi berikutnya dan perkhidmatan awan inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.pioneer.com.sg.

Hubungi:
Charlotte Tan
Text100 untuk Pioneer Electronics AsiaCentre Pte. Ltd
+65-6603-9000
SingaporePioneer@text100.com.sg

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161012/8521606526

Source: Pioneer Electronics
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services