omniture

Mahindra Comviva Berada Dalam Kuadran Magik Gartner bagi Pengurusan Pelanggan dan Hasil Bersepadu untuk CSP 2016

Mahindra Comviva
2016-11-15 23:47 574

NEW DELHI, 15 November 2016 /PRNewswire/ --

Menerima Pengiktirafan bagi Penyelesaian Pengebilan dan Suit Analitik Pelanggan

Mahindra Comviva, peneraju global dalam penyediaan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan ia berada dalam kedudukan Kuadran Magik Gartner  untuk Pengurusan Pelanggan dan Hasil Bersepadu (IRCM) untuk CSP, 2016(*). Syarikat ini telah diiktiraf sebagai pakar dalam penyelesaian pengebilan (iPACS, mBAS), dan suit analitik pelanggan Mobilytix[TM].

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127 )

Kuadran Magik Gartner bagi pasaran IRCM terdiri daripada penyedia perkhidmatan komunikasi market (CSP) yang mencari pakej perisian komersial sedia ada yang menangani hasil perniagaan penting dan proses perniagaan pengurusan pelanggan. Dokumen itu menilai suit penyelesaian yang menyediakan pengebilan, khidmat pelanggan, penarafan, penetapan bayaran, harga, pengurusan hubungan rakan kongsi, pengurusan polisi, perantaraan, layan diri, analitik dan fungsi-fungsi lain.

Manoranjan Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Mahindra Comviva mengulas, "Kami menganggap pengiktirafan Mahindra Comviva ialah hasil portfolio menyeluruh produk IRCM, di samping pendekatan fleksibel kepada perniagaan dan keperluan teknikal yang menyumbang kepada tahap kepuasan pelanggan yang tinggi. Dengan fokus kami yang tidak berbelah bahagi terhadap R&D dan penyampaian yang menepati masa, serta gabungan penyelesaian yang memenuhi permintaan data besar, analitik, perkhidmatan digital dan pelaksanaan awan, kami bersedia untuk memenuhi keperluan industri telekom yang berubah."

Penyelesaian pengebilan awan tersedia Mahindra Comviva (iPACS dan mBAS) mempunyai lebih 65 pelaksanaan global. iPACS memastikan keseragaman di seluruh proses utama perniagaan seperti; pengurusan interaksi pelanggan, pengebilan, provisi dan membantu pembuatan keputusan menerusi laporan dan analisis tertumpu. Platform mBAS membolehkan pengendali memperkemas jualan pihak ketiga dan mengurus bayaran pelanggan serta penyelesaian pembekalan dalam masa sebenar.

Suit analitik Mahindra Comviva, Mobilytix mempunyai 40 pelaksanaan di 25 negara di seluruh dunia, dan memperkasakan lebih 500 juta pelanggan. Ia menyediakan para pemasar dengan alatan pemasaran yang dipacu data untuk membantu mereka menyampaikan penawaran pemasaran masa sebenar dan berkonteks merentasi berbilang saluran dan pada sebarang peranti bagi penawaran kenaikan penjualan dan silang jualan. Penyelesaian ini menghantar 800 juta pesanan pemasaran digital setiap hari, dengan 60% ketepatan bagi ramalan pulangan dan sehingga 5% peningkatan hasil perolehan.

Sumber (*) Gartner, Magic Quadrant for Integrated Revenue and Customer Management for CSPs 17 Oktober 2016 Norbert J. Scholz, Jouni Forsman, Amresh Nandan

Penafian

Gartner tidak mengendors sebarang vendor, produk atau perkhidmatan yang diketengahkan dalam penerbitan kajiannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi. Penerbitan penyelidikan Gartner mengandungi pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh diertikan sebagai penyataan fakta. Gartner menafikan segala jaminan, yang tersurat atau tersirat berhubung kajian ini termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Talian: +91-124-481 9000
Emel: pr@mahindracomviva.com

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards