omniture

Pulih Semula Zon Pengasingan Chernobyl: GCL-SI Bina Kilang PV di Ukraine

GCL System
2016-11-21 12:46 780

SUZHOU, China, 21 November 2016 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. (GCL-SI) , (Shenzhen: 002506), sebuah subsidiari kumpulan syarikat tenaga GCL peneraju dunia, baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan China National Complete Engineering Corporation (CCEC) dalam projek kilang fotovolta (PV) Chernobyl untuk membina semula "zon pengasingan" dengan kuasa solar tiga puluh tahun selepas peristiwa Chernobyl.  Ia merupakan satu lagi langkah penting GCL-SI ke arah pasaran global.

Letupan dan krisis Chernobyl yang berlaku pada tahun 1986 telah menyebabkan radiasi yang meluas, mencemari kawasan anggaran seluas 30 km2 dengan debu radioaktif. Kerajaan Ukraine kini berhasrat untuk memberi tenaga boleh diperbaharui yang baharu kepada zon pengasingan itu. Pada Oktober lepas, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli negara itu mengambil rancangan untuk membina kilang PV di Chernobyl. " Tanahnya yang murah dengan sinaran matahari yang banyak, menjadikan ia tempat yang paling sesuai untuk projek ini. Selain itu, kemudahan transmisi elektrik yang masih ada di situ sedia untuk digunakan," kata Ostap Semerak, menteri alam sekitar dan sumber asli Ukraine.

Dua syarikat China akan turut memainkan peranan penting dalam pembangunan semula Chernobyl. CCEC ialah kontraktor umum yang menguruskan projek keseluruhannya, GCL-SI pula menawarkan khidmat perundingan dan perancangan berserta kemudahan PV kepada projek tersebut.  Menurut GCL-SI, pembinaan kilang PV melebihi 1 GW ini dijangka bermula pada 2017. Apabila siap, Chernobyl akan menjadi tumpuan global semula sebagai satu tapak tenaga solar yang dipulihkan.

"Akan ada faedah yang luarbiasa dari segi sosial dan ekonomi secara amnya apabila kita cuba memulihkan kawasan yang pernah musnah ini dengan tenaga hijau dan boleh diperbaharui. Kami gembira kerana dapat menjalinkan usahasama dengan Ukraine untuk membina semula satu komuniti bagi masyarakat tempatan," kata Encik Shu Hua, Pengerusi GCL-SI.

Mengulas tentang strategi luar negara GCL-SI, Encik Shu menambah, "Kami berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan solar bersepadu dan akan mengambil pelbagai pendekatan pada tahun ini untuk menembusi pasaran dan mempunyai kehadiran global. Projek Chernobyl juga salah satu daripada langkah utama kami untuk memasuki pasaran luar negara."

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (Shenzhen: 002506) (GCL-SI), ialah sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL), sebuah syarikat tenaga antarabangsa yang mengkhusus dalam penghasilan kuasa bersih dan lestari, ditubuhkan pada tahun 1990. Dengan aset global bernilai hampir USD16 bilion, GCL telah mencapai  pengeluaran penghantaran modul output sebanyak lebih 2GW pada tahun 2015, dan membekal 29% daripada keseluruhan hasil kapasiti wafer di seluruh dunia, mewakili  22.2% bahagian pasaran silikon.

Latar Belakang China National Complete Engineering Corporation (CCEC)

CCEC ialah subsisdiari National Machinery Industry Corporation (SINOMACH), yang telah digabungkan oleh Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negeri bagi Majlis Negeri.

Source: GCL System
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts