HAGUE, Belanda, 21 November 2016 /PRNewswire/ --
Satu panel bebas mengesahkan dapatan penyiasatan selama setahun ke dalam hab penyeludupan hidupan liar, Nhi Khe, Viet Nam, dan mengesahkan tindakan segera kerajaan Vietnam diperlukan. Dengan berbuat demikian, panel ini mengingatkan kerajaan Vietnam agar memenuhi tanggungjawab di bawah konvensyen antarabangsa berkaitan.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161117/440702 )
Usul itu dibuat selepas Perbicaraan Awam selama dua hari tentang penyiasatan Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar ke dalam hab penyeludupan hidupan liar Nhi Khe, Viet Nam (hanya 20km dari Hanoi). Panel dibentangkan dengan dapatan 51 individu, termasuk rakaman pengintipan, aliran kewangan dan akaun bank, operasi transnasional dan bebas daripada hukuman, dalam perdagangan spesis badak, gajah, harimau dan spesis terancam yang lain menerusi kedai dan media sosial.
Dapatan ini telah dibentangkan kepada pihak berkuasa Vietnam pada Januari 2016 dan maklumat tambahan, selepas pemantauan berterusan, pada Ogos 2016. Walaupun usaha diplomatik yang meluas dilaksanakan, sangat sedikit tindakan yang diambil, dengan hanya satu tangkapan baru-baru ini hasil daripada dapatan yang dibentangkan.
Panel bebas yang dihormati ini terdiri daripada pakar keadilan jenayah dan rasuah antarabangsa. Kerajaan Vietnam memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam Perbicaraan Awam dan hanya menghantar pemerhati tanpa penyertaan. Lebih 300 orang menghadiri Perbicaraan Awam itu sendiri, dan sebilangan besar audiens global mengikutinya menerusi Livestream dalam Bahasa Vietnam dan Bahasa Inggeris (termasuk sebilangan besar di Viet Nam) dan menerusi makluman terkini media sosial secara langsung.
Panel itu sebulat suara mengesahkan hasil dapatan penyiasatan dan mengeluarkan usul kukuh kepada kerajaan Vietnam.
Kerajaan-kerajaan yang berhimpun di Hanoi untuk persidangan Dagangan Haram Hidupan Liar hari ini, diminta oleh Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar untuk bertindak mengikut usul yang diberikan.
Pengarah Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar, Olivia Swaak-Goldman, berkata, "Sebilangan pakar yang dihormati dalam pembasmian jenayah antarabangsa telahpun bersuara. Pakej usul mereka komprehensif, dan ia menyertakan perkara yang sudah lama kita hajatkan: Sokongan komuniti antarabangsa kepada pihak berkuasa Vietnam untuk memulakan prosiding jenayah pada skala yang sama dengan bilangan urusniaga produk haram hidupan liar yang besar di Nhi Khe – dan kesan langsung penyembelihan spesis ikonik yang dilakukan di Afrika merancakkan lagi aktiviti penyeludup dan menguntungkan mereka. Inilah masa yang paling sesuai untuk bertindak, ketika semua pihak memberi tumpuan kepada Hanoi."
Versi penuh siaran berita, sila klik di sini.
Media| E: media@wildlifejustice.org | T: +31-70-205-1050 | @WJCommission | wildlifejustice.org | Letitia Tudor