omniture

Airbus Group dan Majlis Dekan Kejuruteraan Dunia Mengumumkan Anugerah 2016 untuk Menggalakkan Lebih Diversiti dalam Bidang Pendidikan Kejuruteraan

Airbus Group
2016-11-23 06:22 706

SEOUL, Korea Selatan, 23 November 2016 /PRNewswire/ --  

  • Dr Yacob Astatke, daripada Morgan State University di AS menjadi penerima anugerah.

Airbus Group dan Majlis Dekan Kejuruteraan Dunia (GEDC) memilih Dr Yacob Astatke, daripada Morgan State University di AS, sebagai penerima Anugerah Diversiti GEDC Airbus 2016 atas usaha yang beliau lakukan dalam bidang pendidikan kejuruteraan. Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung semasa persidangan GEDC dan Forum Pendidikan Kejuruteraan Dunia (WEEF) di Seoul, Korea Selatan.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161107/436688 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161107/436689 )

Anugerah tersebut diwujudkan bagi menggalakkan tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan yang lebih pelbagai di seluruh dunia. Ia mengiktiraf inisiatif yang baru dilaksanakan dan mereka yang menjayakannya yang membolehkan para pelajar daripada semua latar belakang dan profil untuk belajar dan melakar kejayaan dalam bidang kejuruteraan.

Daripada sejumlah 40 calon dari 17 negara, Dr Yacob Astatke terpilih sebagai penerima anugerah atas usaha memperkenalkan inisiatif teknologi dan latihan yang mengagumkan di universiti-universiti di Etiopia bagi menambah baik kualiti penyediaan pendidikan kejuruteraan di Afrika. Sejak 13 tahun lalu, beliau menjalankan kursus siswazah, berkongsi amalan terbaik serta mengadakan pelbagai latihan. Beliau turut memimpin pelaksanaan Teknologi Studio Mudah Alih dan pedagogi di lima buah universiti di Etiopia dan memainkan peranan penting dalam memudahkan kerja-kerja menyumbang peralatan serta sumber-sumber lain.

Selain menjadi tumpuan dunia hasil daripada anugerah yang diraih itu, Dr Astatke turut menerima sumbangan dana yang besar bagi menyokong dan mempergiatkan segala usaha beliau.

Bersama dua finalis hebat yang lain, Dr Astatke membentangkan projek beliau di hadapan Juri antarabangsa yang terkemuka, diketuai oleh Charles Champion, Naib Presiden Kejuruteraan Eksekutif Airbus dan Peter Kilpatrick, Pengerusi GEDC serta Dekan Fakulti Kejuruteraan, University of Notre Dame, AS.

"Di Airbus, diversiti menjadi elemen utama kami. Kejayaan masa depan kami akan terus memanfaatkan kepelbagaian tenaga kerja kami memandangkan inovasi, kreativiti dan prestasi dipacu oleh diversiti ini," kata Charles Champion. "Pencapaian yang ditunjukkan oleh penerima anugerah 2016 kami ini menjadi bukti segala kerja keras dan komitmen mereka terhadap bidang ini. Kami berharap para pemimpin dalam bidang kejuruteraan di seluruh dunia akan mendapat inspirasi bagi mengikuti jejak langkah mereka ini, serta mencontohi inisiatif ini demi membangunkan komuniti jurutera peringkat global yang lebih pelbagai."

Airbus Group dan GEDC bersama-sama berpendapat bahawa industri dan bidang akademik perlu menggalakkan lebih ramai pelajar yang pelbagai untuk mempelajari dan meneruskan kerjaya dalam bidang kejuruteraan. Pembentangan oleh para finalis dinilai oleh Juri berdasarkan kebolehan mereka menggalakkan minat terhadap lebih banyak elemen kepelbagaian terhadap bidang kejuruteraan menerusi perubahan sebenar dan boleh diukur dalam satu inisiatif yang boleh dicontohi di serata dunia.

"Tiga finalis kami telah menyahut cabaran penting dalam usaha menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk menjadi jurutera demi menangani beberapa cabaran terbesar yang kita hadapi pada abad ke-21 ini," kata Peter Kilpatrick daripada GEDC. "Mesej yang ingin disampaikan ialah dengan bersama-sama mengambil inspirasi daripada hasil kerja finalis dan menjadikan ia contoh kejayaan yang hebat, usaha yang kita lakukan boleh dan akan membawa perubahan."

Barisan Juri juga terdiri daripada: Doktor Sirin Tekinay, Presiden, Rektor ISIKUN University dan pemimpin GEDC; Profesor Qidi Wu, Pengarah Tsinghua University, Pengerusi CEEAA, Pengarah Pusat Pendidikan Kejuruteraan Antarabangsa di bawah Naungan UNESCO (ICEE) dan Pengarah Jabatan Sains Pengurusan NSFC; serta Profesor Soonja Choe, Presiden Inha University (sebahagian daripada kumpulan KAL), Korea Selatan.

Maklumat lanjut disediakan di http://www.airbusgroup.com/diversityaward.

Source: Airbus Group
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Education Awards