omniture

Rail+Metro China 2017 Bakal Dirasmi November 2017 di Shanghai

Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
2016-11-23 10:00 614

SHANGHAI, 23 November 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Transit Kereta Api Antarabangsa China 2017 (Rail+Metro China 2017) anjuran China International Engineering Consulting Corporation, Shanghai Shentong Metro Group dan Shanghai Intex Exhibition Company akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 21-23 November 2017.

Hasil sokongan padu Suruhanjaya Pengangkutan Perbandaran Shanghai, Akademi Sains Pengangkutan China dan Jawatankuasa Kerjasama Antarabanga Industri Kereta Api CIPA, Rail+Metro China telah menjadi salah satu platform terbesar untuk perolehan perdagangan dan perkembangan jenama dalam industri transit kereta api di China dan juga rantau Asia Pasifik.

Statistik menunjukkan pada Oktober 2016, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) telah meluluskan tujuh projek infrastruktur pengangkutan dengan jumlah pelaburan melibatkan lebih 290 bilion yuan. Tahun ini, NDRC dan Kementerian Pengangkutan bersama-sama memperkenalkan <Pelan Tindakan Tiga Tahun untuk Projek Pembinaan Infrastruktur Utama> yang dicadangkan antara tahun 2016 hingga 2018, akan mempromosikan 303 projek yang berhubung kait dengan infrastruktur, melibatkan jumlah pelaburan kira-kira 4.7 trilion yuan, yang mana pelaburan terhadap kereta api dan transit kereta api bandar masing-masing berjumlah 2 trilion yuan dan 1.6 trilion yuan, menyumbang sebanyak 76.6% daripada jumlah pelaburan keseluruhan. Pembinaan dan pelaburan transit kereta api mencapai kemuncak pada 2017.

Rail+Metro China 2016 telah menarik lebih 200 syarikat dari 13 negara dan rantau di seluruh dunia, meliputi kawasan seluas 20,000 meter persegi. Sebanyak 21,538 pengunjung turut hadir ke acara tersebut. Delegasi pembeli tempatan adalah dari 30 bandar serta rantau, dan mereka melibatkan unit pengangkutan awam, pemilik transit kereta api bandar, institut reka bentuk dan perancangan, organisasi penyelidikan dan perundingan, kolej serta universiti.

Rail+Metro China 2017 akan terus mempamerkan produk dan teknologi terkini 'kenderaan dan komponen kereta api' 'isyarat, komunikasi dan teknologi IT', 'tarikan bekalan kuasa dan peralatan pemanduan', 'peralatan penyelenggaraan dan pembaikan', 'perkhidmatan perancangan dan perundingan' serta 'kemudahan infrastruktur dan kejuruteraan terowong'. Lebih 10 persidangan dan bengkel akan berlangsung sempena pameran ini, dan tema-tema merangkumi 'mod pelaburan dan pembiayaan transit kereta api', 'data besar dan informationization', 'operasi dan pengurusan', 'kawalan getaran dan hingar', serta 'aplikasi transit kereta api yang pelbagai'.

Rail+Metro China sentiasa berdedikasui untuk menyampaikan maklumat industri paling praktikal dengan segera dan membangunkan platform perdagangan secara bersepadu. Acara tahun 2017 ini akan membuat pencapaian baharu dari setiap aspek dan membawa bersama kesemua tokoh terkemuka dalam industri ini.

Hubungi
Cik Jessie Hu/Cik Annie Shi
+86-21-6295-1060/+86-21-6295-2073
huxiaoping@shanghai-intex.com / shianan@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation Trade show news