omniture

OGT Umum Kemuncak Komersial dan Kewangan Untuk Tahun Kewangan 2016

Portfolio genetik molekul amat bersepadu hasilkan pertumbuhan pendapatan yang signifikan dan keuntungan mampan
Oxford Gene Technology (OGT)
2016-11-23 12:42 708

OXFORD, England, 23 November 2016 /PRNewswire/ -- Oxford Gene Technology (OGT), Syarikat Genetik Molekul telah mengumumkan jualan  kukuh berterusan portfolio genetik molekul amat bersepadu telah menghasilkan perkembangan yang mampan dan menguntungkan. Kemuncak komersial dan kewangan bagi tahun berakhir pada 30 September menunjukkan kejayaan jualan produk syarikat sebanyak GBP18.4 juta, meningkat 29% berbanding tahun kewangan 2015.

  • Jumlah pendapatan bertambah 15% kepada GBP19.7 juta (Tahun Kewangan 2015: GBP17.1 juta)
  • Pendapatan produk bertambah 29% kepada GBP18.4 juta (Tahun Kewangan 2015: GBP14.3 juta)
  • Portfolio bersepadu sepenuhnya menghasilkan perkembangan mampan dan menguntungkan

Pencapaian kewangan OGT yang mengagumkan mengesahkan strategi syarikat dalam membina produk yang inovatif dan mempunyai pertumbuhan tinggi untuk genetik molekul. Dr Mike Evans, Ketua Pegawai Eksekutif OGT, menerangkan;

"Keputusan strategik yang kita buat sejak beberapa tahun lepas telah membentuk syarikat ini untuk mencipta perniagaan yang diselaraskan dan menguntungkan, yang menumpu sepenuhnya kepada perkembangan produk inovatif untuk genetik molekul. Tumpuan kepada produk portfolio genetik molekul ini telah memacu pertumbuhan jualan yang kukuh dan peningkatan signifikan dalam keuntungan  daripada aktiviti komersial."

Sorotan Komersial 

Cytocell®: Penghibridan pendarfluor in-situ (FISH) prob untuk mengesan penyusunan semula gen berkaitan dengan penyakit genetik diwariskan dan kanser, melebihi pertumbuhan pasaran.

  • pertumbuhan digit berganda berterusan melebihi pertumbuhan pasaran ; saham pasaran meningkat (pertumbuhan pasaran pada 7%)
  • OGT mengekalkan kedudukannya sebagai penyedia FISH yang meneraju pasaran dengan rangkaian prob FISH paling luas di pasaran
  • Peluasan portfolio prob Cytocell FISH  dengan penambahan lebih 14 prob hemotologi dan prob patologi bertanda CE-IVD untuk kanser paru-paru dan ketumbuhan sel glia.

CytoSure™Rangkaian luas pelbagai produk untuk kajian kesihatan sitogenetik, kanser dan reproduktif menunjukkan pertumbuhan yang mengagumkan dan penerimaan pelanggan baharu yang global.

  • Peningkatan besar pada peringkat pelanggan hasil daripada strategi berfokus exon yang berjaya termasuk perkembangan pelbagai molekul untuk melengkapi NGS dengan pengesan CNV bertaraf emas.
  • Kejayaan penerimaan pasaran CytoSure Constitutional v3 array yang berterusan

, dan pelancaran CytoSure Constitutional v3 +LOH array – satu-satunya pilihan yang menggabungkan kandungan berdasarkan bukti terbaharu untuk pengesanan gangguan perkembangan yang dipertingkat.

  • CytoSure Affirm iaitu  ujian pra-natal tidak evasif (NIPT) menghampiri penyerahan penandaan CE kerana Britain membenarkan kegunaan NIPT sebagai sebahagian daripada program pemeriksaan kebangsaan.

SureSeq™: Portfolio produk penyediaan perpustakaan NGS yang semakin berkembang untuk pengesanan varian genetik yang tepat menyaksikan pertumbuhan jualan yang meningkat dan tumpuan pengkhususan yang fleksibel.

  • Pelaburan dalam pembangunan produk baharu ditunjukkan dengan peningkatan jualan dan saluran jualan yang kukuh.
  • Pelancaran Panel Kanser Sesuaian SureSeq myPanel™ NGS  mengukuhkan strategi penyesuaian fleksibel syarikat – memudahkan pengesanan varian-varian gen kanser yang penting.
  • Memperluas portfolio kanser dan penyakit ganjil dengan kandungan panel sesuaian baharu dan panel berfokuskan penyakit yang bakal dilancarkan dan dalam pembangunan.

Menantikan kedatangan tahun 2017, Dr Evans menambah, "Perniagaan kami sekarang memberi tumpuan kepada pertumbuhan mampan yang menguntungkan dan strategi kami untuk maju ke hadapan ialah terus menyasarkan pasaran perubatan molekul yang sedang berkembang. Sebahagian daripada pendekatan ini kami akan terus membina dan memperluaskan  program penyesuaian kami yang terkenal iaitu Cytocell myProbes®, SureSeq myPanel dan pelbagai kandungan bolehsesuai CytoSure  – yang membolehkan kami responsif kepada pelanggan dan membezakan OGT dengan jelas daripada persaingan. "

CytoSure™ dan SureSeq™: Untuk Kegunaan Kajian Sahaja; Bukan Untuk Kegunaan dalam Prosedur Diagnostik. Cytocell®: Sesetengah produk mungkin tidak terdapat di rantau anda.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160909/406091LOGO

Source: Oxford Gene Technology (OGT)
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Earnings